Kuih Putu Bambu Menu Tradisional Melayu

by - Monday, August 14, 2017

Segala jenis kuih putu ni memang feveret sangat pada ana. Salah satunya ialah kuih putu bambu. Kuih putu ni biasanya dihasilkan dari tepung beras. Nak buat sendiri memang tak lah kan. Prosesnya agak sukar juga rasanya. Nak-nak lagi putu bambu yang perlu menggunakan potongan buluh sebagai acuannya. Sebab tu lah namanya putu bambu kan, kerana bambu tu buluh la mengikut istilah beberapa daerah dan dalam bahasa Inggeris pun memang buluh is bamboo :)


Kuih Putu Bambu

Setiap kali bertemu orang menjual kuih putu bambu, pasti ana akan membelinya sebab tak tahu kenapa memang suka sangat memakannya. Ialah makin berusia ni makin selera lebih kepada menu ibunda seperti ini. Sedap je bila di makan panas-panas bersama kelapa parut. Intinya pula dari gula merah cair di dalam mulut kan.

Di pasar tani atau pasar malam, selalunya ana suka ke pasar malam Bandar Tasik Puteri kerana di sana banyak menu-menu lazat di jual  dari pasar malam di kediaman ana ni. Satu kotak putu bambu berisi lima ketul berharga RM3 kalau tak silap ana. Memang sedap kuih putu bambu ni berbanding dengan lain-lain tempat yang pernah ana beli. Si penjualnya seorang gadis manis. 

Dapat kat ana, makan sengsorang je lah jawabnya, tak leh nak kongsi dengan sesiapa dah hihi. Feveret kan.Lagipun anak-anak dan suami tak berapa minat nak makan kuih putu-putu ni semua. Lain selera mereka masing-masing. Ana suka makan kuih putu bambu ni dengan kopi O sahaja. Wallaaaa...sedap!!!


You May Also Like

5 comments

  1. Sha suka semua kuih yang mula dengan putu.. Hehehe.. Putu bambu, putu mayam, putu piring, kuih putu.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pula putu perak pun sedap..

      Delete
    2. yup Sha, putu Perak paling sedapkan :) wahh boleh geng dengan kak ana ni :)

      Delete