Lirik Lagu Nisan Cinta - OST Dendam Aurora

by - Saturday, August 05, 2017

Lepas melekat melayan drama siri terbaharu di Astro Maya HD, Dendam Aurora, suka pula dengar lagu OST dari drama ni.Mula-mula ingat kan nyanyian Dato Siti Nurhaliza, rupanya dendangan Siti Nordiana bersama Jaclyn Victor. Memang power lah paduan suara mereka berdua ni kana. Best. Duk cari lirik lagu ni dan jumpa dah, so ana kongsikan pula disini,mana tahu ada juga yang sedang mencarinya kan.. Sharing is caring la katakan.


Lirik lagu Nisan Cinta - Siti Nordiana & Jaclyn Victor (OST- Dendam Aurora)

Nisan Cinta


Terdengar guruh petanda
Mungkin badai melanda
Sambut tanganku bersama
Kita harunginya

Tanah seakan bergegar
Detik ku bersamanya
Pejam sampaikan tersedar
Semua kan reda

Sumpahku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta



Hati seakan berkata
Pergi kau bersamanya
Pejam sampai kau tersedar
Semua kan reda

Sumpah ku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Takdir tertulis segala
Janji kita kan bersama
Jadikan ia selamanya cinta kita

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Cinta kita selamanya
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta



Untuk video klip korang boleh tengok di Youtube Link :  https://www.youtube.com/watch?v=1fvkV6RNn4o 

Dan untuk sinopsis Drama Dendam Aurora ni korang boleh je klik kat SINI 

Kredit foto : Google Image , Astro

You May Also Like

2 comments

  1. saya pun suka lagu. intro dia macam meremang sikit. tapi sedap sbb gabungan suara siti nordiana dengan jaclyn victor memang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sabrina, intro dia seramm pulak kan hihi pastu dah melekat lagu ni je dalam kepala sebab hari-hari dengar ost masa drama Dendam Aurora tu :)

      Delete