Sarapan Viral - Roti Leleh Batu Arang

by - Tuesday, August 01, 2017


Korang... suka makan telur setengah masak tak ? Suka makan roti bakar tak? Haa, kalau suka kita geng lah...give me five 👋👋 Korang tahu tak? Masa ke majlis raya di rumah jiran ana Cikgu Faz, baru-baru ni... Faz dan suaminya serta Man duk bercerita lah satu tempat makan femes di pekan Batu Arang. Roti bakar leleh kata depa namanya, bukan main sakan depa cerita tentang keenakan dan ramainya pelanggan yang makan kat sana. Ana dengan suami yang dengar pun macam tak sabar je nak mencuba menu viral-viral macam ni. Food hunter macam kami ni memang rajin jjcm kat mana pun yang viral kami teruja nak pi try. 

Pekan Batu Arang ni tak lah jauh sangat dari kediaman kami. Dari BCH ni, kami ikut Bandar Tasik Puteri melalui jalan pintas belakang tu sampai lah ke pekan Batu Arang. Alhamdulillah... ana dah try sendiri keenakan roti bakar leleh ni atau lebih femes dengan nama roti leleh Batu Arang. 





Roti Leleh Batu Arang

Haha!! Amcam... real punya leleh I tell uollss... Tergoda tak tengok gambar tu. Jahat ko ana kan, suka tayang makanan yang menggoda jiwa raga. Alaa..kita share sini nanti korang kena lah pergi cari dan mencuba sendiri kesedapan roti leleh Batu Arang ni. Ana nak cerita dengan korang apa yang istimewa dan specialnya roti leleh Batu Arang ni berbanding roti bakar biasa yang kita makan tu. 


Roti Bakar Leleh Batu Arang ni dibakar dengan arang dan roti dia pun tebal bukan roti biasa yang kita beli di pasaran. Sempat lah ana bertanya dengan adik yang sedang menyediakan roti bakar ni, dan menurutnya roti ini dibeli terus dari  kilang bukan dari mana-mana kedai atau pasaraya. Memang khas untuk roti bakar la kan. Dan aroma bakar dengan arang tu pun dah boleh bayangkan sedapnya di makan panas-panas. Sesuai pula lokasinya di Batu Arang roti bakar leleh ni dibakar garing atas arang.


Seperti roti bakar biasa yang lain, ia disapu dengan mentega dan kaya. Dan this is the best part of roti bakar leleh ni bila dipecahkan dua biji telur separuh masa di atasnya. Ditaburkan kicap dan lada sulah. Perghh!! Memang awesome sangat sebab bagi ana lah kan..telur separuh masak ni memang just nice sangat, tidak terlalu keras atau masak dan tidak pula raw atau mentah. Memang 50% , jarang dapat makan telur separuh masak macam ni. Ana ni kalau bab masak telur separuh masak memang failed, tak pernah yang menjadi secantik hat ni. Tapi telur di atas roti bakar leleh ni memang terbaik!! Ana nak kredit sangat bab ni, memang kalau ana goyang pinggan tu bergegear beb haha!!


Turut di jadikan side dish atau makanan sampingan bersama roti bakar dan telur separuh masak ni ialah red bean. Sedap kan. Kena dah tu satu sajian menu sarapan pagi yang lengkap. Harga satu set roti leleh Batu Arang ni cuma RM4 dan pada ana ia satu sajian sarapan yang mengenyangkan. Tapi kalau korang tak suka makan dengan telur goyang tu pun, korang boleh sahaja order roti bakarnya sahaja. Tak ada siapa paksa pun kan hihi :)

Lokasi Roti Bakar Leleh Batu Arang

Macam selalu lah, setiap kali ana berkongsi tempat makan yang best-best pasti akan ana kongsikan juga di mana lokasi nya. Bagi korang yang dah terliur tengok gambar-gambar di atas dan nak mencuba sendiri keenakannya, korang boleh lah datang sendiri ke Pekan Batu Arang, Rawang, Selangor. Waze je lah kan..In Shaa Allah sampai. Pekan Batu Arang ni sebuah pekan kecil sahaja. Bila korang sampai sahaja di sini, ada sebuah bulatan kecil di tengah-tengah pekan ni dengan mercu tanda serombong arang batu macam foto di bawah ni. Gerai Roti Leleh ni betul-betul di hadapan bulatan. Ada sebuah balai bomba dan klinik kesihatan rasanya di sekitar gerai ni.

Dari carian di Google, ana dapatkan alamat gerai ni beralamat di Gerai MPS, Batu Arang, Selangor. Ketika ana ke sini memang tak nampak pun nama gerai ni. Tapi ada banner yang tertulis Roti Leleh Batu Arang. Senang je kalau korang nak cari, sebab kalau hujung minggu dan cuti umum, gerai ni penuh dengan pelanggan. 


Ketika ana datang ke sini pertama kali pada hari bekerja, hari Selasa kalau tak silap, memang tak begitu ramai pelangan, namun ana datang sekali lagi buat kali kedua dan kali ini bawa abah ana yang kebetulan datang dari kampung, nak bagi dia try pula menu viral Roti Leleh Batu Arang. Kali ini kami datang hari Ahad dan serious memang penuh pelanggan. Ramai yang datang dengan keluarga dan ada juga geng cycling yang lepak sarapan sini. Selain dari menu roti leleh ni, gerai ini juga terkenal dengan mee karinya. Lain-lain menu seperti mihun sup, nasi kerabu, kuih muih dan lain-lain juga ada. Tetapi roti lelehnya juga menjadi pujaan hati ana.

So, tak payah cerita panjang lagi, gambar dah tengok, lokasi dah tahu harga pun dah tahu, hujung minggu ni atau bila korang kebetulan berada berhampiran pekan Batu Arang, jangan lupa singgah mencuba sendiri Roti Leleh Batu Arang yang viral ni. Ana dah cuba dan memang kena dengan selera ana, korang kena cuba sendiri hokay :)

You May Also Like

19 comments

  1. Wahhh... tak makan telur macamtu. Hihi kita allergik telur la ana. Dah setahun lebih tak makan telur mata macamni dan dadar. Sedih kan. Hilang nikmat 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa, tak pe CikKyra, banyak lagi menu lain yang boleh dinikmati, sikit sahaja yang ditarik nikmat sedangkan banyak lagi nikmatNya yang harus disyukuri kan :)

      Delete
  2. Amboi ana. Jahat aaa pagi pagi dah bikin ibu lapar

    Roti bakar dan segala bakaran yang lain memang lain kalau di bakar dengan arang

    bau dia sedap

    Tak macam bakar pakai elektrik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha AJ memang nakal gitueww :) betul tu di situlah keunikannya dibakar atas arang :)

      Delete
  3. memang meleleh tengok ni Ana
    tapi red bean ke kacang panggang tu?
    lepas ni memang ada yang nak buat kat rumah ni..
    sebab rasanya semua bahan dah ada ni haaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kacang panggang ye Kak Noor, yang dalam tin tu :)

      Delete
  4. nampak menarik tapi tak berapa ngam sangat dengan telur gitu, anak-anak suka lah

    ReplyDelete
  5. roti dengan telur mcm ni mmg fav. tambah pulak ada baked beans.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa NKNA memang kena sebagai satu menu lengkap sarapan pagi kan :)

      Delete
  6. Ya allah sedapnyaaaa....terus SA rasa nak cari sarapan macam ni la...msalahnya kat KL ni susah jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau SA berada di sekitar Batu Arang kena cuba Roti Leleh kat sini nanti kay :)

      Delete
  7. My dad pernah buat...gigih ajak sedara mara makan...haha

    ReplyDelete
  8. Thanks kak ana!! nanti jemput dtg lagi. Minta izin nak share kt fb nnt ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome, semoga membawa lebih rezeki buat perniagaannya, In Shaa Allah nanti ada masa kak ana singgah lagi :)

      Delete