SEMPURNAKAN PENAMPILANMU DENGAN ENCHANTEUR STUNNING

by - Tuesday, August 15, 2017

Bayangkan lah suatu hari, anda menerima jemputan untuk menghadiri satu majlis meraikan penyatuan dua hati sahabat tersayang, majlis raikan cinta perkahwinan mereka. Pasti teruja untuk membuat persiapan bermula dari baju apa yang bakal digayakan, aksesori, kasut dan pastinya kita hendak nampak stunning di majlis tersebut dan berjaya mencuri tumpuan umum. Wahhh...inilah impian setiap wanita yang sentiasa inginkan penampilan yang mencuri tumpuan disesuatu majlis. "Oh! Dear....She's so stunning."

Well...semua itu bukanlah kisah dongeng zaman silam sahaja, kerana kini dirimu wanita jelita boleh menjadi satu daya tarikan yang mempersona dengan haruman kelengkapan diri yang pasti memukau. Tak perlu di perkenalkan lagi rangkaian ENCHANTEUR satu jenama yang terukir di hati setiap wanita dengan haruman romantis menggegar jiwa setiap ketika. Dan lebih menyerlah lagi kini dengan adanya koleksi haruman terbaharu ENCHANTEUR STUNNING, yang diperbaharui dengan lebih yakin dan eksklusif di mata setiap wanita jelita.




ENCHANTEUR STUNNING Set Haruman Mempersonakan 

Inilah yang ana bayangkan di dalam klip video di bawah , apabila setiap wanita yang ingin tampil menawan dan mempersona selain dari memilih pakaian dan aksesori, haruman badan yang lengkap dengan sentuhan aroma yang senada dari penggunaan set wangian romantis pilihan ramai, pastinya ENCHANTEUR. 




Memetik kata-kata cerdik pandai “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C, nyata itulah hakikat untukmu wanita di luar sana perlu memiliki satu pesona daya tarikan dengan wangian pada tubuhmu. Dan pilihan yang pasti disetujui ramai ternyata dari set wangian ENCHANTEUR.

ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood .



Ana pasti tanpa perlu menghidunya sendiri dari ramuan bahan semulajadi yang diadun sebagai satu kombinasi harum yang dapat dibayangkan dengan penuh kenikmatan aroma mempersona. Dan apatah lagi bila ana sendiri menggunakannya, membuatkan diri jatuh cinta terus dengan aroma harum romantisnya. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.



ENCHANTEUR STUNNING Eau de Toilette

Ermmm... serious wangiiiii, note yang berkekalan dan soft sangat aromanya bila di semburkan pada setiap denyut nadi sepanjang hari. Ana suka sangat dengan haruman nya yang tidak menyengit tetapi memberi satu daya tarikan elegen yang mempersonakan sungguh. Tak dapat di gambarkan dengan kata-kata, dirimu wanita perlu mencubanya sendiri dan merasai satu penampilan diri yang amat 'stunning' sepanjang hari. 



ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.Ana telah pun menambahkan nya kepada sebahagian koleksi botol minyak wangi kesayangan. ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml.




Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.

ENCHANTEUR STUNNING - Losyen 




Losyen pelembab adalah satu keperluan dalam melengkapi penjagaan kulit kita wanita yang sentiasa perlu dipakai setiap hari. Ana suka membelai diri dengan losyen setiap hari sebelum keluar rumah dan malam hari pula sebelum tidur agar kelembapan kulit sentiasa terpelihara. Dan istimewanya ENCHANTEUR Stunning Losyen ni pastilah harumannya yang memikat jiwa. Wangiii dan lembut umpama dibaluti satin pada kulit ketika di gunakan. Mempersonakan penampilan anggun mu sepanjang waktu. Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60.

ENCHANTEUR STUNNING - Deodoran dan Semburan




Inilah yang paling asas dalam penampilan setiap wanita. Memakai deodoran selepas mandi untuk mempastikan tubuh sentiasa segar dan terhindar dari bau badan. Ana memilih ENCHANTEUR Stunning Perfumed Deo Roll-on untuk mempastikan keyakinan diri sebelum  keluar rumah dan bergaul dengan khalayak ramai.




Kesegaran aroma romantis serta perlindungan 48 jam dengan anti perspirant. Deodoran Enchanteur hadir dalam pelbagai bentuk dan format - stik, bebola(roll-on) dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 .

ENCHANTEUR Stunning - Bedak Talkum




Paling asas dan sangat melekat di hati sejak dari zaman remaja lagi, ana telahpun menggunakan bedak talkum Enchanteur kerana keharumannya yang berkekalan dan selembut satin membelai tubuh. Satu bilik akan berbau wangi apabila memakai bedak talkum wangi Echanteur Stunning yang memberi kesegaran haruman sepanjang hari. Bedak Talkum Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80.

Dan sempurnalah sudah penampilan mu wanita bergaya atau lebih hebat digelar 'Stunning' dengan rangkaian set wangian dari ENCHANTEUR Stunning terbaharu. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, jom singgah ke :

Laman web : www.enchanteur.com.my

atau




You May Also Like

10 comments

  1. Assalamualaikum selamat pagi ana jingga

    Wangian klasik enchanteur. Lama dah tak pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Ibu Zaid,
      Benar Enchateur dari dahulu lagi tak pernah menghampakan dengan aroma romantisnya kan :)

      Delete
  2. Assalamualaikum Ana, Sue suka sangat dengan wangian Enchanteur Stunning nie Ana 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sue, Best sangat kan Sue, soft sangat note dia :)

      Delete
  3. kalau bau dia tahan dan sedap, memang akan laku

    Sebab berbaloi pakai minyak wangi yang boleh buatkan kita selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Mazniza, Enchanteur dah lama menjadi pilihan wanita yang gemarkan haruman romantis

      Delete
  4. Bauan stunning ni best..Dah rasmi pakai deodoran & EDT tu, mmg rasa fresh je bau dia tu..btw, nice video k.ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Fieza, Stunning memang awesome sangat :)

      Delete
  5. Replies
    1. Haah Kan Busyra, teramat wangiiii dan stunning sangat :)

      Delete