Meriah! Hebat! Penuh keceriaan dan dipenuhi dengan pelbagai kejutan dan surprise!! Itu yang dapat ana simpul kan ketika menghadiri majlis pelancaran SHOPEE 9.9 ONLINE SHOPPING DAY di Glasshouse, Kuala Lumpur pada 22hb Ogos 2017. Dipenuhi dengan pelbagai acara yang menjanjikan pelbagai kejutan dan kemuncaknya ialah pelancaran Jualan Mega e-Dagang untuk kali kedua dari SHOPEE yang akan berlangsung selama 20 hari mulai dari 23 hb Ogos hingga lah 11hb September 2017 nanti. Tak sabar kan nak sama-sama memeriahkan lagi SHOPEE 9.9 ONLINE SHOPPING DAY.


Shopee,salah satu platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah berjaya merekodkan lebih 50 juta muat turun (download) di rantau ini dan kira-kira 4 juta di Malaysia sehingga mencatatkan anggaran nilai dagangan kasar (GMV) tahunan lebih USD 3 Bilion, manakala senarai produk aktif melebihi 150,000 usahawan di seluruh negara. Wow!!


Di majlis ini, Shopee telah mengumumkan beberapa kempen jualan murah dengan kolaborasi bersama beberapa jenama feveret sepanjang Jualan Mega Ekstravaganza 20 Hari 9.9 ONLINE SHOPPING DAY.  Tak sabarrr nyaa....Tawaran harga sehingga serendah 90% dari pelbagai jenama seperti NESTLE, WATSON, Super, Unilever, ESH2U dan Sengheng, termasuk pelbagai ganjaran menanti pembeli daripada rakan rasmi antaranya PETRONAS, KFC, Digi, 20th Century Fox, B Infinite dan banyak lagi lah.


Bermula 23 Ogos 2017, pelbagai jenis kempen, potongan harga dan hadiah istimewa ditawarkan setiap hari untuk jualan mega 9.9 ONLINE SHOPPING DAY sehingga 11 September 11:59 pm. Fuhh!!! Boleh shopping sakan tuu... dan yang menarik dan uniknya terdapat pelbagai kempen yang berbeza mengikut tarikh tertentu. Teruskan membaca tau..

Mr Ian Ho , Regional Managing Director of Shopee Malaysia di majlis pelancaran Shopee 9.9 

Menurut Mr Ian Ho,(Pengarah Urusan Serantau, Shopee), " 9.9 ONLINE SHOPPING DAY dianjurkan lagi buat kali kedua.Kali ini, kami berusaha keras untuk memastikan jualan murah kali ini lebih hebat daripada sebelum ini.Kami telah membariskan ribuan usahawan Shopee yang menawarkan ribuan produk pada harga yang amat rendah dengan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. Semua produk tersebut tertakluk pada jaminan harga terendah Shopee. "




Korang tahu tak ? Jaminan Harga Terendah Shopee (Lowest Guaranteed Price) menjamin mana-mana pembeli yang terjumpa sesuatu produk pada harga yang lebih rendah di platform lain akan diberikan gantirugi berjumlah 120% pada perbezaan harga tersebut. " Pada masa yang sama, kami juga memberikan hadiah keseluruhan berjumlah RM 59,999 sepanjang dua minggu ini sebagai bonus tambahan kepada pembeli dalam talian. Pastikan anda mendapatkan maklumat terkini di aplikasi dan platform media sosial Shopee ," kata Ho lagi.

Apa Yang Menarik Sepanjang  9.9 ONLINE SHOPPING DAY


Sebagai pembukaan 9.9 ONLINE SHOPPING DAY dimulakan dengan JUALAN MURAH MERDEKA SHOPEE yang berlangsung dari 28 hingga 31 Ogos 2017,dengan diskaun sehingga 60% dari jenama terkenal sebagai sebahagian sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-60.



Dari 9 hingga 11 September pula, BEST OF 9.9 ( Pilihan Terbaik 9.9) akan menawarkan diskaun harga sehingga 90% ke atas produk.



Terhad pada 9 September sahaja, UPSIZED SHOCKING SALE (Shocking Sale Berganda) akan menawarkan barangan kegemaran ramai dari kategori Handphone & Gajet, Perkakas Rumah, Fesyen, Peralatan Rumah dan Produk Berasaskan Kesihatan & Kecantikan pada harga terendah.

Mr Ian Ho, Regional Managing Director of Shopee Malaysia bergambar bersama wakil dari  PETRONAS, 20th Century Fox, KFC, Unilever, RHB, Watsons, B Infinite, Super, Digi, L’oreal, Beiersdorf, Nestle dan Tune Talk.
Selain itu, terdapat juga pelbagai tawaran dan hadiah menarik dari rakan usahasama seperti KFC,PETRONAS ,20th Century Fox, Digi dan lain-lain lagi. Shopee 9.9 Online Shopping Day juga disokong oleh CIMB, Public Bank dan RHB Bank dengan potongan harga tambahan 10% bagi semua pemegang kad kredit.



Dan yang paling awesome pada waktu-waktu tertentu akan turut di adakan cabutan bertuah seperti Spin Kaw-kaw bersama penaja-penaja popular seperti Nestle, Dettol, San Disk dan sebagainya.


Manakala mulai 1-9 September pula terdapat juga cabutan bertuah Days of Unlock, dimana kita berpeluang untuk mencuba membuka kunci untuk mendapatkan hadiah-hadiah misteri dari penaja antaranya Pro-Shop , Loreal dan sebagainya. Ermm..best sangat kan.



Untuk maklumat lanjut dan banyak lagi tawaran ganjaran dan penjimatan hebat secara online untuk kempen Shopee 9.9 Online Shopping Day ini, layari sahaj ke www.shopee.com.my/99 atau muat turun aplikasi Shopee secara percuma di Google Play & App Store.








10 Comments

  1. Assalamualaikum Wmbrth

    Salam hari isnin ana jingga

    murah rezeki sis

    ReplyDelete
  2. Best la kak Ana shopping kat Shopee lepas ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom SA shopping time 99 online sale ni:)

      Delete
  3. wah menarik di shoppee...terus rasa nak mencuba membeli di shoppee

    ReplyDelete
  4. wow discount sana sni wow.. rambang mata nanti..

    ReplyDelete