Throwback - Tiket Bola Suatu Masa Dahulu

by - Wednesday, August 30, 2017

Ana dapat foto ni dari group whatsapp, memang rare sangat. Gambar sekeping keratan tiket perlawanan bola sepak pada tahun 1989 di Stadium Merdeka. Ana ni bukan lah peminat bola sepak pun, tapi pada waktu remaja dahulu minat juga dengan pemain import masa tu, Fandi Ahmad, cewahh!! Siap beli majalah bola sepak sebab nak ambil poster Fandi masa tu, zaman remaja kan, begitulah kisahnya. 

kredit buat pemilik asal foto :)

Tiket Bola Sepak Tahun 1989

Apa yang boleh ana ceritakan tentang sekeping gambar keratan tiket Bola Sepak di atas, pertamanya lihatlah pada tahun 1989, harga tiket pada masa itu hanya RM5 sahaja. Mungkin untuk tempat duduk yang paling murah agaknya. Lokasinya di Stadium Merdeka, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. 

Keratan tiket itu pun telah berusia hampir 28 tahun, pemilik asalnya pasti seorang yang suka menyimpan pelbagai koleksi lama yang berharga, boleh jual ni di ebay atau mudah agaknya kepada peminat koleksi lama dan antik. Apapun zaman tersebut dah lama berlalu, pasti banyak kenangan yang telah diukir oleh peminat dan kaki bola sepanjang pengalaman mereka menonton perlawanan bola secara live di stadium dengan di rumah. Ana sendiri sepanjang hayat tidak pernah sekali pun ke stadium untuk menonton bola dan sebagainya. Suami bukan kaki bola, nak buat camna hihi :)

Gambar tiket ini viral ketika rakyat Malaysia sedang bersemangat dengan kejohanan Sukan Sea di mana keluhan ribuan netizen tidak dapat memperolehi tiket untuk menonton perlawanan akhir Malaysia-Thailand. Semalam berlangsungnya final Sukan SEA bola sepak tersebut dan kemenangan berpihak kepada pasukan Thailand. Walaupun ana dan suami bukan peminat tegar bola sepak, tapi bila perlawanan melibatkan negara ni, layan juga lah depan tv. 

Walaupun kalah 1-0 kepada Thailand, syabas dan tahniah buat pasukan bola sepak kebangsaan kerana berjaya melangkah kaki ke final. Kalah menang adat pertandingan. Jangan lah menang di sanjung kalah di keji. Siapa yang tak nak menang kan... Tahniah juga buat kontijen negara kita yang mencapai taget jumlah pingat setakad ini dan berada di kemuncak. #negaraku #bangkitbersama #KL2017


You May Also Like

4 comments

  1. Klasik betul tiket bola ni

    zaman dulu

    sekarang stadium merdeka pun dah tak ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan Mazniza,dah jadi kenangan stadium merdeka:)

      Delete
  2. ok nanti nak kongsi juga kad pengadil bola malaysia satu masa dahulu hehehe...

    ada harga tiket bola ni..mungkin lebih mahal dari tiket bola sekarang ini

    ReplyDelete