Nampaknya keresahan pengguna Jambatan Sultan Yusof atau lebih dikenali sebagai Jambatan Batu 5 yang menghubungkan Teluk Intan ke Manjung kian berpanjangan. Dari maklumat terkini yang ana dapati dari sumber-sumber rasmi seperti FB JKR Hilir Perak, laporan akhbar tempatan melaporkan ia dijangka di TUTUP untuk tempoh masa empat bulan lagi. 

Image result for jambatan sultan yusuf ditutup

Sebelum ini ia telah membuka laluan kepada kenderaan ringan sahaja pada 28hb Ogos 2017 yang lalu namun, ditutup semula sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak dan jangkaannya selama empat bulan. Pastinya ia bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan sepenuhnya untuk menjamin keselamatan pengguna di masa hadapan. Bukan mudah untuk membaik-pulih jambatan yang se gah itu pasti akan mengambil kira faktor teknikal dari pakar-pakar dalam bidang mereka. 

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, berkata ia berikutan penemuan kecacatan serius pada jambatan itu yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna.

Jalan-jalan Alternatif ke Manjung,Sitiawan & Lumut




Dan ana kongsikan disini laluan-laluan alternatif yang boleh digunakan untuk ke Manjung,Sitiawan dan Lumut sepanjang tempoh masa lanjutan penutupan jambatan Batu 5 yang merupakan laluan utama dan terdekat dari Teluk Intan ke Manjung. Papan tanda jalan alternatif telah diletakkan bermula dari Taman Desa Aman (Teluk Intan FT005) manakala dari Sitiawan akan diletakkan di persimpangan Felcra Changkat Lada (A266)

1. Laluan pilihan  untuk ke Highway PLUS adalah melalui Manjung-Air Tawar- Bota Kanan - Kg Gajah - Langkap - Chui Chak - Kuala Bikam - Sungkai - Plus

2. Laluan pilihan kedua adalah melalui Manjung - Air Tawar - Bota Kiri - Teluk Sena - Pasir Garam - Kg Gajah - Kuala Bikam - Sungkai - Plus

3.Laluan pilihan ketiga adalah melalui Manjung - Seri Iskandar- Batu Gajah - Gopeng - PLUS

4. Laluan pilihan keempat adalah Plus - Simpang Pulai - Batu Gajah - Bota Kanan

5. Laluan pilihan kelima adalah Plus - Ipoh Utara - Jelapang - Pusing - Seri Iskandar - Bota Kanan

6. Dari Teluk Intan pastilah laluan melalui Kampung Gajah yang pernah ana kongsikannya di SINI yang menjadi jalan pilihan yang ada untuk mereka yang kebanyakannya berulang kerja dari Teluk Intan ke Manjung dan Lumut. 

Semoga proses pembaikan ini berjalan dengan lancar dan segera di atasi agar memudahkan kembali perjalanan mereka yang terlibat. Apapun bersabarlah kerana ia adalah untuk kebaikan pengguna di masa hadapan, In Shaa Allah.

Kredit : inforoadblock, bharian.com.my, sinar harian

4 Comments

  1. Jauh juga kak dari Manjung ke Kampung Gajah tu...malam sunyi sangat ditambah dengan banyak selekoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jauh PC, betul tu malam gelap dan agak sunyi , namun itu sahaja alternatif buat sementara waktu ni

      Delete
  2. Semoga urusan pembaikan jambatan cepat siap sian kat dorang yang kena pusing jauh

    ReplyDelete