Lantai Ruang Wudhu' Usahlah Di Biarkan Licin

by - Thursday, September 28, 2017


Allahu, minggu lepas ana singgah solat Maghrib di Masjid Tapah. Masjid tersergam indah di laluan utama jalan menuju ke Kuala Lumpur memang cantik dan bersih di pinggir sungai yang mengalir airnya. Selalu juga kami singgah solat di sini ketika meneruskan perjalanan dari Gopeng sejak Adik belajar di sana. Apa yang ingin ana kongsikan pendapat disini ialah bukan sahaja terjadi di Masjid Tapah ini namun di mana-mana juga Rumah Allah supaya kita sama-sama mengambil iktibar atas setiap kejadian.

Dalam menuju ruang solat mukminat di tingkat atas, ana melalui tempat wudhu' kaum Adam. Berdentum bunyi... Allahu..seorang jemaah yang seusia abah jatuh di lantai wudhu'. Syukur Alhamdulillah beberapa jemaah lelaki lain dengan segera membantu pakcik ni. Sakit keluhannya, dan perlahan pergerakkan nya untuk bangun semula. Terpancar kesakitan pada tubuh kurus seorang warga emas yang singgah untuk menunaikan tanggung-jawab pada Yang Maha Pencipta. Ana memerhati dari jauh namun jelas ternampak kesakitan bila jatuh di lantai licin berjubin. Suami ana tiada di situ mungkin dia telah berada di ruang solat awal lagi tadi. 


Image result for lantai tempat wudhu masjid
Gambar sekadar hiasan- kredit buat pemilik foto

Sepanjang perjalanan ini, banyak surau dan masjid yang kami singgah untuk solat. Kebanyakkannya mempunyai lantai di ruang wudhu' dan tandas yang licin jenis tiles nya. Ana sangat berhati-hati malah kalau membawa mak dan abah lagilah kami pegang tangan mereka. Bimbang sangat tergelincir di lantai. Bahaya..macam-macam boleh terjadi. Sakit bukan tak sakit kalau jatuh di lantai ni.

Mungkin boleh difikirkan satu alternatif untuk mempastikan lantai ruang wudhu' di surau dan masjid ini agar tidak terlalu licin. Wudhu' memang memerlukan penggunaan air, namun bahayanya bila lantai tiles dari jenis yang licin. Mungkin kita boleh fikirkan bersama cara mengatasi perkara ini dari berterusan terjadi. 

Image result for lantai tempat wudhu masjid
Kredit buat pemilik foto

Meminjam sekeping lagi foto dari carian Google, mungkin idea seperti ini bagus di gunapakai untuk mempastikan lantai ruang wudhu' tidak licin. Meletakkan karpet getah pada laluannya. Alas getah ini juga pernah ana letak di bilik mandi rumah mak dan abah dahulu sebelum di tukar ke lantai tiles yang bergerutu supaya tidak licin. Bukan apa, kami risau takut mak dan abah jatuh di bilik air. Kami alas getah untuk keselamatan sebelum adik ana menukar kepada tiles yang lebih kesat dan bergerutu permukaan. Mungkin masjid dan surau boleh memohon dana atau membuat kutipan untuk melaksanakan penambahbaikan seperti ini. In shaa Allah, niat yang baik akan dipermudahkanNya segala urusan.

Ana bukan mengkritik tetapi sekadar memberi pandangan kerana perkara seperti ini rasanya berkemungkinan sahaja boleh berlaku di mana-mana. Agak sensitif bila berbicara tentang rumah ibadah namun pandangan perlu di berikan juga supaya sama-sama mendapat kebaikannnya. In Shaa Allah.

You May Also Like

14 comments

  1. aah,,ptut letk carpet getah atau jubin yg kasar sket permukaannya..kesian yg jatuh tu kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana sendiri pun Sha, hati-hati sangat bila ke tandas atau ruang wudhuk ni, selalunya licin kan

      Delete
  2. teguran yang baik.saya setuju dengan kak ana. bahaya bukan sahaja pada orang tua.kita ni pun boleh senak kalau terjatuh kat lantai bilik air

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Sal, kak ana memang cuak je bab lantai licin ni tambah lagi pangkat mak-mak atau anak-anak kecil kan.

      Delete
  3. mmg kalau tempat2 yang berair ni seriau nak jlnn
    sbb dah penah kena gedebenggg jatuh hahaha
    tu sbb lau jln2 kat tiles yg licin..jerit kat anak2..jalan peeeeeelannn peeeelannnn liciiinnn tuuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye El, memang seriau, sakit tu jatuh kalau sakit takad tu je takpe lagi takut memudaratkan pula, nauzubillahi min zalik

      Delete
  4. BAHAYA JUGAK KALAU LANTAI LICIN NI , MACAM2 BOLEH JADI

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ada penambahbaikannya CCL, in shaa allah

      Delete
  5. Setuju kak...kawasan ambil wudhuk sentiasa basah..mudah berlumut dan licin..jadi penjagaannya juga perlu lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah PC, semoga perkara sebegini dapat di permudahkan untuk di lakukan bersama, Amiin

      Delete
  6. Mmg kena hati2..risau pada warga tua kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. warga tua dan kita juga serta kanak-kanak kan CP Ena

      Delete
  7. Allahu Akbar!
    warga tua mana boleh terjatuh kan.
    especially pompuan. mcm mak aida, pernah sekali terjatuh.
    punyer la kelam-kabut kami. osteoporosis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kalau bawa mak pak kena peringat selalu tempat-tempat yang berisiko untuk jatuh ni, bahaya..malah untuk semua golongan pun sebaiknya berhati2 agar tak terjatuh..

      Delete