QUICHE TUNA BERSANTAN GABUNGAN RASA TIMUR BARAT

by - Monday, September 18, 2017


Resepi ini ana dapat dari buku 40 Amazing Anti-Ageing Recipes FOOD FOR BRAIN yang banyak menulis menu-menu resepi masakan yang menyihatkan untuk kesihatan. Salah satu nya ia banyak menekan supaya kita mengurangkan pengambilan daging dan lebihkan kepada sajian dari ikan. Menarik fakta-fakta yang di kongsikan dalam buku ini antaranya berkenaan antara penduduk di dunia yang mempunyai kadar umur yang panjang ialah Jepun dan Iceland. Dan kajian mendapati peratusan mereka lebih banyak memakan ikan dari sumber karbohidrat yang lain. 


Selepas ana mencuba sendiri resepi Quiche Tuna yang ana olahkan semula mengikut citarasa dan bahan yang ada di dapur, tergerak untuk ana kongsikan pula dengan pembaca www.anajingga.com. Ada peluang nanti korang cuba sendiri tau, sedap bagi penggemar tuna dan ianya juga mudah untuk di sediakan. Jom kita tengok-tengok dahulu apakah bahan-bahan dan cara untuk menyediakan Quiche Tuna Bersantan dari ana. 



Resepi Quiche Tuna Bersantan 

1 buku roti - buang bahagian keraknya
1 tin Ayam Brand Tuna 
1/4 sudu serbuk kunyit
2 biji bawang merah - di dadu
200ml santan kelapa 
2 biji telur
garam secukup rasa



Cara-cara untuk menyediakan Quiche Tuna Bersantan 

1. Resepi ini menggunakan acuan,boleh sahaja gunakan apa-apa acuan yang tahan di bakar di dalam oven. Griskan acuan dengan sedikit mentega.



2. Alaskan acuan dengan kepingan roti yang dibuang kerak dan trim supaya ia kemas. Tekankan sedikit agar ia mengikut bentuk acuan.

3. Panaskan oven pada suhu 180'C.


4. Campurkan tuna, santan, bawang, serbuk kunyit, telur dan garam secukup rasa ke dalam mangkuk. 


5. Isikan ke dalam acuan yang beralas roti tadi satu persatu. 


6. Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 15-20 minit atau sehingga isi tuna masak garing sepenuhnya. 


8. Sejukkan dan tanggalkan dari acuannya. Sedap di makan panas-panas dengan gabungan rasa tuna, santan dan aroma dari kunyit. Ana letakkan hirisan daun kunyit di atas quiche yang telah di masak.


Tuna Ayam Brand Kini Dalam Organik


Ana menggunakan Ayam Brand Tuna Chunks in Organic Olive Oil dalam sajian resepi berkhasiat dan enak ini. Ayam Brand sememang satu jenama yang tak perlu di perkenalkan lagi dalam pelbagai variasi makanan dalam tin yang berkualiti terbaik dan sedap. Untuk kebanyakan makanan dalam tin ana akan hanya memilih dan mempercayai produk dari Ayam Brand. 

Ayam Brand™ dikenali dengan pelbagai jenis produk makanan dalam tin berkualiti tinggi yang tidak mengandungi bahan pengawet, perisa tambahan mahupun MSG, menyihatkan serta mudah untuk diambil seiring dengan reputasinya sebagai jenama isi rumah terkemuka di Malaysia dan rantau Asia Tenggara selama 125 tahun.

Selain kaya dengan Omega-3, Selenium, Niacin, Vitamin B6 dan B12, tuna merupakan sumber protein yang mempunyai kadar kalori yang rendah untuk dihadam berbanding dengan sumber-sumber protin yang lain. Digabungkan dengan rasanya yang lembut serta teksturnya yang kenyal, Tuna menjadi makanan laut yang digemari di seluruh dunia.

Keenakan yang hebat serta keringkasan tuna Ayam Brand™ kini dalam organik, dengan pengenalan varian Tuna Flakes in Organic Broth dan Tuna Chunks in Organic Extra Virgin Olive Oil. Barisan produk terbaharu Ayam Brand™ ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang mendapat pengiktirafan organik dari Eropah. Kedua-dua produk baharu ini menggabungkan kebaikan tuna yang di tangkap secara mampan bersama sayuran organik yang diiktiraf serta minyak zaitun dara ekstra bagi memberikannya kebaikan serta rasa yang lebih semulajadi.

Barisan tuna Ayam Brand™ disahkan Halal 
oleh badan pensijilan rasmi yang diiktiraf oleh JAKIM.  


Ayam Brand™ Tuna Flakes in Organic Broth dan Tuna Chunks in Organic Extra Virgin Olive Oil boleh didapati di seluruh negara dengan harga jualan cadangan 
RM6.60 (tidak termasuk 6% GST) bagi tin 150g.

Untuk lebih banyak resepi menggunakan tuna, sila layari  :


atau 


atau



~;~;~;~

Ayam Brand ™ merupakan sebuah jenama barangan pengguna isi irumah yang telah berada di Malaysia dan Asia sejak 125 tahun lalu dan iaamat dikenali dengan pilihan meluas makanan tin berkualiti, menyihatkan, tanpa bahan pengawet dan tidak mengadungi MSG tambahan. Barang makanan Ayam Brand ™ dikilang dengan kemudahan terkini yang memenuhi piawaian antarabangsa tertinggi dengan pensijilan yang diiktiraf di seluruh dunia (HACCP, ISO 9001) dan disahkan ‘Halal’. Selama empat tahun berturut-turut, dari 2013 ke 2016, Ayam Brand™ telah menduduki tempat 5 teratas sebagai janama Makanan Malaysia yang paling dipilih dan Top 10 untuk jenama FMCG yang paling dipilih Malaysia, menurut Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study .


You May Also Like

2 comments

  1. Sedapnyaa kak Ana. Nanti nak try jugaklah buat. Sekali pandang nampak macam tart. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Nani, senang je guna roti sebagai base nya :)

      Delete