Antara aktiviti keluarga kami bila berkumpul ni ialah acara makan-makan. Kami ni pantang berkumpul adik beradik sepupu sepapat, ada je cadangan nak masak makan. Kadang-kadang tu kalau pakat semua balik mulalah mak saudara ana, wancu dengan wan mereka, tengahari nak makan apa? Malam nak makan apa? Petang nak masak apa? Semua pun berkisar bab makan. Bukan apa, meriah dan secara tak langsung silaturrahim antara kami semakin akrab. Tak ramai pun, kerana antara kami sepupu yang rapat ni ada satu group whatsapp Land Rover. Haha!! Grand tak nama group ni, ada kisahnya juga pada nama group kami ni. Alhamdulillah dalam group ni lah kami plan macam-macam aktiviti percutian family day dan sebagainya. Ada presiden, setiausaha dan bendahari.


Malam kedua Aidil Adha yang lepas, wan cadangkan nak bakar sate memandangkan daging korban banyak yang di terima bersama mak dan wancu, Alhamdulillah. Kami campurkan juga dengan daging ayam dan wancu beli paru.First time nak cuba sate paru ni, mesti sedap kan.. Tengahari tu,lepas makan tengahari kami pun mula lah memproses tiga jenis sate. Ana ambil tugas memotong isi ayam, daging dan paru bersama mak. Lenguh juga lah memperisikan isi ayam dan daging ni, tapi seronok sambil berbual-bual bersama adik beradik dengan macam-macam topik zaman dulu dan isu-isu semasa, Cehh!! Kan main tu :) 


Dah selesai ana dan mak, potong keping-keping kecil isi ayam, daging dan paru. Adik sepupu ana, Anum pula ambil alih tugas sediakan bahan perapan sate. Kan main dia rahsia kan resepi perapan sate ni dari ana. Sesaja je sebab Adik Anum ni memang manja dan nakal, suka menyakat anak-anak saudara dan adik beradik sepupu semua. Kami ni jarang serius bila berkumpul semua pun rajin membahan antara satu sama lain. Alhamdulillah indahnya Ukhuwah. Dah siap bahan perapan sate 
( ana akan kongsikan resepinya di bawah entri ini nanti ), bahagian cucuk sate pada batang lidi kami hand over pada anak-anak ana, Kak Long, Adik Ika, Anum, adik ana Lan dan adik ipar ana, Jue. Depa ni tidur pun kena kejut dengan Kak Long suh juga cucuk sate. :)



Kuah sate nya wan dah siap-siap buat malam raya Haji sebelumnya lagi. Punya lah semangat kan. Dan malam tu lepas Maghrib kami pun mulalah proses bako membako kata orang Perak. Ana dah beli arang siap-siap di pasar Teluk Intan pagi tu, sepeket RM7.90 , wan pula nampak macam sikit suruh Adik Anom beli lagi tambah sebabnya kami turut masak sup tulang dan daging sebagai menu tambahan malam tu. Celur mihun boleh dijadikan mihun sup yang sedap kan.


Kami pun mula lah dengan aktivit bako sate malam tu. Macam kerenah anak-anak kecil si comel Capwan, Helmi dan Baby Farish (tak ambil port pun hihi ) , anak-anak dan adik beradik sepupu sepapat bersama abah, mak dan mak-mak dan pak pak saudara . Meriah, syukur Alhamdulillah. Juadah pun habis tinggal sate daging je macam kurang laris, sebab dah dua hari makan daging agaknya.Kami simpan hat yang belum bakar tu , nanti boleh sahaja di warnai semula.


Okaylah dah janji tadi kan ana nak kongsikan disini bahan perapan sate yang di sediakan oleh Adik Anum. By the way, sate paru yang kami try and error tu pun sedap sangat, laku keras malam tu :)

Resepi bahan perapan sate :

( sesuai untuk semua sate ayam, daging, paru dan sebagainya)

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Biji ketumbar
Serbuk kunyit
Jintan manis
Gula
Garam

Blend semua bahan ni sehingga sebati dan gaulkan terlebih dahulu pada bahan sate seperti daging, ayam dan paru. Perapkan sejam dan barulah cucuk pada lidi sate. Sambung perap lagi sehingga proses membakarnya nanti. Sedap bahan perapan ni sebati dengan daging satenya.


13 Comments

  1. Wah ana

    Nampaknya pandai bakar sate

    Sebab tak kering dan lembap lembap lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ana tak bakar sate tu mama, adik dengan suami yang bakar membakarnya, ana cuma siapkan sebelum di cucuk nya sahaja :)

      Delete
  2. Bestnya makan sate.. bakar sate ramai2 sambil.layan bercerita seronok kan kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan Lya, berkumpul sambil mengeratkan silaturrahim sambil makan-makan :)

      Delete
  3. Wah bestnya Ana, rugi tak datang rumah Ana raya hari tu kan.. hihihi..

    ReplyDelete
  4. Tu la Sue, tunggu juga sabtu tu kut2 sue nak call, biasalah masing-masing sibuk dengan urusan keluarga kan :)

    ReplyDelete
  5. Kak ana nanti boleh buat...tq kak share resepinya...nyummyy

    ReplyDelete
  6. Wahhh bestnya.. sate homemade.. tengok pun dah tau mmg sgt meriah. Compem buas makan ni.. best2 :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf typo.. puas, bukan buas haha.. hadoii!! :D

      Delete
    2. memang makan buas-buas pun KK, makan ramai-ramai kan hihi :)

      Delete
  7. Juicynya sate k.Ana tu
    Mrs. A pun suka acara rewang-merewang bersama family macam ni terasa akrabnya.

    ReplyDelete