ShopBack - pernah dengar tak? Kalau ikut maknanya shop back, shopping dan balik 😊😊 Eh bukan laa..ShopBack ni shopping online dan dapat pulangan semula dalam bentuk duit. Kalau di Malaysia ni dalam RM 💗💗 laa, siapa tak nak kan..mesti mau punya. Tapi macam mana caranya? Jom..ana nak share dengan korang yang tak pasti dan tak tahu lagi tentang satu portal membeli-belah yang membolehkan kita shopping online melaluinya dan sebagai ganjaran kita mendapat rebate dalam bentuk tunai beberapa percent dari perbelanjaan kita itu. 



www.shopback.my

Membeli belah secara online di www.shopback.my merupakan salah satu langkah bijak buat kaki shopping semua. Ini kerana kita bukan sahaja memperolehi produk, barangan, jenama atau perkhidmatan yang kita kehendaki, tetapi dalam masa yang sama akan mendapat pulangan wang dalam bentuk cashback beberapa percent dari perbelanjaan kita. Menarik kan..shopping dan dapat semula wang tunai. Shopback merupakan sebuah platform online shopping yang telah kukuh bertapak sejak tahun 2014 lagi dan merangkumi melebihi 1,300 rangkaian jalinan dengan laman-laman web online global dan tempatan. 

Di ShopBack, ia bagaikan satu one-stop centre untuk kita membeli-belah dari pelbagai jaringan platform membeli-belah online yang ternama di dunia dan tempatan. Pendek kata, dari ShopBack, kita bebas menerokai mana-mana laman web online shopping yang kita hajati dan selesai urusan pesanan, nantikan pula pulangan dalam bentuk cashback. Wahh..jimat masa, jimat wang dan jimat data internet kan.. 


Inilah antara platform beli belah dan perkhidmatan yang popular yang sering kali menjadi destinasi kunjungan penggemar online shopping. Semuanya ada di ShopBack seperti LAZADA, HERMO, 11 STREET, ZALORA serta servis hotel dan tiket penerbangan antaranya MAS, BOOKING.COM dan lain-lain lagi. Sungguh mudah segalanya dalam satu stop centre.

Bagaimana SHOPBACK memberikan CASHBACK kepada pembeli

Tentu korang tertanya-tanya kan, bagaimana caranya ShopBack memberikan cashback kepada kita pembeli atau kaki shopping ni? Ana pun mula-mula keliru juga tetapi setelah memahami konsep dan cara mereka memberikan pulangan kepada kita, ana dapati ianya amat menarik dan relevan. Di ShopBack, ia membantu kita mendapatkan perbandingan harga yang terbaik dan juga diskaun di lebih 500 online store termasuk juga Cashback pulangan tunai. Bila kita berbelanja di ShopBack , mereka memberikan sebahagian dari nilai pembelian kita sebagai rebat tunai.

Bermakna, kita akan memperolehi pulangan wang dari beberapa percent yang kita belanjakan di atas pembelian. Korang boleh lihat contoh simulasi pengiraannya seperti rajah di bawah. Ini kerana setiap jenama,produk atau servis yang korang shopping itu, menawarkan tawaran cashback yang berbeza dalam jumlah percent. 


Untuk lebih memahaminya lagi, apa kata korang tonton sahaja Youtube ShopBack yang di sertakan disini. Pasti lebih mudah memahaminya dalam bentuk visual kan.


Sekarang kita dah faham, bagaimana caranya kita boleh mendapatkan cashback dari online shopping yang kita buat di ShopBack, pasti korang dah tak sabar nak membeli belah kan. Tapi macam mana eh, cara nak shooping di ShopBack ni. Alaa...senang je, sama sahaja macam korang shopping online di mana-mana portal pun..tapi tak apa, ana akan tunjukkan juga cara satu persatu. 

Cara untuk shopping online di ShopBack

Di mana-mana platform online shopping pun kita perlulah mendaftar masuk dahulu kan, atau istilahnya Sign-up. Disini kita perlu mengemaskini data yang diperlukan sebelum memulakan pembelian online. Jadi langkah pertama, korang layari sahaja ke www.shopback.my , dipenjuru atas tertera tab Sign-up dan klik disana. 



Korang boleh memilih untuk Sign-up dengan email ataupun akaun Facebook. Dan selepas Sign-up, barulah korang boleh Log-in masuk ke akaun dan mula shopping!!.



Disebelah kiri portal ShopBack, korang boleh memilih kategori mana yang korang nak beli atau boleh juga mengikut tab link terus ke mana-mana portal pilihan korang. Memang rambang mata kerana terdapat pelbagai pilihan kategori yang ada.



Klik sahaja di mana-mana online store pilihan dan kita akan dibawa terus ke website tersebut. 

Shopping macam biasa tu dan teruskan sehingga selesai proses pembelian. 


Di laman ShopBack, status Cashback kita akan berada pada status PENDING terlebih dahulu dalam masa 48jam sehingga proses pembelian selesai sepenuhnya dan barulah kita akan mendapat jumlah pulangan yang ditawarkan.Jadi jangan panik tau, kalau cashback korang tak masuk dalam akaun lagi, relakss dan chill..tunggu sahaja .



Apabila pembelian telah disahkan oleh pembekal status Cashback akan berubah kepada REDEEMABLE. Dalam tempoh 30-60 hari untuk mempastikan tiada urusan pembatalan, pertukaran dan sebagainya. Bonus jumlah cashback korang boleh di tebus apabila nilainya mencapai RM10 ke atas. 


Dan bila dah cecah nilai Bonus melebihi RM10 , korang bolehlah cash-out kan ke dalam akaun bank masing-masing. Jangan risau kerana CashBack mempunyai online banking dengan hampir kesemua bank-bank utama di Malaysia.


Wahh!! Senang je rupanya.... Best sangat kan dan cuma perlu sabar dalam tempoh mengkreditkannya ke akaun bank kita nanti. Bukan apa, proses ini memerlukan tempoh masa sehingga pembelian kita benar-benar sukses barulah akan di kreditkan bonus ke akaun kita. Okaylah tu, daripada shopping saja-saja tak dapat cashback tapi bila shopping di ShopBack kita dapat pulangan wang tunai. Mana lagi best ??

Dan ana nak kongsikan dengan korang beberapa portal online shopping yang ternama di Malaysia ni yang korang mesti suka nak singgah untuk shopping sambil tunggu cashback dari ShopBack. Jom!!

11street di ShopBack




11street... siapa tak kenal kan. Kat 11street ni kita boleh shopping pelbagai jenama yang best-best dan popular, semua ada lah kat sini. Dan tawaran cashback yang korang boleh dapat dari sini pun sehingga 2.0% dari pembelian disamping terdapat kod diskaun, kod promosi dan juga kupon-kupon menarik. Klik sahaja ke 11street dan shopping!!

AGODA di ShopBack




Dan sekiranya korang sedang tercari-cari destinasi dan hotel untuk percutian di hujung tahun atau dalam masa cuti yang terdekat ini, AGODA lah platform yang wajib korang singgah dan buat tempahan sambil mendapat cashback. Jom singgah sahaja ke sini - Agoda dan korang akan mendapat pelbagai pilihan Hotel penginapan dengan diskaun harga serta kupon promosi dan paling best cashback yang ditawarkan sehingga 6.0% . Wow!! banyak tuuu .... Cepatt..jangan berlengah lagi sebelum terlewat. Di AGODA, tempah dahulu bayar kemudian.

FOREVER 21 di ShopBack





Dan khas buat peminat tegar jenama FOREVER 21, di ShopBack menawarkan penghantaran percuma dari US ke Malaysia dengan Diskaun kod , Promosi kod serta kupon ke atas pembelian di FOREVER 21. Hanya klik sahaja ke Forever 21 dan tawaran cashback 2.0% menanti anda. Ermm...menariknya dan tak sabar nak shopping dah ni. 

Untuk memudahkan korang nak shopping online jangan lupa download sahaja applikasi ShopBack ke smartphone korang dari Google Play dan juga Apps Store.



Lebih Info dan Update terkini boleh juga di dapati dari : 

Layari : www.shopback.my

atau

Twitter : @ShopBackmy

atau 

Instagram : @shopbackmy

atau 

Facebook : ShopBack Malaysia


2 Comments

  1. kadang2 pening gak nak shop kat shopback ni..tp dh bc kt sini baru lah faham skit2 hihi thanks k.ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kita kena fahami betul-betul bagaimana shopback memberi pulangan cashback kepada kita, bila dah faham dan nampak sangat menguntungkan bila kita gunakan shopback sebagai medium shopping online kan El :)

      Delete