Nasi lemak, mihun goreng, roti canai antara menu sarapan pagi paling popular di tanahair kita ni. Kadang-kadang dalam seminggu tu ulang balik menu yang sama. Jemu tak? Mestilah jemu kan. Kalau yang di jual di tepi jalan pun itu jugalah antara pilihan yang ada. Makan selalu pun tak baik untuk kesihatan tau..boleh mengundang pelbagai kesan negatif pada kesihatan tubuh. Apa kata hari ini ana nak kongsikan dengan korang semua, satu menu sarapan pagi yang berkhasiat, menyihatkan dan yang penting sedap. 



Ermm...yummehh!! Sedap ni tau, nak-nak buat penggemar tuna. Bukan sahaja sedap yang penting ia berkhasiat dan menyihatkan serta memberikan tenaga yang diperlukan di sepanjang menjalani aktiviti harian. Sarapan pagi amat penting untuk membekalkan tenaga sebelum kita memulakan hari yang panjang. Jadi saranan ana, apa kata sesekali kita berubah ke menu sarapan yang sihat dari bahan yang semulajadi. Tuna wrap yang ana nak share kan resepi ni, ana menggunakan Ayam Brand Tuna Organik disamping bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan pelbagai sumber vitamin untuk tubuh badan. Jom kita tengok resepi lazat Tuna Wrap. 



Resepi Tuna Wrap

Bahan-bahan:

1 tin Ayam Brand Tuna Flakes
Tortilla Wrap
Mayo
Lada Sulah
Garam
Bawang besar
Timun
Tomato Ceri
Salad
Cili api
Lemon ( limau nipis pun boleh jer )


Inilah dia Ayam Brand Tuna Flakes In Organic Broth yang ana gunakan dalam resepi Tuna Wrap kali ini. Kenapa ana memilih Ayam Brand Tuna Flakes ni, yang pertama kerana ia dalam bentik flakes atau kepingan emping kecil yang mudah untuk kita satukan dengan bahan-bahan lain dalam adunan resepi ini. Dan yang kedua kerana Ayam Brand Tuna Flakes ni menggabungkan kebaikan tuna yang di tangkap secara mampan bersama sayuran organik yang diiktiraf serta minyak zaitun dara ekstra bagi memberikannya kebaikan serta rasa yang lebih semulajadi. 

Cara-cara Menyediakan Tuna Wrap 




1. Timun, bawang besar, tomato ceri dan cili api di hiris dadu.
2. Satukan di dalam mangkuk bersama Ayam Brand Tuna Flakes.  Masukkan sekali perapan minyak zaiton yang terdapat dalam tin Ayam Brand Tuna Flakes untuk mendapatkan khasiat dan kesesaran bahan organik.


3. Masukkan sedikit mayonnaise untuk memberi kesedapan dan rasa lemak pada bahan. Perahkan sedikit lemon untuk membawa rasa masam pada tuna. Bahan ini akan jadi sedikit basah, jadi tapiskan agar kita mendapat bahan yang tidak terlalu berkuah untuk di letakkan pada tortilla wrap itu nanti.


4. Panaskan pan dan letakkan sekeping tortilla wrap. Panaskan dengan api perlahan dan balikkan selepas ia masak.


5. Susun beberapa helai daun salad dan letakkan campuran tuna dan sayuran di sudut tepi kepingan tortilla wrap.



6. Tarik rapat-rapat bahagian tepi tortilla wrap dan gulungkan kemas-kemas supaya tidak terkeluar.


Dah siap, bolehlah potong dua dan nikmatinya sebagai sarapan atau pun snack pada bila-bila masa dan di mana juga. Yummeh!! Sedap dan berkhasiat.

Kelazatan dan Kemudahan Tuna Ayam Brand Kini Dalam Organik




Ayam Brand™ dikenali dengan pelbagai jenis produk makanan dalam tin berkualiti tinggi yang tidak mengandungi bahan pengawet, perisa tambahan mahupun MSG, menyihatkan serta mudah untuk diambil seiring dengan reputasinya sebagai jenama isi rumah terkemuka di Malaysia dan rantau Asia Tenggara selama 125 tahun.

Selain kaya dengan Omega-3, Selenium, Niacin, Vitamin B6 dan B12, tuna merupakan sumber protein yang mempunyai kadar kalori yang rendah untuk dihadam berbanding dengan sumber-sumber protin yang lain. Digabungkan dengan rasanya yang lembut serta teksturnya yang kenyal, Tuna menjadi makanan laut yang digemari di seluruh dunia.

Keenakan yang hebat serta keringkasan tuna Ayam Brand™ kini dalam organik, dengan pengenalan varian Tuna Flakes in Organic Broth dan Tuna Chunks in Organic Extra Virgin Olive Oil. Barisan produk terbaharu Ayam Brand™ ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang mendapat pengiktirafan organik dari Eropah. Kedua-dua produk baharu ini menggabungkan kebaikan tuna yang di tangkap secara mampan bersama sayuran organik yang diiktiraf serta minyak zaitun dara ekstra bagi memberikannya kebaikan serta rasa yang lebih semulajadi.


Sup sayuran organik

Sup sayuran organik disediakan dengan merebus sayuran organik dan herba seperti lobak, saleri dan bawang yang membantu untuk mengekalkan khasiat dan rasanya dengan perlahan. Ia mempunyai tenaga serendah 12 kalori setiap cawan , menjadikannya pilihan yang lebih baik bagi mereka yang mahu menjaga berat badan. Sup sayuran  berperisa sering digunakan oleh mereka yang peka dengan kesihatan untuk membuang toksin dari sistem penghadaman  sama seperti detoks! Ayam Brand™ memilih sayuran yang organic untuk digunakan dalam sup sayuran organik untuk mendapatkan rasa yang lebih semulajadi dan bebas daripada sisa kimia.

Minyak Zaitun Dara Ekstra organik 

Setiap 100 gram minyak zaitun dara ekstra mengandungi Vitamin E (72% daripada jumlah pengambilan yang dicadangkan dalam diet(RDA)), Vitamin K (75% daripada RDA) serta Omega-3 dan Omega-6 , selain kaya dengan antioksidan. Kajian penyelidikan menunjukkan minyak zaitun dara ekstra mempunyai bahan biologi aktif yang boleh mengurangkan risiko pembentukan penyakit atherosclerosis, kardiovaskular dan beberapa jenis barah .

Undang-undang untuk mengesahkan keluaran organik Eropah adalah antara yang paling ketat. Ia memerlukan cara pengeluaran, tanaman serta lokasi penanaman; kilang pemprosesan juga prosedur dan bahan yang digunakan juga disahkan organik.Ayam Brand™ sedang sedang bekerjasama nama pengeluar sayuran organik terkemuka ItalI, Alce Nero untuk pameran produk dan promosi di Malaysia.


Pensijilan Halal

Barisan tuna Ayam Brand™ disahkan Halal 
oleh badan pensijilan rasmi yang diiktiraf oleh JAKIM.  


Ayam Brand™ Tuna Flakes in Organic Broth dan Tuna Chunks in Organic Extra Virgin Olive Oil boleh didapati di seluruh negara dengan harga jualan cadangan 
RM6.60 (tidak termasuk 6% GST) bagi tin 150g.

Untuk lebih banyak resepi menggunakan tuna, sila layari  :


atau 


atau



~;~;~;~

Ayam Brand ™ merupakan sebuah jenama barangan pengguna isi irumah yang telah berada di Malaysia dan Asia sejak 125 tahun lalu dan iaamat dikenali dengan pilihan meluas makanan tin berkualiti, menyihatkan, tanpa bahan pengawet dan tidak mengadungi MSG tambahan. Barang makanan Ayam Brand ™ dikilang dengan kemudahan terkini yang memenuhi piawaian antarabangsa tertinggi dengan pensijilan yang diiktiraf di seluruh dunia (HACCP, ISO 9001) dan disahkan ‘Halal’. Selama empat tahun berturut-turut, dari 2013 ke 2016, Ayam Brand™ telah menduduki tempat 5 teratas sebagai janama Makanan Malaysia yang paling dipilih dan Top 10 untuk jenama FMCG yang paling dipilih Malaysia, menurut Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study 

9 Comments

  1. benda ni kalau time kenyang pun boleh jd lapar blk! hahahahaha...sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat bekalan ke Korea nanti Sally :)

      Delete
  2. saya memang peminat wrap. hari-hari mesti buat tapi pakai inti telur. terima kasih resepinya :)

    ReplyDelete
  3. cari resepi wrap terus keluar blog kak Ana. Nak kena cuba resepi ni nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tak sabar nak tengok versi CP hihi :)

      Delete