Bagaimana Nak Tahu Orang Block Whatsapp Kita

by - Thursday, October 05, 2017

Kalau nak block orang di media social ni mesti kes tak suka kan, sama ada di ganggu atau sesuatu yang tidak menyenangkan pada kita. Ana pun ada juga block beberapa akaun di media social ni, khasnya di Facebook. Bukan apa, mula-mula depa add kita dengan profile yang macam okay je,lepas tu mula mesengger dan bertanya bab personal, sorry sangat lah kan, kenal pun tak nak lebih-lebih pula kan... itu bab kita yang block,mudah sahaja kan..tapi bagaimana pula kita nak tahu bila kita yang kena block haha.. 

Kaedahnya sama sahaja, sama ada di Facebook, Whatsapp dan lain-lain media social lebih kurang je kita boleh tahu bagaimana kita nak tahu kita di block ni.Ana pun mencari rujukan dari pelbagai sumber dan kesimpulannya tetap sama. Ada empat faktor menunjukkan seseorang telah pun memblock nombor atau akaun kita. Yang ana nak highlight kat sini ialah aplikasi whatsapp. 


Bagaimana nak tahu nombor whatsapp kita di block 


1. Gambar profile contact yang block kita tidak kelihatan . Jika sebelum ini gambar profile contact ni ada di contact kita, tapi jika dia block kita, kita tidak akan dapat melihat gambar dan profilenya lagi. 

2. Bukan setakad gambar, status dan last seen mereka juga kita tidak dapat melihatnya lagi.

3.Chat yang kita hantar hanya mendapat satu tick sampai ke sudah. Even kalau mereka hide seen pun bila kita hantar chat, dan delivery kita akan dapat double tick selain blue tick.Tapi jika dia dah block kita memang tak sampai dah lah kan.

4. Sama juga dengan media social lain seperti Facebook, Instagram dan Twitter, semua posting mereka kita tak boleh lihat termasuklah di group-group juga. Bermakna orang yang block dan di block tidak akan dapat melihat sebarang posting antara satu sama lain. 

Jadi kalau semua tanda-tanda ni didapati dari akuan korang, bermakna anda sudah di block. 😊😊

You May Also Like

6 comments

  1. HaHahaha.. bila baca ni Mrs. A terus check sorang member office ni K.Ana sebab ada satu hari tu Mrs. A WhatsApp dia tapi tak reply walhal handphone dia ada je pada dia. Sedang melepak kat surau.

    Semua ciri 1 - 3 ada, sah-sah dia dah block Mrs. A lettew muahahhhhaaaaa... #adaakukisah

    ReplyDelete
  2. kalau kita dah block dia dr contact (hp) adakah dia jg da di block kan di socmed yg lain?

    ReplyDelete
  3. ade kat opis ni dah block kite sbb sakit ati kite dpt anugerah perkhidmatan cemerlang aritu..dia nak sgt tp cane la bos nak bg markah tinggi kalau 7.30-10.00 MIA (buat keje luar/bisnes). Pastu bila kita suruh buat keje dia cepat, dia dok bebel2 bising kat kita balik. Sampai pegawai2 pun dah nyampah dengan dia.

    Tp kite suke jer dia block kite. Mende / org2 negatif tak harus ada dalam SOCMED kitaaaa.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Ok, nak try block.. tengok kak Ana sedar ke tak kene block hahaa :D

    ReplyDelete
  5. so far aida x pernah block frens & families dari memana saluran la.
    kalau kat phone, yg aida selalu block if tetiba dpt mesej utk jual brg la, promosi loan ntah hape2 la, AJ.
    tu aida terus block!

    ReplyDelete
  6. Setakat nie, saya takdelah kena block lagi, tapi trima kasih atas tips yang berguna nie.. =)

    ReplyDelete