Seriuos, ana bukanlah pandai mengenai IT dan pengendalian komputer atau laptop. Kerana itu sesuatu yang baru ana pelajari, ana akan terus update menjadi sebuah entri, di mana suatu masa nanti, bila ana memerlukan teknik dan caranya, ana akan cari semula dari entri yang ana tulis. Entri yang ana sendiri terbit membuat kan mudah untuk ana refresh semula nanti, kan...In Shaa Allah. Dan mana lah tahu mungkin juga perkongsian ini dapat membantu insan lain di luar sana,kerana kebanyakan tutorial yang kita dapat dari carian Enjin adalah dari negara seberang dalam bahasa mereka. Kadang-kadang pening gak nak faham.

Image result for google driveAna dikehendaki menghantar beberapa keping gambar saiz sebenar kepada wartawan Harian Metro yang katanya akan menerbitkan sebuah slot tulisan tentang hobi berkebun herba yang di jumpainya di blog www.anajingga.com . Ana lebih selesa melakukan interview secara online sahaja dan ana kirimkan beberapa keping foto kebun herba kepada beliau. Setelah cuba nak hantar gmail, meminta ana menghantarnya melalui link Google Drive kerana file bersaiz besar. Aduhh, memang tak pandai, sebab selalunya ana banyak menerima file Google Drive dari PR untuk terbitan advertorial di blog tetapi ana sendiri tidak pernah menghantar email dengan fail Google Drive ni. Habis tu?? 



Cara menghantar Fail Google Drrive melalui Email


Dan seperti biasa lah, engineer blog www.anajingga.com ni, adinda Arz Moha pemilik www.arzmoha.com menjadi pakar rujuk ana. Gigih lah Arz membantu kakaknya sehingga selesai terhantarnya fail dari Google Drive ke email cik wartawan. Dan ana terbitkan semula tutorialnya supaya mudah untuk ana atau sesiapa sahaja yang memerlukannya di masa hadapan sebagai panduan dan rujukan bersama.

1. Langkah pertama, kita perlu masuk ke Google Drive log-in dengan Google Account kita terlebih dahulu. Setiap pemilik Google Account secara automatiknya akan mempunyai Google Drive masing-masing. Cuma kalau di smart phone kita perlu lah download applikasinya terlebih dahulu. Jika dari desktop atau laptop, search sahaja di  Google.



2. Buka satu folder dan namakan untuk memudahkan kita menghantarkannya nanti. Upload kesemua gambar/dokumen yang bakal kita hantar ke dalamnya. 



3. Siap folder di upload , right-click kan dan klik pada Get shareable link.


4. Bila keluar satu link seperti di atas, highlight dan right-click - copy. 


5. Masuk semula ke Gmail, dan paste kan sahaja links kepada email yang ingin di hantar dan ia akan masuk melalui attachment seperti gambar di atas. Bolehlah send email tadi sekali dengan fail Google Drive kita kepada penerima .

Terima kasih sangat buat Arz Moha kerana sentiasa menjadi penyelamat kakaknya yang buta IT ni. Lain kali pandai dah nak hantar Google Drive melalui Email. Dan hanya mereka yang mempunyai link yang diberikan sahaja yang boleh membuka folder Google Drive yang kita kirim kan. 

4 Comments

  1. Aduh wani pandai tengok jer logo ni, tapi tak tahu benda. Tq kak ana atas perkongsian... len kali kena belajar hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kak ana pun pertama kali menghantar nya melalui email, kalau buka dari links yang pr atau client anta tu selalu lah..

      Delete
  2. TQ atas perkongsian...dulu pernah sorang photographer send gmbr melalui cara ni..tp segan nak tanya dia cane dia buat..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terima tu selalu JJ80, tapi menghantar tu inilah kali pertama, dah siap2 terbit kan entri esok2 nak guna buka sahaja entri ni hihi :)

      Delete