Umum ketahui untuk kekal sihat dan bertenaga,kita di suruh minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ini untuk mempastikan tubuh kita tidak mengalami hidrasi atau kekurangan air dalam badan. Namun ia tidak memadai untuk menjadikan kulit tubuh kita juga cukup kelembapan. Kulit yang terdedah kepada persekitaran cahaya matahari, suhu penghawa dingin mudah menjadi kering. Amatlah menakutkan bila kulit terlalu kering kerana kesan penuaan akan kelihatan dengan cepat. Bak kata orang tua sebelum waktu kerana paling ketara apabila kita mengalami masalah kekeringan kulit, kedutan akan muncul dengan cepat.

Ana sendiri, sebagai seorang wanita di usia 40-an, amatlah prihatin dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Bukan apa, kita memegang status seorang isteri adalah menjadi satu tanggung-jawab untuk sentiasa kelihatan cantik dan menarik di mata suami. Meskipun tak mampu untuk kekal muda tetapi harus berusaha untuk sentiasa sihat dan cantik agar kebahagiaan rumahtangga utuh hingga akhir hayat, In Shaa Allah.Kerana itu, ana memilih untuk menggunakan losyen badan dalam usaha mempastikan kulit kekal lembab. Pilihan ana kali ini ialah koleksi ENCHANTEUR 24H Moist terbaharu...kerana dengan ENCHANTEUR bukan sahaja melembap tetapi kekal wangi dan harum 24 jam. 



ENCHANTEUR 24H Moist - Losyen Haruman Badan 

Bila sebut sahaja ENCHANTEUR pasti terbayangkan betapa harumnya kesemua rangkaian penjagaan badan dari jenama yang tak perlu di perkenalkan lagi ini. Ia menjadi pilihan utama wanita dan gadis untuk mempastikan mereka sentiasa harum dan cantik sepanjang hari. Kali ini, variasi terbaharu dari ENCHANTEUR ialah losyen haruman badan ENCHANTEUR 24H Moist . Ana sendiri awal-awal telah mencubanya dan serius kekal harum mewangi sambil melembapkan kulit sepanjang hari. 


Meskipun sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, ana tetap menyapukan losyen badan  ENCHANTEUR 24H Moist  selepas mandi. Dan bukan sekadar sebuah rangkai kata, ia terbukti kekal harum dan melembapkan kulit sehingga 24 jam. Ia amat sesuai untuk wanita yang keluar bekerja dan tak perlu untuk memakai losyen dengan kerap dalam sehari untuk kekal melembapkan tubuh.

Apa kelebihan losyen ENCHANTEUR 24H Moist ?


Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.

Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.


ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.


Dan pilihan ana ialah ENCHANTEUR 24H Moist Alluring... Ya ampun, harumannya sangat soft dan menyamankan sekali. Kombinasi aroma Vanila dan Mawar yang cukup mengasyikan bagaikan membelai jiwa. Meskipun ia kekal 24 jam, ana memakainya di waktu pagi dan sekali lagi sebelum masuk tidur. Suami pun suka baunya yang mendamaikan di waktu malam, harum satu bilik kata suami ana..wahhh gituew.. :) dan yang paling penting ia kekal melembapkan kulit seharian tanpa keraguan lagi.

ENCHANTEUR 24H Moist - Alluring



ENCHANTEUR Alluring 
(dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)

Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.

ENCHANTEUR 24H Moist - Romantic



ENCHANTEUR Romantic
(dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)

Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.

ENCAHNTEUR 24H - Charming


ENCHANTEUR Charming 
(direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

Jadi, apa tunggu lagi wanita anggun yang ingin kekal cantik, harum sepanjang hari..Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi.

Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari  



atau


Facebook ENCHANTEUR 






6 Comments

  1. Replies
    1. kan NH, wangi sangat losyen Enchanteur ni :)

      Delete
  2. Bau dia best sangat2 kan kak ana.. wangi soft2 jer ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Lya, mempersonakan sungguh keharuman Enchateur terbaharu ni :)

      Delete
  3. memang wangi kan enchanteur ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Raihannah.. kak ana suka sangat :)

      Delete