FERNLEAF - BERKONGSI KISAH KEHEBATAN INDIVIDU YANG TABAH SEBAGAI INSPIRASI

by - Sunday, October 29, 2017

Fernleaf, jenama tenusu yang dipercayai membawakan kebaikan tenusu semula jadi dari New Zealand kepada para keluarga di Malaysia, kini menggalakkan rakyat Malaysia untuk berusaha untuk mengejar kehebatan dengan suara kebaikan, yang merupakan kata-kata dorongan dari keluarga, sahabat dan orang tersayang yang dapat memberikan motivasi dalam usaha mengejar impian. 



En. Jose Miguel Porraz-Lando, Pengarah Urusan bagi Fonterra Brands Malaysia dan Singapura berkata: “Apakah yang biasa terdapat pada Individu-individu luar biasa? Mereka mempunyai sistem sokongan yang padu daripada sahabat handai, keluarga, dan orang tersayang ataupun suara mereka sendiri – dan suara-suara kebaikan inilah yang menjadi dorongan bagi mereka untuk mengejar kegemilangan.  Fernleaf adalah sebahagian daripada keluarga-keluarga Malaysia, untuk selama lebih daripada 30 tahun menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengejar impian, berusaha ke arah kehebatan,  dan menggalakkan semua orang untuk menjadi suatu suara kebaikan kepada orang di sekeliling mereka,” 
seiring dengan ini, menggabungkan lima orang rakyat Malaysia yang berani dan tabah, bagi berkongsi kisah kejayaan masing-masing, yang ditampil dalam kempen “Goodness Feeds Greatness”. Kelima-lima individu berani dan tabah yang dipaparkan dalam kempen Fernleaf ini telah dipilih kerana mereka telah menempuhi kesukaran namun dapat mencapai kejayaan pada akhirnya, mengambil kekuatan daripada kebaikan dan ketulenan yang mereka percayai.  

Jose Miguel menambah bahawa Fernleaf mempunyai 100% kebaikan susu daripada New Zealand, sentiasa menyokong keluarga-keluarga Malaysia setiap hari. Kami ingin mendengar kisah-kisah penuh inspirasi daripada kelima-lima individu ini untuk menambai motivasi kepada rakyat Malaysia agar dapat mengejar kehebatan, tidak kira kecil atau besar!



Mereka adalah: Siti Hanisah, wanita termuda Malaysia yang berjaya menakluki Gunung Everest pada 2013 ketika berusia 23 tahun; Mavin Khoo, penari Bharatanatyam (tarian klasik India) yang terkemuka di dunia; Hayati Ismail, bekas warga korporat yang cemerlang dan kemudiannya menjadi pejuang kebajikan dan kini menerajui Food Aid Foundation; Dr. S. Madhusudhan, pengasas Teddy Mobile Clinic, yang menyediakan rawatan perubatan percuma kepada warga miskin dan gelandangan di kota; dan Mohd Sirhajwan Idek, salah seorang pemenang global peraduan Teacher at My Heart 2016. 




Bagi Siti Hanisah, yang berasal dari Negeri Sembilan, tiada gunung yang terlalu tinggi untuk didakinya. “Suara daripada ibu bapa sayalah yang mendorong saya untuk mencapai puncak Gunung Everest. Saya hampir pitam pada bahagian terakhir pendakian tersebut, namun minda saya dipenuhi dengan kata-kata dorongan dari ibu bapa saya. Suara-suara kebaikan daripada mereka menggalakkan saya untuk meneruskan perjalanan sehingga saya ke puncak!”

Pada ketinggian lebih daripada 8,000 meter, Siti Hanisah Sharuddin terdengar bisikan suara di telinganya. Bisikan tersebut bukan disebabkan udara tipis yang dihadapinya dalam menempuh kilometer terakhir sebelum sampai ke puncak Everest. Bisikan itu bukan juga suara dari alam ghaib, walaupun dia menemui banyak mayat pendaki yang meninggal dunia dalam perjalanan ke puncak. 

Bisikan itu adalah suara ibu bapanya. “Pada ketika itu saya sudah hampir pengsan tetapi telinga saya dipenuhi dengan bisikan kata-kata yang memberi semangat oleh kedua ibu bapa saya,” kata Siti Hanisah ketika menceritakan pengalamannya sambil duduk di ruang tamu rumah keluarganya di rancangan Felda di Negeri Sembilan, ditemani dengan sebuah kabinet kaca yang penuh dengan pingat-pingat sukan.

Pada 23 Mei 2013, Siti Hanisah mencatatkan rekod sebagai pendaki wanita termuda Malaysia yang berjaya menawan Gunung Everest. Ketika itu dia berusia 23 tahun. 



Pengarah Operasi bagi Food Aid Foundation, Hayati Ismail, melepaskan kariernya dalam bidang korporat yang menguntungkan dan berkhidmat untuk orang kurang berada. “Saya memberitahu kawan-kawan saya bahawa kehidupan yang selesa adalah tidak cukup, anda juga mesti selesa dengan jiwa anda. Orang yang saya telah membantu juga memberi inspirasi kepada saya untuk bekerja lebih keras. Sumber galakan saya datang dari keluarga saya, terutamanya suami dan kakak saya,” katanya.




Mereka yang bercita-cita untuk mencapai kehebatan akan mendapat kata hikmah daripada nasihat Dr. S. Madhusudhan: “Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk membantu mereka yang memerlukan, jangan terlalu memikirkannya. Mulakan langkah pertama dan langkah-langkah seterusnya akan datang kepada anda. ” Seperti nama panggilannya, 'Doktor Teddy Bear', dia bertekad untuk menyebarkan kebaikan melalui usahanya.




Pengajaran adalah profesion yang mulia, seperti yang dinyatakan oleh Mohd Sirhajwan Idek yang bekerja dengan gigih untuk mempromosikan kepentingan Bahasa Inggeris di kalangan pelajarnya. “Nasihat saya untuk mereka yang berminat dalam profesion pendidikan adalah: 'jangan sesekali memandang rendah terhadap kemampuan pelajar anda dan jangan sesekali meragui keupayaan anda untuk mencipta kehebatan dalam mereka,’ dia terangkan.



Manakala minat Mavin Khoo merupakan Bharatanatyam, sejenis tarian klasik India. Perjalanannya tidak mudah pada awalnya, namun dia tabah menghadapinya dan kini merupakan salah seorang individu yang paling dihormati dalam industri ini. “Kita perlu melindungi suara kebaikan yang ada dalam diri kita, pastikan suara itu kekal kuat dan jelas. Saya bersyukur dengan suara kebaikan yang saya terima dari rumah, yang dapat menguatkan lagi suara kecil dalam diri saya yang mengatakan “saya boleh”.”


Selain daripada memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, Fernleaf juga membawakan kebaikan tenusu kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sepanjang 15 Oktober hingga 15 November, jadilah pejuang kebaikan dan sokonglah Fernleaf dalam menyediakan kebaikan tenusu kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dari 10 buah rumah di serata Malaysia. Bagi setiap paket susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh kempen, 50g kebaikan tenusu akan disumbangkan kepada kanak-kanak di rumah anak yatim dan rumah kebajikan. 

“Fernleaf berusaha membawakan kebaikan semula jadi tenusu untuk menyokong keperluan kesihatan dan pemakanan rakyat Malaysia. Melalui penyediaan susu Fernleaf untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik, kami berharap mereka akan membesar dengan lebih kuat agar dapat mengejar cita-cita dan potensi diri mereka yang sepenuhnya,” kata En. Jose Miguel.

Anda boleh memberikan sokongan kepada inisiatif Fernleaf dengan membeli mana-mana produk Fernleaf berikut dari Mydin di seluruh negara: 

Susu Tepung Segera Penuh Krim Fernleaf (Full Cream & Instant Milk Powder) 

Lazat, berkrim, dan berkhasiat, susu tepung ini diperbuat 100% daripada susu dari New Zealand. Tinggi dalam protein, kalsium, magnesium, vitamin A, B2 dan B12, anda dan orang tersayang dapat menikmati kebaikan susu Fernleaf yang dikenali dan digemari oleh ramai rakyat Malaysia dari tahun ke tahun.  




Susu Tepung Keluarga Fernleaf (Family Milk Powder)

Berikan nutrien penting kepada setiap ahli keluarga anda dengan susu tepung ini, yang mengandungi 5x lebih DHA*, serta kandungan tinggi protein, kalsium, zat besi dan vitamin A, C, D, B1, B2, B3 dan B12. Gabungan semua kebaikan dalam satu gelas, dengan rasa lazat yang sama dalam setiap susu Fernleaf. *Berbanding dengan rumusan sebelumnya.

Sertai gerakan ‘Goodness Feeds Greatness’ di laman Facebook rasmi Fernleaf :


atau 


Maklumat tentang produk susu Fernleaf boleh didapati dalam talian (http://www.greatness.my/en/products). Produk-produk Fernleaf juga boleh didapati di kesemua pasar raya, pasar hiper dan peruncit di seluruh negara. 



Tentang Fernleaf
Sepanjang 30 tahun yang lalu, Fernleaf telah memberikan khasiat tenusu yang terbaik dari ladang New Zealand ke Malaysia, menyediakan susu yang berkhasiat bagi para keluarga agar mereka dapat mengekalkan diet yang sihat dan seimbang. Dengan pengalaman dalam industri ini selama lebih daripada seabad lamanya, Fernleaf percaya bahawa kualiti datangnya secara terus dari sumber. Hanya susu segar daripada lembu yang diberi makan rumput, digabungkan dengan sistem perladangan yang canggih dan ketelitian dalam setiap langkah produksi, dapat menjanjikan anda salah satu standard khasiat tertinggi dalam produk  tenusu.    


Tentang Fonterra Brands
Fonterra merupakan peneraju global dalam khasiat tenusu – pembekal bahan  tenusu yang digemari pelbagai syarikat makanan terkemuka dunia. Fonterra juga mengetuai pasaran dengan jenama tenusu pengguna sendiri di New Zealand, Australia, Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin. Fonterra merupakan ko-operasi yang dimiliki peladang dan merupakan pemproses susu terbesar di dunia. Ia juga merupakan salah satu pelabur terbesar di dunia dalam kajian dan inovasi tenusu, berasaskan kepakaran dalam bidang tenusu selama beberapa generasi untuk menghasilkan lebih daripada dua juta tan produk tenusu, ramuan tenusu sampingan nilai, ramuan istimewa dan produk pengguna bagi 140 buah pasaran. Fonterra Brands Malaysia memulakan operasi pada tahun 1975 di Shah Alam. Kini, ia mempunyai dua buah pusat penghasilan, Susumas dan Dairymas, dan jumlah sebanyak 700 orang pekerja sepenuh masa yang membawakan khasiat tenusu yang terbaik kepada rakyat Malaysia, dengan penuh dedikasi. Kesemua produk tenusu oleh Fonterra Brands Malaysia disahkan Halal oleh New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT), yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diperuntukkan dalam MS1500:2009, standard antarabangsa yang digunakan oleh JAKIM. Fonterra Brands Malaysia turut mematuhi standard industri tempatan dan antarabangsa termasuklah HACCP, Veterinary Health Mark, ISO 9001:2000 dan GMP. Fonterra di Malaysia dikenali dengan jenama-jenama terkemukanya seperti Anlene, Anmum (Materna, Essential dan Lacta), Fernleaf, Calciyum, Chesdale dan di bawah bahagian perkhidmatan makanannya, Anchor Food Professionals, ia dikenali dengan Anchor, Mainland dan Perfect Italiano.

You May Also Like

4 comments

  1. memang minum Fernleaf.. kadang family, kadang full cream

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fernleaf salah satu jenama susu yang dipercayai ramai kan Zaf :)

      Delete
  2. pengambilan kalsium adalah penting pada semua peringkat umur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali, keperluan kalsium penting untuk kesihatan tubuh badan

      Delete