Jeruk Jabit Dari Kelantan

by - Monday, October 23, 2017

Dari kecil sampai la sekarang ni, ana ni memei antu asam. Tak sedar diri dah kena gastrik serius pun masih nak ngadap makan jeruk dan asam-asam ni. Nak buat macam mana kan..itu yang sedap 😊😊kan. Dan dalam banyak-banyak jeruk yang paling ana minati ialah jeruk buah anggur atau orang Kelantan sebut jeruk jabit . Jeruk ini ada yang jenis basah dan ada yang jenis kering tapi ana suka yang jenis yang basah tu. Sedapnya kan, dapat pula yang besar gemoks-gemoks tu..wallaaaa


Jeruk Anggur / Jeruk Jabit

Adik ana, Lan baru-baru ni ke Kelantan dan Trengganu bercuti bersama keluarganya. Dia tanya la, kakaknya nak kirim apa? Dalam banyak-banyak ana teringat terus nak kirim jeruk anggur sahaja dan balik kampung Teluk Intan hari tu, mak bagi tahu Adik ada belikan jeruk anggur untuk ana. Bestnya..laju menuju ke peti ais dan tu diaa..sebotol jeruk anggur untuk kakaknya. Suka ler tu ✌✌ . 

Alhamdulillah, jeruk anggur ni tak kuat rasa cuka nya. Jadi kurang lah rasa terik cuka seperti kebanyakan jeruk lain yang pernah ana makan. Buahnya pun besar-besar. Sedap!! Ana sendiri tertanya-tanya buah jeruk ni memang buah anggur kecil-kecil kah atau memang ada buah khas untuk di jeruk seperti ini? Musykil kan? Tak pernah ana jumpa buah jabit ni depan-depan mata, manalah rupa agaknya kan. Rasanya buah ni bukan dari Malaysia kan..Waallahu a'lam..

You May Also Like

2 comments

  1. Tengok ni dah keluar air liur...hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Kak Mala, terliur je tapi masih ada lagi dalam petisejuk huhu :)

      Delete