Mencari Calon Yang Sesuai

by - Friday, October 27, 2017

Jumaat lepas, ana berada di Bandar Seri Iskandar sempena Istiadat Konvokesyen Kak Long di UiTM sana. Jumaat tu selepas suami solat Jumaat di Masjid Seri Iskandar, kami ke D'Mall sementara menanti jam 2:45 petang baru pejabat untuk mengambil jubah dan sessi raptai bermula. D'Mall ni terletak di tengah-tengah Bandar Seri Iskandar dan sambil jalan-jalan cuci mata tu, ana terpandang satu notis iklan jawatan kosong di salah sebuah butik tudung yang Adik Ika singgah membeli dua helai tudung bawal crepe. Cuba korang perhatikan , apakah yang menarik dari paparan iklan jawatan kosong di bawah ni ?


Iklan yang di letakkan pada patung ni mencatatkan syarat-syarat yang diperlukan nya ialah 3 syarat teratas yang di ulang iaitu ~ Menjaga Solat ~Menjaga Solat ~ Menjaga Solat. Allahu...indahnya ciri-ciri calon yang di cari. Tak pernah ana lihat paparan iklan jawatan kosong sebegini di mana-mana premis di sekitar KL dan Selangor ni (mungkin ada, tapi ana yang tak pernah jumpa). 

Betul..andai di pertemukan calon pekerja yang sentiasa menjaga solat nescaya terdapat banyak ciri-ciri kebaikan padanya, In Shaa Allah. Insan yang sentiasa menjaga solat, seorang yang amanah pada tanggung jawabnya, kerana dia menjaga tanggung-jawabnya kepada Allah swt dengan sebaik mungkin. Insan yang menjaga solat juga, seharusnya seorang jujur pada pekerjaannya jua, kerana dia pasti takut dengan azab Allah swt sekiranya dia ingkar dan mungkir. Dan insan yang menjaga solatnya jua adalah ciri-ciri insan yang sentiasa menepati lain-lain ketaatan dan perintah Allah swt kerana solat itu tiang agama. In Shaa Allah.

Bukan di premis ini sahaja ciri-ciri calon menjaga solat yang di cari, dalam perjalanan ke kampus UiTM Seri Iskandar juga , kami terpandang satu lagi banner mencari pekerja di sebuah kedai makan dengan jelas memerlukan calon yang menjaga solat. Allahu... semoga perniagaan mereka mendapat keberkatan dan berjaya dari dunia hingga akhirat. Aamiin... Kalau bukan kita sendiri hambaNya yang mengutamakan solat dalam segala urusan, siapa lagi yang dapat kita harapkan. Alhamdulillah... di masa ini, banyak perkara yang mendahulukan agama dari lain-lain hal. Biarpun tak semua yang setuju dengan pendekatan dan pembaharuan ini, namun ia tetap ada di laksanakan. 

Semoga satu hari nanti, negara kita menjadi contoh kemajuan dalam ekonomi berlandaskan syariah dengan jayanya. Walaupun hidup dalam pelbagai anutan berbeza, kita sebagai umat Islam perlu bersatu hati mempamerkan keindahan Islam itu sendiri biar di pandang tinggi martabatnya.. In Shaa Allah. 

You May Also Like

4 comments

  1. Assalamualaiukum. Kak, blog EDtv dah tukar alamat https://edtvblog.blogspot.my/

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam ED, terima kasih maklumkan..In Shaa Allah nanti kak ana singgah ye :)

      Delete
  2. Betol tu kana,, zaman sekarang ni sekiranya kalau kita lupa pasal agama, perjalanan hidup pun tak sempurna, tak kisah lah dalam aspek apa sekalipun ,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Wani, pegangan agama yang kukuh In Shaa Allah semua aspek akan menjadi baik :)

      Delete