Tiap kali balik kampung je,mesti nak mengimbau kenangan kan. Maklumlah daerah kelahiran dan membesar pasti banyak bait-bait kenangan sepanjang perjalanan hidup ini. Syukur Alhamdulillah, ana masih berkesempatan singgah dan throwback lalu di kongsikan kembali bersama pembaca setia yang berkunjung di www.anajingga.com. Jangan bosan naa... ana banyak sangat throwback kisah lalu. Kerana pada ana, medium blog ini bagaikan sebuah catatan online diary tempat ana berkongsi kisah. Tapi yang baik-baik sahaja la..In Shaa Allah.

Hari tu kan,kami sempatlah singgah ke Gerotak Besi di pinggir pekan Teluk Intan. Dah berpuluh tahun suami menjadi sebahagian warga Teluk Intan, baru kali ini ana teringat nak bawa dia ke sini. Sebabnya Gerotak Besi atau jambatan besi lama ini kini hanya sebagai laluan motor yang menghubungkan Kampung Bahagia ke pekan Teluk Intan. Ini kerana jambatan baru telah lama digunakan selari dengan gerotak besi ini cuma di lokasi yang berbeza.


Gerotak Besi Teluk Intan

Gerotak ni bermaksud jambatan, ana tak pasti mana dapat panggilan gerotak ni mungkin di kalangan orang-orang dulu di daerah Teluk Intan ni juga, waallahu a'lam. Dan ia dinamakan gerotak besi sebab sebahagian jambatan ini di bina dari besi kerana pada suatu waktu dahulu ia adalah jambatan laluan keretapi. Lama sangat tu, ana pun tak ingat sangat tentang penggunaan jambatan besi ini, masih di zaman kanak-kanak sangat lagi.

Cuma pernah lah lalu di jambatan ini ketika ia masih digunakan sebagai penghubung utama ke Kampung Bahagia, Sungai Manik hingga ke Kampung Gajah. Selepas siapnya jambatan baru, ia terbiar juga agak lama dan di baik pulih semula seperti sekarang untuk laluan motor penduduk setempat dari Kampung Bahagia ke pekan Teluk Intan. Haha...dah biasa panggil pekan Teluk Intan walaupun ianya bertaraf bandar sebenarnya. Foto di bawah menunjukkan Gerotak Besi yang selari dengan jambatan baharu yang menghubungkan laluan utama ke bandar Teluk Intan ke Kampung Bahagia dan kawasan haluannya.

kredit foto :Koleksi Hafez J Malim
Bila ana kongsikan gambar gerotak besi ini di group FB Teluk Intan Myhometown, banyak komen yang membantu ana menulis artikel ini, antaranya dahulu memang ia dibuka kepada kenderaan dan terdapat trafik light di jambatan ini yang mana kenderaan bergilir melaluinya termasuklah keretapi. Sekarang, keretapi tidak lagi melalui Teluk Intan dan cuma tinggal beberapa kesan tinggalan landasan di sana-sini. Antaranya yang masih ada di simpang empat Jalan Changkat Jong, ialah pintu pagar lalu lintas. Kalau dahulu bila keretapi melintas, pintu pagar ini akan di tutup untuk menghalang kenderaan lalu dan memberi ruang kepada keretapi. Waktu itu ramai pelajar sekolah menaiki keretapi dari jauh untuk bersekolah di bandar Teluk Intan ni, antaranya ke SM Seri Perak, SM Sultan Abd Aziz dan beberapa lagi sekolah-sekolah era 70-an 80-an. 


kredit foto : Koleksi HafezJ Malim
Terima kasih buat Hafez J Malim, ana jumpa gambar-gambar beliau dari carian forum di Google untuk ana kongsikan semula di sini. tak banyak sebenarnya info-info rasmi yang boleh ana dapatkan dari sumber-sumber sah tentang Gerotak Besi ini, sekadar mendapat maklum balas dan komen dari perkongsian di group-group FB Teluk Intan. Pastinya mereka yang lebih senior banyak kisah dan nostalgia tentang laluan jambatan lama ini. Menurut beberapa komen yang ana baca, dahulunya laluan jambatan juga di buat daripada kayu selain besi, maklumlah landasan keretapi kan.Komen rakan sekolah ana dahulu, Azhar yang mengayuh basikal melalui jambatan ini ke sekolah kami, SM Horley Methodist yang tak berapa jauh dari lokasi jambatan, pernah basikalnya tersepit celah kayu dan tertonggeng juga lah katanya..haha..kenangan tu kan..masih kekal di ingatan. 

Dan hasil carian dari Google Image juga ana temui dua keping foto lama yang sangat nostalgia dan kredit buat pemilik asalnya. 




Kisah bersilih ganti, datang dan pergi sebagai catatan sebuah kenangan. Banyak memori yang telah tercipta yang pastinya menjadi kenang-kenangan selagi hayat di kandung badan. Ada ketikanya kisah lalu menjadi satu pengalaman yang amat berharga kerana bukan semua miliki cerita yang sehebat kisah kita. Apapun, Teluk Intan akan tetap di hati ana, biarpun jauh di mata namun tetap di hati. 


10 Comments

  1. Kak Ana sila imbau kembali feri lama dari Teluk Intan ke Seberang Perak sebelum muncul jambatan yang ada sekarang..rinduuu zaman kanak2 naik feri..hehhhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada feri ke Mummy, seingat kak ana ada bot tambang je hihi, tak berkesempatan lagi meninjau ke situ setiap kali balik kg, tambahan sekarang ni jambatan batu 5 sedang di baik pulih jadi perkhidmatan bot tambang menjadi alternatif untuk yang bermotorsikal katanya :)

      Delete
  2. Baru tahu gerotak itu rupa-rupanya jambatan hehehe.....
    MEngimbau kenanganlah seronok K. Ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Mrs A, gerotak tu sesetengah daerah menggunakannya untuk perkataan jambatan :)

      Delete
  3. Kat tempat saya dah susah jumpa jambatan macam ni

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je mazni, in shaa Allah nanti kak ana letak di blog list kak ana :)

      Delete
  5. Terima kasih kak ana. Semoga murah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Mazni , semoga bermanfaat buat kita bersama ye :)

      Delete