Pertama Kali Naik UBER

by - Monday, October 30, 2017

Orang lain dah lama dah guna kan UBER untuk kemudahan pengangkutan awam sekarang ni. Kak Long pun dah bijak naik GRAB ke sana-sini sejak menuntut di Shah Alam ni. Mudah dan selamat kerana setiap perjalanan kita di track oleh aplikasi dan kadar tambang pun dah di ketahui siap-siap. Jadi tak lah akan ada unsur penipuan dan sebagainya. Profile pemandu pun ada di daftarkan di aplikasi UBER dan GRAB ni meyakinkan lagi keselamatan kita penumpang. 


Image result for uber

Dan semalam, pertama kali lah ana nak menggunakan UBER untuk ke KTM Rawang dari rumah. Ini kerana ana ada hi-tea dengan kakak angkat di sekitar tempat kerja suami, balik nanti ana boleh balik dengan suami, tak perlu ana nak drive ke KL kan. Ana naik UBER ke stesen KTM Rawang, pastu naik Komuter ke KL. Dan macam biasa pengalaman ini ana nak kongsikan dengan pembaca dan pencari info bagaimana untuk  menggunakan perkhidmatan UBER.

Bagaimana cara untuk menaiki UBER ?


1. Pastilah korang kena download terlebih dahulu aplikasi UBER ke smart phone korang dan kena ada data yang cukup untuk sepanjang perjalanan korang nanti .


2. Korang perlu Sign-in atau buka akaun bersama UBER terlebih dahulu. 

3. Bila korang nak menggunakan perkhidmatan UBER ni, klik sahaja pada aplikasinya dan taip di ruang "Where to"  - destinasi yang korang nak tuju. Nanti Google Maps akan navigasikan lokasi yang korang nak pergi tu.




4. Korang taipkan juga lokasi di mana pemandu UBER akan ambil korang tu, dan kadar bayaran akan di paparkan. Korang boleh pilih jenis UBER yang korang nak..dan paling murah ialah kategori ECONOMY, kalau UBER Black dan MPV tu kadar bayarannya lagi mahal lah. 

5. Dah bajet tambang korang, klik ke COMFIRM UBER dan tunggu jawapan dari pemandu yang paling hampir akan respon dan akan datang ambil korang. Kadang-kadang pemandu akan terus call korang untuk tanya destinasi korang nak pi mana dan sebagainya.Mana dia tahu nombor telefon? Sebab masa korang sign-in tu korang kena letak nama dan nombor telefon dan dapatkan notification code melalui sms haha :) 

6. Tunggu lah sehingga pemandu UBER korang sampai. Jangan risau kerana apabila korang terima pesanan tadi, disertakan nombor plat kenderaan, jenis kenderaan dan gambar serta nama pemandu yang bakal ambil korang tu, mudahlah nak cam kan kereta mana UBER yang korang pesan tu. 

Image titled Use Uber Step 17


7. Untuk pembayaran pula korang boleh pilih sama ada dengan bayaran tunai (cash ) kepada pemandu UBER atau melalui Debit Card terus ke UBER Centre. 

Image titled Use Uber Step 18

8. UBER akan track perjalanan korang sehingga sampai ke destinasi dan bayaran pada pemandu di jelas kan di mana korang bolehlah RATE kan berapa STAR perkhidmatan dari pemandu UBER yang menghantar korang tu. 

Apappun sentiasa berhati-hati selalu dan jangan mudah memberikan butiran peribadi kepada sesiapa sahaja kerana kita menaiki kereta orang yang kita tidak kenali. Ada pemandu UBER yang ramah dan baik yang semata-mata mencari pendapatan tambahan untuk keluarga dan tak mustahil juga ada yang jenis mengambil kesempatan khasnya kita wanita. UBER adalah salah satu perkhidnatan yang selamat aplikasinya namun manusia ni pelbagai sifatnya... Waallahu a'lam... 

Kredit foto dan sumber rujukan dari : https://www.wikihow.com/Use-Uber

You May Also Like

12 comments

  1. Pengalaman baru kan sis ana jingga

    Saya pun tak pernah pakai lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuatu yang memudahkan juga untuk ke satu-satu destinasi , in shaa allah

      Delete
  2. guna uber ataupon grab lagi mudah dan jauh lebih murah daripada teksi.. saya pon prefer uber.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ikhwan, dan satu lai faktor keselamatan yang mana perjalanan kita di track oleh applikasi serta dapat menggelakkan penipuan harga dari pemandu :)

      Delete
  3. Replies
    1. AJ pun pertama kali mencuba nya bila benar-benar rasa memerlukannya :)

      Delete
  4. jangan risau Kak AJ.. CT download apps Uber lama da skali tak pernah try lagi hehehe.. dok peram gitu ja =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. peram dulu CT, mana tahu satu hari nanti CT memerlukannya , bisa ajer guna kan nanti :)

      Delete
  5. Mmg senang..kalau malas nk drive n cari parking.. naik grab je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann CIK PUAN ENA,memudahkan perjalanan juga :)

      Delete
  6. Mrs. A selalu dengar cerita niece dan officemate jer... tapi sekali pun belum pernah naik.

    Apps dah siap-siap download hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Download siap2 kan Mrs A, mana tahu bila kita memerlukannya :)

      Delete