Sotong Goreng Kunyit

by - Wednesday, October 11, 2017

Bila dah tinggal berdua dengan suami sahaja di rumah, selera makan pun agak berkurangan je. Nak masak dan makan sedap-sedap mesti teringat kat anak-anak. Yelah depa makan di cafe kampus bukannya sedap mana pun. Anak-anak selalu chat bagitau jemu dan tak berapa sedap pilihan menu yang ada. Tapi makan juga lah nak isi perut. Hati ibu mana yang boleh terima kan, kita makan sedap-sedap, anak-anak makan ala kadar je. Sebab itu lah,ana bila anak-anak dikampus memang tak upload gambar makanan di Fb atau IG,tak sampai hati bila anak-anak pandang nanti. Bila depa cuti baru semangat nak masak macam-macam, ikut selera anak-anak.

Tapi tanggung-jawab pada suami perlulah dilaksanakan juga.Suami ana, Alhamdulillah tak cerewet bab makan ni, janji kenyang je katanya. Selalu ana masak yang simple dan panas-panas barulah berselera kami berdua menjamahnya. Hari ini, ana nak kongsi satu menu masakan simple yang sedap di makan panas-panas. Alaa...menu biasa-biasa jer, sotong goreng kunyit. Hihi 😉😉




Sotong Goreng Kunyit

Bahan-bahan :

Sotong ler kann..kalau udang tukar je tajuk resepi hihi 😊😊
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cili api
Tomato ( ana guna tomato cerri )
Kentang ( hiris nipis-nipis )
Serbuk kunyit
Garam 
Minyak masak

Cara-cara :

~ Goreng terlebih dahulu kepingan kentang, sebelahkan.
~ Gaulkan sotong bersama kunyit dan garam.
~ Masukkan sotong seketika ke dalam lebihan minyak kentang dan biarkan mengering (sotong mengandungi air yang banyak akan menjadikan menu basah - tak best )
~ Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris halus.
~ Masukkan cili api dan kentang.
~ Masukkan semula sotong dan akhir sekali tomato. Rasakan dengan garam jika masih tawar.
~ Siap, sedap makan panas-panas. 

You May Also Like

8 comments

  1. Kak Ana ni...SA tgh diet nasi ni...tgok lauk kak ana ni terus berbunyi perut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, cuba masuk blog Suria Amanda, lagi kebuluran terus tengok menu-menu sodap dia hihi :)

      Delete
  2. ohhh. senang jee rupanyaaa masak sotong goreng kunyit ni . hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi senong bonar Min :)eh lama tak singgah blog kak ana kan hihi :)

      Delete
  3. Cantiklah.. Kat umah memang ada sotong.. Boleh buat nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat Sha, nanti shared balik versi Sha pulak hihi :)

      Delete