Bahagia, semua insan mendambakan kebahagiaan..namun berapa lama bisa kekal bahagia selamanya. Bahagia itu pilihan.. betul ke? Adakah insan yang memilih untuk tidak bahagia..yang pasti, bahagia itu hasil dari apa yang kau inginkan.. Keinginan untuk bahagia dalam kehidupan khasnya dunia perkahwinan. Namun, hidup ini satu pilihan yang ada di depan mata, diberi pilihan dan memperjuangkan nya demi untuk mencari bahagia. Tapi jangan lupa, dalam kau mencipta jangan sampai ada yang terluka dan derita atas kebahagiaan kamu. Tak kekal selamanya pasti ada harga yang harus kau bayar di kemudian harinya.

Banyak kisah terjadi, banyak cerita yang di dengari, mencari bahagia atas air mata insan lain. Semudah bibir mengulaskan itu sudah ketentuan jodoh, benar jodoh yang telah tertulis tetapi jangan lupa pada kifarah. Takdir hidup bila kita di beriNya pilihan, kita yang memilih, kita yang menginginkannya jua walaupun kau tahu ada kepedihan dan kesakitan di pihak lain. Pernah kau peduli, tidak kannn...yang penting kau ingin mencipta bahagia...


Related image

Lelaki..usah kau agak mereka peduli, mereka tak fikir panjang pun, hadap apa yang ada di depan mata.. Lelaki tewas pada godaan dan nafsu.. tanpa berfikir kemungkinan yang bakal mendatang, janji selesai satu masalah, kemudian ikutlah apa yang akan terjadi. Akhirnya, kau yang menyakiti tak mustahil akan terluka juga akhirnya. Itulah kifarahnya..di kemudian hari. 

Manusia hari ini, perasaan terlalu pantas di cipta, cinta kononnya..namun tiada pengisian pun. Apa eri cinta pada kamu pun kau tak bisa memahami. Yang kau tahu kau berkeinginan memiliki. Memiliki lelaki itu, biarpun kau tahu dia telah ada tanggung-jawabnya pada yang hak. Kau ingin berbahagia atau kau inginkan kasih sayang yang harus di bahagi dua. Mampukah dia ? Kau tak peduli kan? Janji kau dapat , puas hati..apa nak jadi, jadilah...

Related image


Tapi kau jangan lupa wahai perempuan... kebahagiaanmu bukan hakiki, tak kekal lama pun..tak seindah yang kau impikan. Akan ada airmata yang mengalir atas kesedihan insan lain dan anak-anak yang di bahagikan kasih sayangnya. Mungkin bukan sekarang, namun ia bakal terjadi lagi, jika bukan di dunia mungkin di sana kelak kau akan menagisinya jua. 


Doa insan yang terluka dan teraniaya ini mudah di makhbul Tuhan. Lambat cepat sahaja ukuran masa. Aku bukan menidakkan hukum alam, namun berkongsi bicara menyampaikan luahan hati wanita yang terluka. Walau bukan aku yang merasai kelukaannya namun dia wanita, isteri dan ibu seperti aku. Jiwa kami pasti sama dan lara dia aku terasa jua. 

Image result for crying tears




Dia pasrah pada takdir katanya, namun lukanya pasti makan di dalam, menahan kepedihan rasa yang harus di telan demi anak-anak. Saban hari menjadi satu pertanyaan... apakah kekurangan pada dirnya berbanding kamu, apa yang tak ada padanya yang memerlukan seorang lagi perempaun sebagai pelengkap kebahagiaan kononnya. 


Image result for doa seorang wanita



Berbahagianlah wahai lelaki, selagi kifarahmu belum tiba ? Berbahagia lah kamu wahai lelaki melayani nafsu yang seketika di atas perjalanan hidup yang panjang. Tak mudah .. memang sukar untuk engkau menyempurnakan tanggung-jawabmu seadil mungkin.  

Tabahlah wahai isteri yang teraniaya, Allah swt Maha Adil , Maha Pengasih dan Maha Penyayang pada hambaNya, lambat atau cepat sahaja kebenaran dan kesaksian akan terlihat nanti. Kau di uji sebegitu kerana Dia tahu kau mampu menghadapinya. Biarkan, semoga kau akan terus kukuh dalam meneruskan pelayaran hidup mu dengan belajar erti redha akan takdir dan pasti akan ada kebahagiaan di penghujungnya nanti. In shaa Allah.

2 Comments

  1. Marilah bersyukur tiap waktu..usah bersedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, sekadar berkongsi kisah insan lain yang ingin di luahkan melalui medium yang ada Etuza :)

      Delete