Sebagai wanita, banyak perkara peribadi yang harus kita titik beratkan penjagaannya. Bukan sekadar ingin tampil cantik luaran, namun penjagaan dalaman khasnya perlu di ambil kira. Wanita banyak terdedah pada risiko pelbagai penyakit berbahaya jika tidak mengambil berat penjagaan kesihatan dan kebersihan dalaman, selain daripada menjaga pemakanan dan diet seharian. Inilah kita, wanita yang sangat istimewa ciptaanNya yang mempunyai pelbagai peranan dan tanggung-jawab dalam kehidupan seharian. 

Wanita..sebagai isteri dan ibu, perlu bijak dan berilmu dalam penjagaan peribadi, bukan mempercayai dengan mudah segala pengaruh dari jurujual yang hanya melakukan produk mereka. Bijak lah memilih produk penjagaan peribadi khasnya pembersih feminin yang benar-benar selamat dan tidak memudaratkan di masa hadapan. Kita wanita bukanlah sekadar memenuhi kepuasan suami sahaja, namun perlu tahu apa yang baik dan tidak untuk kebersihan bahagian intim wanita. Dan hari ini, ana nak berkongsi info yang sangat ilmiah tentang apa yang baik untuk mempastikan bahagian intim kita wanita terjaga dengan baik dan sihat. 


Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash

Betadine Daily Feminine Wash

Pada masa ini, pelbagai produk muncul di pasaran berlumba-lumba mempengaruhi wanita malah lebih negatif lagi dengan menakut-nakutkan wanita dengan pelbagai fakta yang tidak benar. Mereka semata-mata mahu melariskan jualan dan mendapatkan wang dan perkara ini juga telah di komen dan di terangkan oleh ramai doktor-doktor pakar wanita sendiri yang menafikan malah menerangkan bahayanya produk yang tidak di iktiraf selamat oleh pihak berwajib. Wanita di war warkan hanya sebagai objek memenuhi nafsu suami dan hujah mereka yang tidak saintifik tanpa sokongan fakta yang sahih dari pihak perubatan amatlah mencurigakan. 




Ana hanya menyakini produk penjagaan feminin yang di jual di farmasi-farmasi yang telah mendapat kelulusan ujian dermatologi antarabangsa. Dan satu daripadanya ialah Betadine® Daily Feminine Wash. Penjagaan kesihatan diri bukan sahaja melibatkan tabiat pemakanan dan cara hidup anda, namun juga kepentingan untuk memastikan kebersihan peribadi anda berada pada tahap yang sebaik mungkin.  
Vagina (faraj) adalah kediaman kepada bakteria baik, yang dikenali sebagai Lactobacillus. Organisma ini bukan sahaja mendatangkan manfaat namun juga memainkan peranan yang penting melindungi persekitaran mikro kawasan intim kita. Dalam keadaan yang sihat, bakteria baik di kawasan ini akan membantu mengekalkan keseimbangan pH yang optimum, serta mengelakkan organisma yang tidak bermanfaat daripada membiak. 



Prebiotik memainkan peranan yang penting untuk memastikan mikroorganisma yang bermanfaat ini mencapai tahap populasi yang sihat. Kebanyakan orang menyedari bahawa prebiotik adalah baik untuk sistem penghadaman. Sebenarnya, ia juga memberikan manfaat kepada bahagian badan yang lain, termasuk kawasan intim wanita.




Ini adalah amat bermanfaat bagi kebersihan peribadi wanita kerana prebiotik membantu pembiakan organisma yang bermanfaat  dalam persekitaran mikro kawasan intim,  dengan demikian, ia dapat membantu mengelakkan ketidakselesaan wanita akibat ketidakseimbangan pH. Dengan adanya prebiotik, flora normal persekitaran mikro vagina boleh dibaikpulih untuk mengekalkan kesihatan vagina.


Secara ideal, paras pH kawasan intim wanita adalah pada tahap pH 3.8 – 4.2. Ini bermakna, kebanyakan sabun dan syampu badan di pasaran yang berada dalam tahap pH 9 – 10 akan mengganggu keseimbangan pH kawasan intim dan ini boleh menyebabkan jangkitan akibat pertumbuhan organisma tidak bermanfaat. Di sebaliknya, walaupun air adalah selamat untuk membersihkan kawasan intim, namun ia tidak selalunya mencukupi.

Apakah Keistimewaan Betadine® Daily Feminine Wash



Selama lebih daripada 50 tahun, para pengguna mempercayai Betadine®, jenama rumah tangga yang menawarkan produk antiseptik yang innovatif serta memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit. Dicipta secara eksklusif untuk keperluan kebersihan wanita, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam menggabungkan warisan Betadine® dengan manfaat prebiotik bagi memberikan perlindungan harian dan mengekalkan keseimbangan pH intim flora anda. 

Dirumuskan tanpa sebarang bahan kimia yang kuat, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam mengandungi bahan semulajadi seperti:




Immortelle – bahan antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kelembapan semula jadi kulit.


Deoplex – ekstrak semulajadi yang berkesan untuk memberikan kesan peneutralan bau .



Syricalm – bahan aktif semulajadi yang melegakan kulit, mengurangkan kemerahan dan meringankan kerengsaan

Tersedia dalam format buih yang mudah dan memberi rasa yang mewah, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam adalah tanpa sabun, paraben dan pewarna, serta tidak menimbulkan alahan yang telah diuji secara dermatologi. Rumusan yang lembut ini sesuai untuk kegunaan setiap hari.



Ana secara personalnya sangat selesa menggunakan Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine ini, kerana ia amat neutral, lembut tanpa bau dan kerengsaan pada bahagian peribadi kita. Ia sangat sesuai untuk kegunaan harian dan mengekalkan kebersihan tanpa bauan yang mengganggu aktiviti kita seharian. Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine adalah satu produk penjagaan peribadi bukan menjanjikan mitos yang menjadi trend masa kini kerana ia hanya menjaga kebersihan dan kesihatan. Pam kan sehingga mendapat buih yang jernih seperti di atas dan basuhlah bahagian intim kita seperti biasa dan keringkan serta teruskan aktiviti harian wanita seperti biasa. Sangat berkesan pada ana sendiri. Boleh dapatkan di Farmasi di seluruh negara. 



Sepanjang Oktober lepas, Betadine® mengadakan kempen untuk #breakthesilence terhadap kanser payu dara. Anda juga boleh menyertai Betadine® Feminine Care dalam usahanya untuk menyumbangkan dana bagi MAKNA, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara Oktober ini! Sepanjang bulan Oktober ini, setiap pembelian dua (2)  botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dari Watsons, RM1 akan disumbangkan kepada MAKNA.

Setiap dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dijual pada harga RM29.90. Eksklusif di Watsons.  

Untuk maklumat lanjut tentang Betadine® Feminine Care,

 sila layari:  http://myfemcare.com.my/

#BreakTheSilence
#HonestyEmpowersUs


Berkenaan BETADINE®

Rangkaian Produk Penjagaan Feminin semula jadi adalah produk kosmetik yang direka khas untuk kebersihan intim. Rangkaian Produk Penjagaan Feminin semulajadi tidak mengandungi Povidone-iodin.
Pelbagai ubat BETADINE® yang mengandungi Povidone-Iodine dipercayai oleh hospital-hospital di seluruh dunia selama lebih daripada 60 tahun untuk mencegah dan merawat jangkitan. Jenama yang dipercayai di kalangan pengguna di rumah untuk merawat luka kecil, sakit tekak, jangkitan feminin dan untuk menghentikan masalah kecil daripada meningkat menjadi isu besar. Kajian in-vitro menunjukkan bahawa ubat-ubatan BETADINE® yang mengandungi Povidone-Iodine dapat membasmi pelbagai jenis bakteria, virus dan kulat termasuk strain tahan antibiotik yang menyebabkan jangkitan. BETADINE® mempunyai empat kategori produk utama dalam penjagaan luka, penjagaan feminin, penjagaan kerongkong/mulut dan penyakit berjangkit untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami.

®: BETADINE adalah Cap Dagangan Berdaftar Mundipharma
®: Deoplex® adalah Cap Dagangan Berdaftar Carruba Inc.
TM: Tri-Care ™ dan SyriCalm CLR (PC) ™ adalah Cap Dagangan

Rujukan: 
1. Summary of Malaysian National Cancer Registry Report 2007-2011
2. DeoPlex® Natural Deodorizing Active. Carraubba 
3. SyriCalmTM CLR (PC) Chemisches Laboratorium 
4. Dermatological expertise on clinical-dermatological test regarding the reduction of itching on human skin. Dermatest GmBH, April 2009 
5. Specialist dermatological report on UV-erythema test on human skin. Dermatest GmBH, April 2009 
6. BIOLIN Cosmetic Prebiotic. Gova Ingredients Research and trading. 
7. BETADINE® Foam 200ml Product Label 
8. Sobel, JD et al. A Practical Update on Sexually Transmitted Infections: Advances in Diagnosis and Treatment. In: Family Practice News. Elsevier, p1-16.
9. Al-Ghazzewi FH & Tester RF. Journal of Applied Microbiology; 121: 18-27.
10. Koronek P et al. The Internet Journal of Advanced Nursing Practice; 6(1):1-10.


Mundipharma Pharmaceuticals Sdn Bhd

Kami mengambil pendekatan yang berbeza untuk perniagaan di Mundipharma Pharmaceuticals Sdn Bhd. Kami tidak mempunyai model perniagaan farmaseutikal tradisional. Inovasi dan panduan semangat keusahawanan kami semua yang kami lakukan dan kadar kejayaan kami membuktikan cara ini berfungsi.

Mundipharma Pharmaceuticals Sdn Bhd mula beroperasi pada tahun 2004. Kami mula menjadi syarikat terkemuka dalam pengurusan kesakitan yang sederhana dan teruk. Kami bekerjasama rapat dengan pembekal penjagaan kesihatan awam dan swasta untuk menyokong dan memperluaskan akses kepada penjagaan kesihatan yang boleh dipercayai dan berpatutan dalam memenuhi keperluan pesakit di Malaysia.

Kami berhasrat untuk meneruskan perkembangan dalam bidang pengurusan kesakitan, onkologi hematologi, rawatan antisepsis / luka dan ubat pernafasan melalui pengambilalihan produk dan perniagaan baru yang sesuai untuk fokus terapi Mundipharma.

Mundipharma Pharmaceuticals Sdn Bhd komited 'Bring More to Life’. Kami memberikan produk berkualiti tinggi seiring dengan nilai-nilai yang mewakili syarikat secara konsisten.

0 Comments