Gambar-gambar Majlis Akad Nikah Fattah Amin dan Fazura

by - Thursday, November 30, 2017

Dengan sekali lafaz, pelakon cantik manis kesukaan ana, Fazura selamat bergelar isteri pelakon Fattah Amin pada jam 9.50 malam, 27 November 2017 lepas. Mereka dinikahkan abang kandung Fazura dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat di Hotel Ritz Carlton, Bukit Bintang. Tahniah dan Alhamdulillah.. pasti ada sebab kenapa mereka memilih untuk mengadakan majlis bersejarah dalam kehidupan mereka secara tertutup. Ia lah kan, mereka juga ingin majlis yang simple dan privasi. Kita harus menghormati keputusan mereka dan mendoakan semoga mahligai bahagia yang di impikan kekal hingga syurga, Aamiin.

Sama seperti majlis pertunangan mereka yang ana kongsikan foto-fotonya di SINI , hanya selepas selesainya majlis barulah mereka kongsikan gambar-gambar hari bahagia mereka bersama peminat di akaun Instagram masing-masing. Dan sebagai kenang-kenangan,ana kongsikan semula beberapa keping gambar di majlis akad nikah Fazura dan Fattah Amin di blog oren kesayangan ana ni. Serius...cantik sangat Puan Nur Fazura Sharifuddin ni dan segak sungguh Sang suaminya Fattah Amin. 


Gambar-gambar pernikahan Fazura dan Fattah Amin












Di majlis pernikahan ini, Fazura mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini manakala Fattah mengenakan baju melayu sentuhan Altelia Amani. Solekan Fazura disempurnakan oleh Shiela Mohamad.







Selamat melayari bahtera perkahwinan buat kedua mempelai dan semoga kekal bahagia hingga syurga. 

Sumber & kredit gambar-gambar Instagram @Missfazura 

You May Also Like

6 comments

  1. Suka dengan penampilan Fazura ketika majlis pernikahan ni kak...sopan...tertib...terjaga dan menjaga apa sewajarnya...alhamdulillah..moga terus kekal beginilah...

    ReplyDelete
  2. seronoknya tengok orang nikah...

    rasa bahagia di hati

    ReplyDelete
  3. Cantiknya baju nikah fazura tu.. Semoga perkahwinan antara Fazura dan Fattah berkekalan hingga ke Syurga.. Aamiin..

    ReplyDelete