Happy 2nd Birthday Baby Zia

by - Tuesday, November 28, 2017

23 November hari tu, sama tarikh dengan birthday Kak Long, juga merupakan hari lahir anak pelakon Filipina kesukaan ana, siapa lagi kalau bukan Maria Letizia, anak pertama Marian Rivera dan Dingdong Dantes. Dah dua tahun dah kan..cepat sangat waktu berlalu. Baby Zia ni, ana follow dari dalam perut mommy dia lagi, banyak entri kisah drama lakonan dan kisah perkahwinan hingga lah perkembangan anak mereka Baby Zia. Sempena birthday Baby Zia yang ke 2 ni, ana nak kongsikan di sini beberapa gambar princess Zia yang comel sangat nii. Gerammm je tengok kan :)


gambar anak marian rivera terkini

Gambar-gambar anak Marian Rivera (Baby Zia) terbaharu


Hampir hari-hari ana ikuti perkembangan Baby Zia ni di Instagram Marian Rivera, Dingdong atau pun fans akaun Baby Zia updates. Untung Baby Zia, kecil-kecil lagi dah sering kali bercuti bersama mommy daddynya ke serata dunia. Memang comel kan ? Budak kecil semua pun comel, tak gitu :) Jom kita layan foto-foto Baby Zia terkini yang ana ambil dari beberapa akaun Instagram dari #marialetiza dan #babyzia . Credit photo to owner 💗💗


















Comel tak ? Mesti lah comel kan..banyak kisah-kisah Baby Zia dan Marian Rivera pernah ana terbit kan di SINI . Happy Birthday Zia 💗💗

You May Also Like

6 comments

  1. Comel sangat..manis air mukanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kanak-kanak kan PC, ras apa sekali pun tetap comel :)

      Delete
  2. Comelnya adik..Syukur hari lahir diraikan bersama mama papa dia..salam singgah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Etuza sudi singga ke sini selalu :)

      Delete
  3. stail senyum mata jadi kecik sebiji Mak dia..cantiknya Subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sal, cumel sangat baby Zia ni :)

      Delete