Sepasang jiwa yang di lamun cinta, dan dengan takdir yang tersurat di pertemukan jodoh hingga ke jinjang pelamin. Dan dari tautan kasih di kurniakanNya zuriat pengikat cinta. Syukur yang terhingga apabila kita di kurniakan cahaya mata. Tak semua insan bertuah bisa punya zuriat sendiri. Kerana apa yang kita ada tidak semua yang menerima rezeki yang sama. Ada insan di berikan rezeki wang ringgit dan harta kekayaaan, namun jiwa mereka kesepian jua tanpa zuriat. Tahun demi tahun dilalui, pelbagai usaha di lakukan, mungkin belum izinNya akan terjadi, bertabahlah atas ketentuan ini.

Anak, satu anugerah yang tak ternilai, harta dunia akhirat buat ibu ayahnya. Jika cantik akhlak dan iman setiap anak, maka aset lah bagi kedua ibu ayah menuju jalan ke syurga, namun jika lalai dan leka dalam arus dunia kemodenan yang alpa, bimbang terjatuh ke gaung kebinasaan bersama. Nauzubillah... 


Image result for baby newborn pictures

Sepanjang tempoh kehamilan, zuriat di kandung dengan penuh kasih sayang. Berikannya suntikan awal dengan pelbagai amalan yang baik-baik agar mengiringi pembesarannya di dalam rahim hari demi hari yang bakal di lalui. Ayah, jangan lupa doakan setiap waktu , agar zuriat mu bakal di lahirkan dengan mudah dan sempurna. Bukan satu yang mudah untuk si ibu melahirkan satu jiwa ke alam dunia. Hanya yang pernah melaluinya yang tahu betapa ia satu pengalaman hidup yang amat berharga. 

Ayat-ayat suci Al-Quran...sentiasa jadikan peneman. Banyak surah pilihan boleh di jadikan amalan.  Al-Luqman, Maryam dan banyak lagi sebagai bacaan sepanjang kehamilan. Perdengarkan nya dengan penuh ketekunan hingga tiba saat kelahiran. Carilah ilmu keibubapaan. Agar zuriatmu lahir dengan penuh persediaan. Sumber, terlalu banyak ada di halaman. Pilih sahaja yang mana paling mudah untuk di capai. 

Related image

Dan pastinya saat yang di tunggu muncul jua, kelahiran yang di nantikan. Di belai dengan penuh kasih sayang, di mandikan, di bedak kan, dipakai kan dengan pakaian yang comel-comel di pandangan. Alhamdulillah... mulai detik inilah, perjalanan insan bermula dengan asuhan dan didikan. Benarlah, didikan awal bermula di rumah. Itu hakikat. Bulan demi bulan yang di lalui nya kian membesar dan usia dari hari ke bulan dan meningkat tahun demi tahun. Bermula dari meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan berlari. Makan yang disuap kini mampu menyuap sendiri. Dari tangan ibu ayah lah yang mendidik dan mengawasi. 

Jadilah contoh yang terbaik di mata anak-anak mu, wahai ayah dan ibu. Kerana apa,kerana segala perilaku mu, itulah ikutan dan acuan untuk mereka menjalani kehidupan. Bagaimana cara pakaian mu, tutur kata mu, pergaulan mu, amal ibadah mu..menjadi ikutan mereka dari mulai mengenali erti dunia. Sentiasa lah memberikan contoh teladan yang terbaik buat mereka, kerana sebelum melangkah ke dunia luar, rumah lah sekolah awal untuk mereka pelajari segalanya. 

Related image

Alhamdulillah.... masih ramai ibu ayah yang pentingkan didikan awal di rumah untuk mencorak kan zuriat syurgawi. Mengasuh anak-anak dengan penuh kasih sayang, kelembutan dan cintakan keimanan. Jemaah seberapa kerap yang mampu, makan berjemaah, solat berjemaah, bergurau senda dan bermain bersama anak-anak seisi keluarga. Indahnya.. sebuah rumahtangga penuh kasih sayang dan didikan iman. Perlu ada perkongsian, ibu ayah memainkan peranan untuk terus mencipta keluarga sakinah, mawaddah dan warrahmah. 

Alangkah ruginya pula bila ada yang alpa dalam dunia arus perdana dan waktu berlalu begitu sahaja. Zuriat yang lahir bukannya satu amanah yang di galas mereka. Si kecil ni, di abaikan dengan kesibukan urusan dunia dan harta benda. Terlalu sibuk mencari kemewahan hidup,namun untuk siapa sebenarnya. Malah bila ada wang dan kuasa, zuriat di bayar untuk menjadi dewasa bukan dari sentuhan kasih ibu ayah tercinta. Makannya di masak dan di suap oleh si pembantu yang entah siapa pun asal usulnya, malah takmustahil juga yang bukan seagama. Berjemaah juga kadang ada kadang terlepas ruang waktunya. Sibuknya urusan dunia. 

Menulis bukan untuk menunding jari, mencari siapa yang salah dan benar dalam satu institusi kekeluargaan. Cuma ada waktunya bila usia kian meningkat, diri ini lebih gemar menjadi pemerhati pada perubahan arus dunia masa. Ada kepincangan yang jelas nampak, namun tak bisa menegurnya. 

Setiap ibu bapa sentiasa menaruh harapan yang tinggi untuk anak-anak mereka. Tiada ibu bapa yang mahu anak mereka tidak berjaya. Namun kejayaan bukanlah sekadar di atas kertas semata. Kejayaan lebih cemerlang bila melihat, zuriat mendirikan solat tanpa di suruh, menyantuni perbualan di setiap kenalan, menghormati guru, ayah bonda dan yang lebih dewasa, menjaga maruah, aurat dan tingkah laku di arus perdana . Ini lah kejayaan hakiki seorang anak yang bakal menjadi pendamping menuju syurga. 

Image result for images of beautiful flowers

Bersama lah kita hargai setiap ruang waktu yang ada bersama anak-anak. Tinggalkan dunia cyber ketika mereka berada di depan mata. Usah di asuh dengan tontonan youtube untuk mereka diam dan leka. Tegur ajarlah kerana mereka masih belum tahu hukum hakamnya. Bermainlah dengan mereka tanpa ada perantaraan dengan teknologi semasa. Kerana..satu hari nanti, mereka kian dewasa...bimbang mereka akan mengabaikan kita pula...... 

10 Comments

  1. Moga Allah kurniakan PC zuriat...doakan ya kak Ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb, semoga impian dan harapan PC suami isteri akan di makhbulNya jua...

      Delete
  2. betul tu kak, skg ni zuriat di bayar dgn duit bukan dgn kasih syg kita sendiri.. semoga kita menjadi ibu bapa yang baik disisi anak2 amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah semoga kita sentiasa ingat mengingati Liza

      Delete
  3. Masa yang berlalu pergi akan disoal oleh Allah swt atas cara kita belanjakannya

    mata wang akhirat adalah masa yang kita belanjakan di dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita di himpun kan di kalangan mereka yang di dalam RahmatNya sentiasa , Aamiin

      Delete