Ketika entri ini diterbitkan, ana difahamkan sekitar Perak sedang musim durian. Harga pun dah murah berbanding sebelum ni, menurut beberapa kawan ana di Facebook. Mak pun ada bagitau dua tiga biji durian gugur dah di belakang rumah kami. Pokok durian memang ada di sekitar kampung ana ni, cumanya banyak buah yang tak lekat kerana di ganggu monyet yang memang banyak di sekitar rumah kami tu. Kalau ada rezeki adalah kata mak sebiji dua yang tersesat jika bunga dan putiknya tak di ganggu monyet. 

Dua minggu lepas, ana balik ke Teluk Intan untuk majlis konvo Kak Long di Seri Iskandar. Walaupun cuti empat hari tapi kami tak ke mana sangat pun, banyak urusan ulang alik ke Seri Iskandar dengan majlis raptai dan ambil jubah, kemudian hantar Adik Ika ke Gopeng dan ke Seri Iskandar semula untuk majlis konvo pada hari Isnin. Tapi kan sempat juga lah singgah menikmati cendol durian yang viral diperkatakan sepupu sepapat ana di kampung.Kat mana ? Di Kampung Bahagia, Teluk Intan. 




Cendol Durian Sedap di Teluk Intan

Amacam?? Terliur tak korang tengok gambar cendol durian tu?? Memang heaven sangat rasa dia tau. Dua ulas durian dipadukan dengan lemak manis yang cukup menawan kalbu...waduhh!! Terasa lagi di tekak ni, keenakan cendol durian di gerai berhampiran Jambatan Kampung Bahagia ni. Kalau korang datang dari hala bandar Teluk Intan atau orang kampung ana panggil pekan Teluk Intan, gerai ni ada di kiri kanan tepi jalan selepas jambatan tu. Dan kalau korang dari hala Sungai Manik atau Kampung Gajah tu pun ada di sebelah kiri jambatan tu. Maknanya dia ada di belah kiri atau kanan, korang parkir sahaja kereta dan tak perlu melintas untuk menikmatinya. 



Bagi 'food hunter' macam ana dan suami ni, kami memang suka mencuba mana-mana gerai atau restoran yang menyajikan menu yang sedap-sedap dan unik kemudian ana akan terbitkan di blog www.anajingga.com dan shared di page-page FB. Bukan sahaja dapat berkongsi dengan orang ramai di mana nak makan best dan sedap, tetapi juga mudah-mudahan membawa rezeki buat peniaga kan, Aamiin. Yang baik kita war-war kan...

Okay, berbalik pada cendol durian ni, ketika kami menikmatinya ia berharga cuma RM6 semangkuk. Pada ana, sangat berbaloi dan murah jika di bandingkan yang kami makan di Shah Alam dan Kuala Lumpur sebelum ni, semangkuk RM12-RM13 pada saiz mangkuk yang sama. Kat sini dapat dua mangkuk kau !! Yang penting ia sedap sangat, memang tak rugi laa.. :) Tapi harga tu pada ketika kami makan tau, kalau dah berubah tu Waallahu a'lam... 




Tuu, ana zoom lagi kat foto dan korang lihat sendiri ulas durian di dalam cendol tu, besar dan isinya pun tebal. Ada juga laksa, air kelapa muda di jual di gerai ni. Tapi kami cuma terjah cendol durian nya sahaja dan puas hati sangat. Alhamdulillah. Agaknya sekarang ni musim durian luruh di Perak, pasti banyak lagi durian yang juga turut di jual disini. 



Teluk Intan ni memang terkenal dengan pelbagai menu-menu yang sedap untuk di nikmati. Sebelum ini ana pernah mencuba cendol dan laksa yang tak kurang sedapnya di SINI dan banyak lagi terbitan tempat makan sedap di bawah label selera dan Teluk Intanku. Dan ia sentiasa mendapat carian di Search Engine khasnya Google. Jadi kalau korang kebetulan berada di Teluk Intan atau sekitarnya jangan lupa cuba menu-menu yang di jual di sekitar Teluk Intan. Macam-macam ada :) 

14 Comments

  1. Sedapnya. nak kena cari jugak ne masa balik kampung nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari Miza, jangan tak cari..sedap bangat kak ana try hat ni :)

      Delete
  2. wah..menariknya kak ana,terliur pagi ni bukak blog akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha posting yang agak kejam ye Siti :) kita berkongsi menu-menu sedap kan mana tahu membawa rezeki buat si peniaganya,lagipun memang sedap dan murah kalau di bandingkan dengan yang kak ana pernah try di KL dan Shah Alam sebelum ni :)

      Delete
  3. Wow dekat sana banyak durian ya.

    Kat sini nak cari pun susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khabarnya tengah musim dan dijual murah juga berbanding sebelum ni Mazni, masa kak ana balik dua minggu lepas masih tak banyak lagi di jual doyan :)

      Delete
  4. Kak Ana...PC ada perasan la kak..tapi tak dapat singgah sebab biasa lalu awal pagi...dan bila balik sampai dah mlm...tp insyaAllah bila-bila boleh singgah dan cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa nanti kalau PC lalu singgah kay, cuba sendiri dia ada kat deretan kedai makan di kiri kanan jambatan tu kalau kita dari Kampung Gajah tu :)

      Delete
  5. kalau cuaca panas..dpt cendol mmg syok

    ReplyDelete