Perkahwinan Dulu-dulu Yang Penuh Nostalgianya

by - Wednesday, November 29, 2017

Baru-baru ini, ana terpandang beberapa keping gambar yang penuh nostalgia kisah majlis perkahwinan orang dulu-dulu. Di usia ana ni, banyak yang pernah ana lalui sendiri majlis-majlis perkahwinan saudara mara di kampung halaman, Teluk Intan, Perak yang sememangnya begitulah suasananya. Malahan majlis perkahwinan ana sendiri tak jauh berbeza, masih ada ciri-ciri sedemikian. Dan di kesempatan ini, ingin ana coretkan kembali bait-bait kenangan silam yang penuh nostalgia dari pengalaman hidup ana kisah perkahwinan dulu-dulu yang segalanya dalam kesederhanaan. 

Ana membesar di era 1980-1990an, ketika itu dan lebih awal dari itu lagi, majlis perkahwinan di kampung-kampung di lakukan secara bergotong-royong atau kami panggil rewang. Segala-galanya di lakukan sendiri, dari persiapan sajian makanan, perhiasan pelamin, hantaran, bunga telur dan sebagainya. Cuma ketika majlis perkahwinan ana waktu itu, baju pengantin di sewa dari mak andam yang menyolekkan wajah. Ana bertuah juga kerana mak andam ana adalah ibu saudara ana sendiri. Trend masa itu, kebanyakan pengantin memilih untuk bertukar-tukar pakaian ketika majlis berinai di waktu malam. Ianya hanya untuk sessi fotografi sahaja. Macam-macam kostum kami pakai, ada sari, ceongsam, baju tradisional jawa dan sebelah malam pula ketika majlis potong kek dan buka hadiah, kami akan pakai gaun pengantin kembang. Adoi...nostalgia sangat. Ana masih ada simpan gambar-gambar nya namun bukan untuk tontonan umum lah ye..sorryyyy :)


Ini pelamin sepupu ana, pelamin ana tak ada la pula gambar tanpa pengantinnya. Maklumlah masa tu pengantin kena duk diam-diam, malu-malu nak ke sana ke mari. Lagipun masa tu belum jadi blogger nak ambik gambar semua benda, haha :) Pelamin sepupu ana ni lebih kurang je pelamin ana, cuma tema warna ana dulu ungu, gitu..cewahh..yang penting pelamin orang Perak wajib ada seni tekad pada kusyen dan alas tangan tu . 

Kerusi pengantin 



Inilah yang paling gah kerusi pengantin ketika itu, kebanyakan majlis menggunakan kerusi ini untuk di letakkan di atas pelamin ketika majlis persandingan. Majlis persandingan ana pun guna kerusi ini tau haha :) Selain kerusi jenis ini, paling tidak pun kerusi meja makan yang berwarna merah dengan hiasan kain baldu di bahagian belakangnya. Itu dah habis cantik dah tu. Pelamin pun kebanyakannya di hias sendiri dengan bunga-bunga yang di buat dari kertas warna dan kertas keemasan. 

Bunga telur dulu-dulu



Ini yang paling lejen. Di buat daripada kertas kilat berwarna-warni . Bila diisi telur ia melendut dan kemudian di steppler agar telur tidak jatuh. Seronok main tarik-tarik bila ada telur di dalamnya dan suka pula tu kumpul sebab ia berkilat dan berwarna-warni kan, siap letak dalam buku lagi bagi dia tegang semula.



Hat ni paling koman laa, kata orang Perak. Sempoi...bungkus dengan tisu je kemudian di simpulkan. Jadilah kan, daripada tak ada.

Related image

Ini pula dari jenis berkait dari benang bulu kambing kata mak saudara ana, ianya memerlukan kepandaian mengait untuk di hasilkan. Mak saudara ana pandai mengait dah ajarpun ana cara nak mengait tapi tak khatam-khatam sampai hari ni :) Baru-baru ini di majlis perkahwinan anak kawan sepejabat suami, ana jumpa semula bunga telur ini dan itulah gambar yang ana kongsikan semula di atas. 


Image result for bunga telur dulu dulu

Satu lagi yang agak trend waktu dulu-dulu jenis sebegini. Ia di buat daripada riben licin bukan kain tau. Di anyam di hujungnya seperti bentuk ikan dan di isi telur, kemudian di steppler di bahagian ekornya supaya ia tidak terjatuh telur di dalamnya. Majlis perkahwinan dulu-dulu, tak ada goodies bag macam sekarang. Sekadar bunga telur sahaja lah di jadikan ole-ole untuk di bawa pulang oleh tetamu. 

Bunga pahar dulu-dulu 



Dulu-dulu bunga pahar ni hanya di letakkan di pelamin. Pahar tu di isikan pulut kuning dan di lekatkan bunga telur padanya. Kalau di Perak kebanyakannya menggunakan pahar tembaga. Bunga pahar ni, selalunya di cabut dan di berikan kepada tetamu yang merenjis tepung tawar atau air mawar pada pengantin. Kira special laa kan :) Bunga pahar pun selalunya yang di buat sendiri dari kertas warna yang selalunya di jadikan kuntuman bunga ros. 

Jamuan makan majlis perkahwinan dulu-dulu 

Saat inilah paling menarik. Waktu kenduri kendara ni, saudara mara jauh dan dekat berkampung di majlis perkahwinan, bergotong royong menyediakan juadah makanan untuk majlis. Bukan setakad memasak, malahan barang kering untuk memasak juga di sumbangkan secara bersama-sama. Ana masih ingat lagi ketika majlis perkahwinan ana 20 tahun yang lalu, ibu dan bapa saudara masing-masing sponsor satu bahan untuk majlis. Ada yang sponsor telur ayam untuk bunga telur, minyak masak, gula, beras dan sebagainya. Tak cukup baru abah dan mak top-up dengan membelinya selain bahan basah seperti ayam dan daging. Allahu... 



Makanan pula di sajikan secara berhidang di dalam talam. Ada beberapa saudara mara lelaki yang di tugaskan menghidang makanan, kami panggil penanggah. Mereka akan mengemas meja makan dan hidangkan makanan kepada tetamu. Anak-anak dara pula di tugaskan memberi bunga telur yang di letakkan di sisi tetamu ketika sedang makan. Kan main lagi laa kan..cantik-cantik semuanya. Ada je yang duk usya-usya , masa tu laa nak try saham..upps!!

Antara menu wajib ialah ayam masak merah, dalca, kurma, nasi minyak dan acar timun. Orang Perak panggil jelatah :) Begitulah simplenya majlis perkahwinan orang dulu-dulu. Semuanya sederhana. Ikut kemampuan keluarga masing-masing. Namun meriah dan penuh kasih sayang serta bekerjasama secara ukhuwah. Bermula dari majlis akad nikah,kemudian malam berinai, majlis persandingan di siang hari dan malamnya penutup pula ada majlis bersanding dan potong kek serta acara membuka hadiah. Semuanya di lakukan secara bergotong royong. 

Namun, zaman berubah. Sekarang ramai yang bekerjaya dan keterbatasan masa. Jadi sedia kan sahaja lah wang ringgit untuk membayar segala kelengkapan majlis. Jangan sampai membazir sudah lah kan. Majlis sekarang pun fokus pada majlis resepsi persandingan sahaja, paling lama pun 3-4 jam selesai dah. Semuanya berbayar jadi perlulah bijak memikirkan antara kehendak dan keperluan. Waallahu a'lam. 

Terima kasih dan kredit buat semua pemilik gambar-gambar di atas.

You May Also Like

10 comments

  1. bestnnya entry ni kak ana..hehe.saya kecik2 dulu selalu ikut mak cik yang kerja mak andam, so memang entry ni throwback. tradisi tukar2 kostum tu orang tak buat lagi kot sekarang. Tapi bagi saya the best part of 90s wedding adalah baju songket dia.Tak suka sangat kain chiffon, lace dan style dress tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul zaman tu ramai memilih songket, kak ana pun suka sangat dengan songket Sal, unik dan ekslusif. Tapi masa wedding kak ana dulu, pakai velvet pulak masa tu trend juga tu :)

      Delete
  2. mkn berhidang dlm dulang tu sodap

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, antara menu wajib dia acar timun kan hihi :)

      Delete
  3. Kerusi ukir2...baldu..songket memang tak dapat dipisahkan dengan majlis perkahwinan dulu2 kan kak..sebab PC tengok gambar kahwin bba mma...mertua..pakcik makcik lebih kurang je...trand masa itu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PC itu lah pilihan yang ada masa tu hihi :) semuanya sederhana

      Delete
  4. Pernah dapat antara bunga telur yg k.ana up kat entry ni bila ikut mak, abah kenduri kawen masa kecik2 dulu...simple wedding dulu2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tak banyak pilihan bunga telur masa tu Fieza, ikut sempat je la :)

      Delete
  5. tinggal kenangan je semua tu.. Huhuhu.. paling lagend telur dalam tisu tu.. memang lagend habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sha, sempoi habis..modal pun murah haha :)

      Delete