Sanah Helwa Kak Long

by - Friday, November 24, 2017

23 November .. antara tarikh yang penting di dalam catatan perjalanan hidup ana dan suami. 21 tahun yang lalu, tarikh ini lah kami buat pertama diizinkanNya bergelar ibu dan bapa. Satu lagi fasa baru dalam kehidupan yang telah kami jalani. Kak Long di lahirkan di desa kelahiran ana sendiri di Hospital Daerah Teluk Intan, Perak. Kelahiran cucu sulung buat mak dan abah dan sepanjang tempoh berpantang di jagai oleh arwah opah ana sendiri yang merupakan bidan kampung. Jadi memang tahap kepantangan yang maksima la jawabnya, di bawah jagaan arwah opah. Dan tahun ini, Alhamdulillah Kak Long telah mencapai usia 21 tahun.




Alhamdulillah.. hari lahir Kak Long tahun ni, Adik Ika pun sedang bercuti mid-sem, jadi meriahlah dapat di raikan kami sekeluarga. Walaupun minggu ni, minggu yang agak padat juga buat kami. Cuma istimewanya, ayah budak-budak ni sedang bercuti panjang seminggu, dapat lah kami luang kan masa sekeluarga. Bermula hari Isnin tu,kami ke Gopeng untuk ambil Adik Ika, kemudian Selasa tu kami sepanjang malam berada di IJN urusan rawatan Acu. Rabu 22hb November tu, kami ke Shah Alam ambil Kak Long dan terus ke IJN semula untuk ziarah Acu yang dah semakin stabil kesihatannya. Alhamdulillah...




Lepas Maghrib di IJN, kami ke Aeon AU Keramat nak cari hadiah untuk Kak Long awalnya, last-last tak dapat pula apa yang di cari. Tanya Kak Long nak kek atau coklat, di kata nak makan aiskrim Magnum, belanja lah tiga ketul Magnum sebab ana masih sakit gigi, tak lepas nak makan aiskrim :( 



Kemudian cadangnya nak makan western di Fiske Keramat tapi penuh pula dan tak ada tempat parkir. Suami pandu ke Keramat dan makan di Western The Chef sahaja. Keramat ni tempat Kak Long di besarkan, lepas berkahwin ana tinggal di Keramat Wangsa, kemudian kami beli apartment di Ukay Perdana dan Kak Long tadika dan bersekolah rendah di SK AU Keramat sehingga darjah 5 sebelum kami berpindah ke kediaman sekarang ni. 

Budak-budak suka sangat makan western tak kira lah kat mana pun, depa okay je. Malam tu suami ana yang masih kekenyangan katanya hanya order garlic bread bersama mushroom soup. Serius mushroom soup dia sedap dan banyak kepingan cendawan yang ada di dalam soupnya. Sedap di makan dengan garlic bread yang masih panas lagi. 



Untuk selera orang sakit gigi ni, ana pilih Pasta Marinara, first time cuba makan pasta ni. Selalunya kalau tak spaghetti bolognese atau carbonara sahaja yang menjadi pilihan. Ana perlukan menu berkuah untuk mudah di telan sebab sakit bila mengunyah kan. Isi ikan nya banyak, terdapat udang dan sotong serta sekeping kepah di hidangkan bersama spaghetti. Sos agak masam manis dengan rasa dari tomato puri serta tomato segar. Not bad... sedap, tapi ana tak habis pun, mujur ada suami dan Adik Ika tolong sapu bersih. 




Birthday girl dengan adiknya tak sudah-sudah nak makan chicken grill. Feveret sangat budak-budak ni dengan ayam. Tak kira lah di rumah ke, kolej ke, antara menu wajib kesukaan depa ayam. Chicken grill di sini pun sedap juga gravy sauce nya. Ada rasa la, bukan setakad brown sauce biasa. Alhamdulillah makan malam yang simple untuk kami empat sekeluarga untuk celebrate birthday Kak Long. 




Doa ibu ayah, semoga Kak Long terus cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dari dunia hingga akhirat. Kami mungkin tidak mampu memberikan kemewahan hidup buat Kak Long dan Adik Ika,namun ibu ayah akan sentiasa menjalankan amanah untuk mendidik sebaik mungkin , mengingatkan Kak Long dan Adik tentang dosa pahala dalam melayari kehidupan di atas muka bumi ini agar tidak tepesong jauh dari pegangan agama. Jaga solat, jaga aurat dan jaga maruah ibu ayah, In Shaa Allah selagi bernyawa selagi itulah doa kami tak pernah padam mengiringi anak-anak dalam kehidupan.



Dan dimana pun kami singgah makan, pasi ada budak cumel datang minta derma lauk, buat muka kesian ... malam tu si kecil persis Jingga mama.. datang bermanja dan dapat lah isi ikan dari pasta ana tu buat sajian makan malamnya. Comel tapi comot dan nakal siap naik atas riba kami lagi..lebih-lebih laa budak kecik ni hihi :) Mungkin dia nak wish Happy Birthday Kak Long .... 💖💖💖



You May Also Like

10 comments

  1. Wah banayk nya ais krim magnum

    Gembira birtday girul

    ReplyDelete
  2. Hepi birthday puteri sulung kak Ana..comel dan manis macam maknya jugak.

    ReplyDelete
  3. Sannah helwah kak long

    besar dah anak sulung ana ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Mama, begitulah seadanya..Alhamdulillah

      Delete