SELAMAT TINGGAL KULIT WAJAH KUSAM DENGAN NUTOX RENEWING TREATMENT

by - Thursday, November 02, 2017

Tak kiralah di mana sekali di seluruh dunia ini, ana pasti insan bernama wanita sentiasa idamkan kulit wajah yang cantik dan  berseri. Betul tak ? Tapi perlu di ingatkan cantik tu cantik juga tapi yang penting, kulit yang cantik ialah kulit yang sihat. Oleh itu, jangan terlalu obses nak cantik tapi tidak mengambil berat soal kesihatan kulit wajah. Wajah okayyyy... bukan boleh sewenang-wenangnya kita boleh letakkan sebarang produk tanpa yakin dapat memberikan kesihatan pada kulit wajah. Oleh itu, pastikan tahu apakah produk yang sesuai untuk kulit wajah kita, sama ada ia selamat untuk jangka masa panjang dan sebagainya. 

Jenis kulit kita berbeza di antara satu sama lain, boleh jadi produk ini sesuai untuk ana namun tidak untuk orang lain. Dan hari ini, ana nak perkenalkan dengan wanita anggun yang sentiasa ingin kulit wajah muda berseri satu rangkaian penjagaan wajah yang terbukti secara klinikal bertaraf antarabangsa iaitu set penjagaan wajah dari NUTOX dengan RENEWING TREATMENT terbaharu. 



Nutox Renewing Treatment


Siapa yang tak mahukan kulit wajah “cantik berseri dan sentiasa nampak muda”, ana sendiri amat menitik beratkan penjagaan kesihatan kulit wajah ketika usia kian hari kian meningkat ni. Bukan untuk kekal muda namun inginkan kulit yang sihat dan berseri. Penjagaan awal amat penting dan ana sentiasa mengingatkan anak-anak agar sentiasa pastikan kebersihan wajah di jaga. 

Kajian pengguna mendapati wanita Malaysia mahukan kulit yang kelihatan cantik secara semula jadi, yang boleh ditakrifkan sebagai kulit tampil berseri dan segar, dan ini fenomena ini bukan di Malaysia sahaja! Malah Korea hingga ke Jepun mahupun negara China, wanita Asia sentiasa mencari kaedah untuk mendapatkan seri wajah semula jadi tanpa perlu menggunakan produk mekap. 

Menyedari bahawa kulit kusam merupakan masalah kulit biasa yang dihadapi oleh wanita Asia. Tahukah korang bahawa kulit kusam juga merupakan salah satu tanda awal penuaan? Apabila umur kita meningkat, tanda-tanda seperti kekusaman, kedut dan kehilangan keanjalan mula kelihatan. Ia disebabkan oleh pengurangan keupayaan untuk memperbaharui kulit secara semula jadi. Oleh itu kita perlu membantu kulit untuk memperbaharui semula secara lembut tetapi berkesan



Secara ideal, kitaran pembaharuan semula kulit secara semula jadi berlaku setiap 28 hari. Pada akhir tempoh kitaran, sel kulit yang lama atau yang telah mati beralih keluar dan diganti dengan sel kulit yang baru. Apa yang diperlukan oleh kulit adalah beberapa produk utama yang terus bertindak secara lancar dalam semua fasa kitaran pembaharuan kulit dan pada masa yang sama membantu meningkatkan keupayaan pembaharuan semula kulit. Apa yang penting adalah proses ini perlu berlaku secara lembut tetapi berkesan.

Kini korang boleh memiliki dan mengagumi kulit anda dengan rangkaian penjagaan kulit Renewing Treatment daripada Nutox. Produk penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment menampilkan teknologi proprietari yang dikenali LumiNes, menggabungkan dua ramuan utama – Lumiskin dan Actistem Gold Nest – untuk hasil yang kelihatan berseri dari dalam yang diingini oleh wanita. LumiNes mengaktifkan sel dasar kulit yang tidak aktif dan meningkatkan tekstur kulit agar kulit berseri secara semula jadi apabila digunakan secara kerap.



Pengalaman ana menggunakan rangkaian NUTOX RENEWING TREATMENT

Mula-mula ana nak bagi tahu kat korang yang ana ni memang minat Nur Fazura Shariffudin tau, alaa Duta Kecantikan produk NUTOX ni laa kan.. Tapi ana dah lama jatuh hati dengan rangkaian produk NUTOX ni, setiap kali ke pasaraya atau farmasi mesti singgah dan belek-belek dan Alhamdulillah, hanya baru-baru ini sahaja ana berkesempatan mencubanya sendiri pada wajah. Teruja sangat nak memakainya kerana ana cukup yakin ia satu produk penjagaan wajah yang selamat dan telah di uji secara dermatologist antarabangsa. Ye laa kan, produk yang di jual di farmasi ni lebih terjamin selamat di gunakan. 




Rangkaian Nutox Renewing Treatment terdiri daripada 3 produk: Renewing Treatment Lotion, Renewing Treatment Essence dan Renewing Treatment Cream. Ana mulakan dengan menggunakan Renewing Treatment Lotion selepas membersihkan wajah di waktu pagi. Ia bertindak sebagai toner atau penyegar pada wajah. Sapuan rata pada wajah dan ia cepat meresap ke kulit wajah. Diikuti pula dengan Renewing Treatment Essence. Serius...ana suka sangat pada tekstur essence yang sangat mild dan lembut pada wajah. Seronok sangat bila menyentuh wajah sendiri terasa lembut bila di belai. Akhir sekali ana sapukan lembut pada wajah Renewing Treatment Cream yang bertindak sebagai pelembab wajah.




Apa yang sangat istimewa ketiga-tiga rangkaian penjagaan wajah dari NUTOX RENEWING TREATMENT ini sangatlah harummmm..... buka sahaja setiap satu darinya dah terbau keharuman kuntuman bunga ros yang mempersonakan. Ia bukan sahaja lembut dan tidak melekit pada wajah sepanjang hari namun ia memberikan keharuman juga sepanjang hari di wajah kita. Terasa sangat istimewa dan pastinya dengan penggunaan secara berterusan akan memberikan keremajaan dan kesihatan kulit wajah serta mengatasi masalah wajah kusam, In Shaa Allah. 

Tiga Rangkaian Produk NUTOX RENEWING TREATMENT ialah : 

Renewing Treatment Lotion (150ml, RM59.90)



Berikan tenaga baru kepada kulit anda dengan losen yang lembut tetapi penuh dengan kebaikan ini direka khas untuk menyediakan kulit bagi menerima kebaikan daripada Renewing Treatment Essence dan Cream dengan sepenuhnya.  Mengandungi LumiNes, toner ini melicinkan dan menanggalkan bendasing untuk kesan yang lebih berseri. Losen ini turut menggantikan lembapan jauh ke dalam lapisan kulit. 


Penggunaan: Selepas pembersihan, letakkan pada tapak tangan dan sapukan pada muka dan leher. ATAU Selepas pembersihan, letakkan pada pad kapas dan sapukan pada muka dan tengkuk.

Renewing Treatment Essence (30ml, RM75.90)


Serlahkan keserian semula jadi kulit anda dengan esen yang lembut dirumus dengan teknologi proprietari LumiNes miliki Nutox. Esen yang melembap jauh ke dalam kulit ini membantu melindungi kulit daripada kekusaman kulit akibat kerosakan UV dan pencemaran, selain mempercepatkan kitaran pembaharuan permukaan kulit untuk seri wajah yang berkekalan. 




Penggunaan: Pamkan sebanyak 2 hingga 3 kali pada hujung jari dan sapu rata pada muka dan leher menggunakan pergerakan arah ke atas. 

Renewing Treatment Cream (30ml, RM49.90)



Manjakan kulit anda hari ini agar anda kekal cantik untuk hari-hari yang akan datang. Dirumuskan dengan LumiNes, Renewing Treatment Cream menyediakan kebaikan jauh ke dalam kulit untuk memulihkan, menyegarkan dan memperbaharui penampilan kulit. Tekstur yang tidak melekit ini diserap pantas bagi memberikan kemasan yang semula jadi. 



Penggunaan: Urutkan produk sebesar butir kacang pada kulit menggunakan pergerakan bulatan arah ke atas sehingga ia diserap sepenuhnya. 

Rawatan penjagaan kulit Renewing Treatment daripada Nutox memenuhi semua keperluan bagi membantu wanita mencapai seri semula jadi untuk kulit mereka,” kata Christine Law, Pengurus Pemasaran Penjagaan Kulit Tohtonku Sdn. Bhd. “Kami memahami bahawa wanita mahu mengelakkan kekusaman dan pada masa yang sama mahukan kulit yang kelihatan jelas berseri secara semula jadi. Rangkaian penjagaan kulit ini memberikan tiga kebaikan menerusi pendekatan tiga serangkai: Memulihkan, Membaharui, Menyerikan.

Memulihkan dengan Renewing Treatment Lotion, yang melicinkan dan menanggalkan sel kulit yang mati dan bendasing daripada permukaan kulit. Selepas itu, Membaharui dengan Renewing Treatment Essence, yang mempercepatkan kitaran pembaharuan semula permukaan kulit. Akhir sekali, Serikan kulit dengan Renewing Treatment Cream, yang menyegarkan kulit dan meningkatkan tekstur kulit secara keseluruhan.



Nur Fazura, duta Nutox dan aktres terkenal Malaysia, menjelaskan kepentingan melindungi kulitnya daripada cabaran luar. “Saya sering berada di luar sewaktu di lokasi rakaman, dengan memakai lapisan mekap di bawah sinaran matahari. Oleh sebab stres dan kurang berehat, kulit saya mudah menjadi kusam dan tidak bermaya. Itulah sebabnya saya memilih penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment sebagai amalan. Sejak menggunakannya, saya tidak perlu menggunakan mekap yang banyak, terutama sekali pada hari saya tidak bekerja. Renewing Treatment Lotion membantu menanggalkan mekap yang tertinggal serta kotoran lain selepas seharian bekerja, dan menjadikan kulit saya lembut dan halus! Produk kegemaran saya ialah Renewing Treatment Essence, kerana ia melindungi kulit saya daripada kekusaman,” kata Fazura.



Duta Nutox dan aktres Hong Kong, Nancy Wu turut berkongsi pengalamannya menggunakan rangkaian penjagaan kulit Renewing Treatment yang baharu. “Saya kini sedang merakamkan siri baru televisyen, Deep in the Realm of Conscience, dan saya perlu pastikan saya kelihatan cantik sepanjang masa di depan kamera. Kekusaman boleh dilihat jelas pada kamera tetapi saya tidak mahu menyembunyikan kulit saya dengan menggunakan lapisan mekap yang tebal. Saya gembira apabila Nutox memperkenalkan rangkaian Renewing Treatment. Saya suka dengan Renewing Treatment Cream kerana membawa perubahan besar kepada wajah saya. Kulit saya kelihatan berseri dan anjal secara semula jadi, seolah-olah saya mendapat tidur yang secukupnya pada malam sebelumnya. Walaupun dengan gaya hidup yang aktif, saya tidak perlu risau tentang penampilan kulit saya!

Jom dapatkan rangkaian produk NUTOX RENEWING TREATMENT dari semua pasaraya dan farmasi terkemuka seluruh negara untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, sihat berseri dan menawan. 


~Tentang NUTOX~
Dilancarkan pada  2006, Nutox merupakan perintis asal penjagaan kulit Bird’s Nest di Malaysia. 
Jenama ini percaya bahawa umur hanyalah sekadar nombor. 
Visi ini dibuktikan menerusi duta jenama mereka – aktres terkenal Hong Kong Nancu Wu dan selebriti popular Malaysia Nur Fazura yang masing-masing berumur 30an.
 Sebagai personaliti yang hebat dalam industri hiburan, mereka mewakili wanita Nutox yang anggun, tidak makan usia dan selesa dengan diri mereka sendiri. 
Sebagai seorang wanita, kemudaan tidak perlu selari dengan umur fizikal. Nutox memberi tumpuan dalam mengutamakan pencapaian anda dan di mana anda berada pada hari ini. Kekalkan penampilan muda anda dengan Nutox!

You May Also Like

10 comments

  1. Replies
    1. Fazura eh NH hihi memei ler cunnnn :)

      Delete
  2. Replies
    1. produk yang bagus memang mahal kan Ekin tapi yang penting ia selamat digunakan :)

      Delete
  3. Brand ni memang famous. Tertarik nak cuba lepas baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa Sal, kak ana terus fall in love nak gunakan NUTOX ni, best sangat pakai :)

      Delete
  4. bagus untuk wanita jaga penampilan untuk suami tersayang

    semoga kukuh ikatan sampai ke syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, In shaa Allah, kalau produk yang serasi dengan jenis kulit wajah kita tentu sesuai untuk di gunakan yang penting produk yang selamat kan Mazni :)

      Delete
  5. Brand yang mmg diperakui ramai ni kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu LYA, produk yang hanya di jual di farmasi dan pasaraya ternama ni di yakini selamat kan Lya :)

      Delete