Idea Dekorasi Bilik Tidur Anak Remaja

by - Wednesday, December 06, 2017

Hari demi hari yang berlalu, berganti tahun dan dengan izinNya ana lalui dalam melayari kehidupan ini. Anak yang dahulunya kecil, di kendung dan di susui kini telah meningkat remaja. Syukur ke hadrat Mu, kerana mengizinkan kami menikmati peringkat demi peringkat fasa dalam kehidupan. Ana di kurniakan dua orang puteri yang kini di usia remaja. Di rezekikan Nya  juga tinggal di rumah yang sederhana untuk kami empat beranak berlindung. Jika dahulu, anak-anak berkongsi bilik tidur di usia kanak-kanak dan di hiasi dengan tema princess Disney mereka, di usia yang kian remaja ni, Kak Long dan Adik Ika mempunyai bilik tidur sendiri. 

Dah besar kan,masing-masing ada citarasa mereka yang berbeza, ada jiwa mereka yang tersendiri dalam menatarias bilik tidur mereka. Ana dan suami memberi kebebasan kepada mereka memilih tema dekorasi bilik masing-masing namun kami tetap pastikan ia tidak salah disisi hukum syarak, In Shaa Allah. Dan ana terbitkan disini dekorasi bilik tidur ilham dan citarasa anak-anak remaja perempuan yang mungkin dapat memberi sedikit inspirasi kepada pembaca yang sedang bercadang menatarias bilik anak-anak.




Bilik Tidur Anak Remaja


Ini bilik tidur Adik Ika. Adik Ika ni jiwanya lasak sedikit dari Kak Long. Dia kurang girlish tak seperti kakaknya. Adik Ika memilih warna biru turquoise untuk kemasan dinding dan perabot pula berwarna hitam. Itu citarasa pilihannya. Padanan dua warna yang agak contras untuk seni hiasan dekorasi di bilik tidurnya. Tidak dipenuhi banyak perabot, sekadar sebuah katil single di tengah-tengah bilik di apit oleh dua kabinet buku di kiri kanan katil yang juga menempatkan beberapa hiasan dan alat perhiasan diri. Sebuah almari berkaca untuk simpanan koleksi buku-buku novel dan mainan dari zaman kanak-kanak yang kebanyakannya hadiah dari keluarga dan kawan-kawannya.



Turut memenuhi ruang kamar ialah sebuah almari pakaian dan meja study di tepi tingkap. Adik memilih untuk menghiasi bilik tidurnya dengan rantaian fairy light di waktu malam, pengaruh drama Korea la budak ni 😊😊 Di hadapan katil ana hamparkan karpet berwarna biru sebagai ruang solatnya agar lebih selesa. Adik menggantungkan beberapa frame gambar berbingkai hitam juga sebagai hiasan kepala katil. Dan di sudut tepi terdapat sebuah cermin panjang untuknya berhias. Lengkap, inilah dekorasi ilham dari anak remaja untuk menghias bilik tidurnya. 



Ini pula bilik tidur Kak Long, serba pink kan :) Kemasan dinding di warnakan dengan warna pink muda dan di bahagian dinding belakang katil, Kak Long memilih menghiasinya dengan kemasan wallpaper bercorak bunga-bunga kecil ala Inggeris. Bilik Kak Long mempunyai sebuah katil queen size kerana dahulunya dua beradik ni tidur sekali, masa kami mula-mula pindah dahulu. Sekarang dah besar-besar Adik Ika pindah ke biliknya sendiri dan katil masih elok , jadi Kak Long yang menggunakannya.


Untuk ruang penyimpanan pula, bilik Kak Long hanya mempunyai sebuah chess drawer dari jenis kayu yang sama dengan katil. Selebihnya Kak Long menggantungkan baju-baju pada hanger di hadapan katilnya. Kak long meletakkan kabinet buku di sebelah tingkap dan di hiasi sebuah lamp shade juga bertema ala Inggeris. Sekeping gambar bunga di gantung sebagai hiasan kepala katil. Di atas katil pula, Kak Long gemar menyusun kusyen-kusyen kecil dan sebuah kunyen dengan cetakan wajahnya di bahagian tengah. Inilah citarasa Kak Long yang berbeza dengan Adik Ikan kan 😊😊

Untuk memberi lebih idea dekorasi bilik anak remaja, ana kongsikan di bawah ni beberapa lagi gambar dari carian Google Image. Kredit buat pemilik gambar-gambar .















Ana juga pernah terbit idea dekorasi kamar tidur di SINI sebelum ini. Selamat mendeko semua :)

You May Also Like

12 comments

  1. Sha suka gambar-gambar yang Kak Ana kongsikan.. Terutama sekali no 3, no 6 dan no7.. Suka susun atur dia.. boleh jadi inspirasi nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm..boleh lah ada idea dah kan untuk deko bilik anak2 Sha nanti :)

      Delete
  2. cantik dan kemas idea deco2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan MAMAPP , cantik dan memberi inspirasi

      Delete
  3. Berpinar mata tengok deco bilik anak dara ni...bilik anak dara SA je yang alahaiii....macam- macam dia buat..x tau nak cantikkan cane lagi dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarkan je SA, nanti bila meningkat dewasa dia akan ada inspirasi sendiri untuk menghias bilik mereka :)

      Delete
  4. kemas jer biliknya...yg penting, anak2 suka... seronok la ibunya bila anak2 makin meningkat remaja..blh tlg kat dapur..masak & kemas sama2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha bila dah membesar ni dah jadi kawan baik je JJ :)

      Delete
  5. menarik ..kena bagi bilik anak remaja ni..ada kala mereka yang atur caler apa nak disukai...gambar jadi panduan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu etuza, biarkan mereka dengan kreativiti mereka

      Delete