Jom Buat Homemade Garlic Spread Mudah

by - Monday, December 11, 2017

Adik Ika ni memang suka sangat makanan western ni. Dulu ketika sedang menunggu keputusan SPM dia sempat bekerja di sebuah restoran western milik cikgu nya selama lima bulan juga lah kalau tak silap ana. Dia sempat belajar macam-macam menu masakan western dari cikgunya. Dan macam biasa tiap kali balik ada je projek nya di dapur. Hari tu dia nak makan mushroom soup tapi tak ada garlic bread. Dia pun masuk dapur buat sendiri garlic spread. Senang sangat pun, korang pun boleh buat je. Kalau beli boleh tahan juga harganya. 




Cara buat homemade garlic spread mudah


Bahan-bahannya mudah sesangat. Empat ulas bawang putih di cincang atau di tumbuk, butter, secubit garam dan daun parsley. Itu sahaja. Petang tu ana tak ada stok daun parsley jadi garlic spread ana kurang satu bahan . Adik Ika cuma adunkan butter bersama bawang putih dan secubit garam.




Untuk membuat roti garlic breadnya pula, Adik Ika menyapukan garlic spread pada roti Gardenia dan memanggangnya di atas kuali leper tanpa minyak dan membalik-balikkan nya sehingga garing. Siap sedap di makan panas-panas bersama mushroom soup.



You May Also Like

6 comments

  1. Sedap kan.. kena dengan mushroom sup time panas, lagi terangkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kan Zaf,kesukaan anak-anak kak ana ni :)

      Delete
  2. Sedapnya.. lebih puas makan kan kalau buat sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sha, mudah sangat buat sendiri makan puas-puas dengan keluarga :)

      Delete
  3. Aduhhhh...sedap tu..memang faveret garlic bread dengan mushroom sup tu...


    Kisah seorang isteri yang bertegas tidak membenarkan Paru Paru suaminya di tebuk

    ReplyDelete