Pulut Durian Mak

Syukur Alhamdulillah, pada kita semua yang masih punyai mak dan ayah di muka bumi ini. Ia satu kelebihan yang tak terhingga dan tak ternilai bagi seorang anak. Kita masih punyai kesempatan untuk berbakti kepada mereka, menggembirakan hati mereka dan yang paling penting sangat beroleh doa restu dari mereka. Bagi yang telah dijemputNya kedua ibu ayah, sentiasalah iringkan mereka dengan doa, mohon kan keampunan dan sedekahkah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran setiap ruang waktu. 

Ana tersentuh hati sangat sebenarnya, bila baru-baru ni kami balik kampung halaman ketika musim durian di sekitar Teluk Intan. Sana-sini orang menjual durian kampung, tapi bukan lah murah tetap di jual ikut timbang kilo. Mak dapat beberapa biji durian pemberian saudara terdekat yang punyai kebun sendiri. Mak tahu menantunya dan cucu-cucunya suka sangat makan durian. Memandangkan kami hanya akan balik dalam tiga empat hari lagi, mak masakkan kuah durian untuk anak  cucunya. Mak masak pekat-pekat katanya dan simpan dalam peti ais hinggalah kami balik,




Pulut durian 


Masa kami sampai kampung, mak dah siap tanak kan pulut pagi tu. Kemudian panaskan semula kuah duriannya untuk kami menikmati. Dan nak rezeki pula, ada jiran mak bagi buah durian, laju je abah kopek kan isinya dan di makan bersama kuah durian dan pulut yang mak sediakan. Allahu... sebak rasanya melihat kesungguhan mak dan abah mempastikan anak cucunya makan durian buah kegemaran orang Perak.Mak kata lepas ni tak payah membazir beli durian kilo, mahal, berat kulit, isi durian kampung bukannya tentu elok.Kuah durian air tangan mak memang yang tersedap di dunia pada ana. Cukup lemak, manisnya. 

Begitulah kasih sayang mak dan abah terhadap anak cucunya. Biar mereka tak makan pun tak apa, simpankan juga untuk anak cucu. Tapi mak dengan abah memang tak makan durian sangat sebab ada tekanan darah tinggi, mak cukup jaga pemakanannya dan sentiasa dalam pemantauan tekanan darahnya. Ana belikan alat pemeriksaan tekanan darah dan simpan di rumah. Mudah untuk mak dan abah memantau tekanan darah mereka di rumah. Tak mahal pun dalam seratus lebih sahaja, boleh beli di farmasi.

Sebagai anak, gembirakanlah hati ibu ayah kita, berbaktilah kepada mereka selagi masih bernyawa. Doakan kesejahteraan mereka, dan mohon ampun kan dosa-dosa mereka. Jangan sakiti hati mereka sedaya yang boleh. Ana selalu ingatkan anak-anak betapa pentingnya restu ibu ayah untuk kehidupan kita semua, kerana restu Allah swt adalah dengan restu ibu ayah. Kalau sayang ibu ayah, anak-anak carilah kunci syurga buat mereka, jaga aurat, jaga tingkah laku, jaga solat dan jaga ibadah. Sentiasalah berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran. Waallahu'alam....
Pulut Durian Mak Pulut Durian Mak Reviewed by Ana Jingga on December 07, 2017 Rating: 5

6 comments:

  1. sedapnya pulut durian...lama dah tak pekena pulut durian ni kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan CT, sesekali pekena pulut doyan :)

      Delete
  2. Aduhaia...meleleh airliur tengok...lama dah tak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak ciksejak durian timbang kilo ni, rasa dah jadi makaanan mewah jer nak di nikmati :(

      Delete
  3. Saya antara penggemar pulut durian.. perghhh mmg best! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut laj Wai peminat tempoyak hihi :)

      Delete

Powered by Blogger.