Sheperd Pie Untuk Ayah

by - Saturday, December 09, 2017

Minggu ni minggu akhir Adik Ika bercuti di rumah, dan minggu ini juga merupakan hari lahir ayahnya, suami ana pada 4hb Disember yang lepas. Suami ana pula sibuk sepanjang minggu ini kerana ada tugasan penting di pejabat. Mujur juga minggu pertama ketika Adik mula bercuti, suami dah awal-awal ambil cuti agak panjang, spend time dengan Adik Ika di rumah dan makan-makan. Kak Long pun hampir tiap hujung minggu balik rumah memandangkan hari Jumaat dia tak ada kelas. Dapatlah juga temankan Adik Ika di rumah.

Bersempena dengan hari lahir ayah mereka, dua beradik ni sibuk nak surprised ayahnya. Mula-mula ajak ke Aeon nak cari hadiah untuk ayah, dan petang tu pula dua beradik ni berada di dapur masakkan sheperd pie kegemaran ayah mereka. Ana jadi pemerhati sahaja, dua beradik ni lah yang menyiapkan dua mangkuk sheperd pie untuk ayah. Dan Alhamdulillah siap dan sedap hasil tangan dua beradik ni.Pandai anak-anak ibu. Dah boleh di harap kata orang dulu-dulu.






Selepas Maghrib malam tu, ana ke Saujana Rawang dan belikan 40 cucuk satay untuk menambahkan menu surprised anak-anak ni. Ayahnya memang tak suka makan kek jadi kami tak lah nak buat atau beli kek hari jadi. Lagipun dan senior-senior ni tak payah kek dah kan. Haha ! Runtuh kek kalau nak susun lilin penuh nanti. Anak-anak beli kan air Kickaapoo kesukaan ayah mereka dan siap lah surprised dinner kami yang simple.



Ayah mereka balik kerja surprised sangat dan senyum lebar tengok anak-anaknya buat kejutan. Terus peluk cium anak isteri dan ucapkan terima kasih. Kami makan malam sambil berbual-bual kosong dan bila anak-anak serahkan hadiah seutas jam tangan, lagilah ayah nya gembira bukan main. Dua beradik ni kongsi duit elaun bulanan depa untuk beli kan hadiah ayahnya. Alhamdulillah di kurniakan dua orang cahaya mata yang masih ada keinginan untuk membahagiakan ibu ayahnya. Ini lah hadiah yang paling bermakna buat kami berdua. 


Tak banyak yang kami minta dari  mu duhai anak, cukup lah sekadar kamu berdua membesar dengan cemerlang dalam pelajaran, berjaya di dunia dan akhirat. Mencari keredhaan Allah swt sentiasa dan menyayangi kami serta menjadi puteri solehah kebanggaan kami. Doa restu ibu dan ayah akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kamu berdua selagi kami masih bernyawa. Kak Long dan Adik Ika adalah harta ayah ibu dunia akhirat.. Aamiin



You May Also Like

0 comments