Cetusan idea untuk menulis sebuah catatan penghargaan buat sahabat blogger ini apabila ana beranikan diri klik pada pautan yang di paparkan di blog sifu blogger Malaysia saudara Hasrul Hassan di Facebook. Dibawah tajuk beliau Top 10 Referral 2017 - Ketahui Blog Menjadi Penyumbang PV yang korang boleh baca di SINI .



Bila ana mula membacanya , wahh!!! Senarai top 5 adalah blog-blog hebat Malaysia, pergh!!!Memang tip top habis nama-nama mereka yang hebat-hebat ni. Terus membacanya lagi, menggigil rasa bila terpandang berada di tangga ke-10 carta penyumbang trafik kepada blog yang selama ini menjadi sumber rujukan ana dalam penulisan dan teknik blogging. Sungguh tak percaya dapat sebuah kredit dan review dari saudara Hasrul Hassan yang dikenali sebagai HH.


keratan  artikel dari blog Hasrulhassan.com 
Seronok senyum sampai ke telinga kata orang, maklumlah bukan mudah nak dapat satu review dari blogger hebat ni. Apapun terima kasih HH kerana menerbitkan artikel tersebut yang amat ana hargai sangat dan mendapat backlink dari blog yang telah pun mencapai 25 juta pageview dalam rekodnya yang tersendiri. Tahniah Hasrulhassan.com !! Dan terima kasih juga di atas setiap perkongsian tips blogging dan teknik seo yang sentiasa menjadi panduan ana dalam penulisan blog. 

10 Top Referral Blog Anajingga.com Sepanjang 2017

Dan di kesempatan ini juga ana ingin merakam kan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada ke semua blogger Malaysia yang turut menyumbang kan trafik pageview ke blog picisan ana, setiap hari. Walaupun belum mencapai 2 juta pageview sehingga entri ini di terbitkan, namun ratusan ribu pageview untuk sepanjang tahun 2017 juga telah membakar semangat untuk ana terus menulis perkongsian demi perkongsian untuk pengunjung organik dan juga pembaca setia di www.anajingga.com. Terima kasih atas sokongan dan kunjungan kalian semua dan yang baik itu semuanya datang dari Allah swt manakala yang tidak elok itu adalah dari ana hambaNya yang kerdil.


Image result for google analytics

Dari statistik di Google Analytic, di sini ana senaraikan pula 10 top referral penyumbang pageview ke blog www.anajingga.com sepanjang tahun 2017 yang lalu. 

1. Dengan kunjungan melebihi 1,000 pageview ialah dari blog www.arzmoha.com  . Ana pasti keberhasilan exchange backlinks dalam beberapa entri yang agak hit di carian membantu dalam membawa kunjungan ke blog kami. Bila ana minta Arz sendiri menyemak top referral beliau ternyata trafik dari blog ana juga adalah antara top referral blog beliau. Ada beberapa entri kami lakukan exchange backlink ini antaranya mengenai Kad KTM Pelajar dan Tempat-tempat Menarik di Cameron Highlands. Dalam kedua-dua entri ini kami saling bertukar backlinks dan secara tidak langsung dari carian enjin mendapat pautan pada kunjungan blog kami berdua. Selain daripada itu, ana juga berada di blog list Arzmoha. Terima kasih Arz 💗



2. Tempat kedua adalah dari blog www.suriaamanda.com . Blog wanita jelita dari Negeri Sembilan yang banyak berkongsi tips kecantikan, gaya hidup dan yang paling ana ingati dan gemari ialah masakan-masakan negori nya yang dari pandangan gambar-gambar sahaja sudah cukup menampakkan kesedapannya. SA juga banyak berkongsi catatan pengalaman hidup beliau bersama puteri tunggalnya dan juga keluarga. Ketika kami berada di bawah satu komuniti blogger dahulu lagi, blog SuriaAmanda merupakan antara blog dengan pageview yang tinggi setiap hari. SA juga seorang yang sangat rajin blogwalking dan komen sesama rakan blogger. Dan ana juga berada di salah satu blog list SA. Terima kasih SA 💘💘




3. Di tempat ketiga ialah dari blog adinda cantik manis Inanihazwani.com . Rindunya pada Nani, maaf sangat-sangat dah lama kak ana tak singgah ke blog ungu putih Nani. Nani sangat rajin singgah ke blog kakaknya ni di setiap kesempatan waktu. Terima kasih Nani atas segala perkongsian menarik tempat-tempat makan yang sedap, resepi keluarga dan kisah-kisah Nani yang korang boleh baca dari blognya di pautan di atas. Ana juga berada di blog list Nani dan antara penyumbang kepada trafik ke blog ana. Terima kasih Nani sayang 💖💖



4.  Wahh!! Memang panas kerana blog referral ke empat ana ialah dari www.sentiasapanas.com . Blog panas dengan pelbagai isu semasa, viral dan info-info terkini yang tinggi capaian trafiknya setiap hari. Juga rajin blogwalking dan komen di blog picisan ana dan seingat ana kami pernah exchange blog list beberapa tahun yang lepas yang mana mungkin antara sebab penyumbang pageview ke blog picisan anajingga.com . Terima kasih SP ✌✌




5. Terima kasih buat sahabat dan juga rakan se kejiranan ana, kami tinggal di daerah yang sama iaitu blog www.shuhaidakabdy.com atau lebih mesra di kalangan blogger dengan panggilan Kak Sue. Korang kalau lapar tu, jangan lah singgah blog Sue ni. Blog Sue penuh dengan menu masakan dengan gambar yang sedap-sedap tau. Seorang yang rajin update blog dari menu masakan harian beliau. Juga seorang blogger makan-makan di mana Sue selalu review tempat-tempat makan yang best-best sekitar Selangor ni. Malahan ana pernah juga tumpang Sue ke satu event pada tahun 2017 yang lepas, satu pengalaman baru bagi ana sebenarnya. Terima kasih Sue, semoga ukhuwah kita terjalin dari alam maya hingga ke alam nyata ini selamanya. Aamiin. 💙💙 Ana juga berada di blog list Sue.


6. Rakan sebaya ana dalam dunia blogging iaitu Azi dari www.azirahman.com . Mula mengenali Azi ketika kami dalam satu komuniti blogger dahulu dan belum pernah bersua wajah kerana Azi tinggal di utara sana. Banyak menulis tips keibubapaan, catatan kerjaya dan tak kurang juga berkongsi resepi masakan. Azi kurang aktif di socmed namun blog sentiasa ber update. Dan terima kasih buat Azi kerana meletakan ana di blog list beliau sehingga ke hari ini . All the best Azi 💝




7. Inilah tempiasnya bak kata tuan punya blog saudara Hasrul Hassan bila kita berada di pautan dan blog list insan-insan hebat ni. Hasrulhassan.com sentiasa menjadi rujukan blogger dan juga kunjungan trafik yang tinggi dari carian enjin dengan pelbagai kupasan isu yang di terbitkan. Beliau juga ada menawarkan peluang untuk blogger berada di blog list beliau sepanjang tahun lepas malahan menerbitkan beberapa entri review blog dan memberi backlinks kepada blogger lain. Dan dari sana lah ana mendapat kunjungan pageview yang masuk. Terima kasih sekali lagi HH dan semoga setiap manfaat yang di kongsikan ada ganjaran pahala yang berpanjangan dariNya buat kita semua, In Shaa Allah. ❤



8. Terima kasih juga buat www.dorsettpink.com , blog merah jambu dengan niche travel dan parenting blog. Maaf sangat kerana ana jarang sekali berkunjung ke blog beliau dan selalu memberi engagement di Instagram sahaja. Meletakkan ana di blog list yang mana ana percaya menjadi penyumbang pageview ke blog ana. Terima kasih sekali lagi 💓💓



9. Satu lagi blog yang agak tidak ana kenali namun merupakan antara 10 penyumbang pageview tertinggi sepanjang tahun 2017 ialah www.hanisamanina.com . Bila ana ke blog beliau untuk melihat sama ada terdapat di blog list atau tidak, tidak pula kelihatan sebarang blog list di blog beliau. Apapun terima kasih kepada tuan punya blog yang menyumbang pv ke anajingga.com. 


10. Dan yang berada di nombor 10 ialah blogger mommy 3 A , iaitu founder AFB kita Puan Irra dari www.irrayyan.com .Irra seorang yang begitu konsisten dalam blogging, Untuk mereka yang inginkan tips keibubapaan, penjagaan anak-anak dari bayi hingga lah dah ke sekolah hero sulung nya Adam dan pelbagai info kesihatan dan pemakanan sihat dan organik boleh merujuk ke blog beliau. Founder kepada AFB iaitu sistem Auto Feed Blog memaparkan feed dari blog ahli-ahli mereka di muka hadapan blog ahli yang lain secara bergilir. Ia juga dapat menyumbang pageview ke blog di kalangan ahli, kalau korang berminat nak join boleh lah singgah ke blog, Fb atau IG Irrayyan dan pm tuan punya AFB ni kay. Terima kasih mommy Irra kerana meletakkan kak ana di blog list dan menyumbang trafik  ke blog anajingga.com . 


Inilah 10 top referral penyumbang pageview ke blog picisan anajingga.com sepanjang tahun 2017 yang ana perolehi dari statistik di Google Analytic. Selain itu, referral utama dan terbanyak sepanjang tahun adalah dari trafik organik dari carian enjin dan juga Google Image. Blog list di satu-satu blog khasnya pada blog yang mempunyai trafik yang tinggi juga salah satu penyumbang pageview di samping blog walking sesama blogger. Selain itu juga rajin-rajin ping entri korang di mana-mana group di FB yang mempunyai ahli yang ramai, ia akan lebih relevan jika entri itu di ping pada group umum di mana mengikut kumpulan sasar satu-satu tajuk entri tersebut. 

Ana juga ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada sahabat blogger lain yang sering kali singgah dan komen pada setiap entri yang di terbitkan. Terima kasih yang tak terhingga. Semoga setiap penulisan kita ada manfaatnya buat insan lain, In Shaa Allah. Teruskan menulis dan berkongsi kebaikan sesama kita. 




18 Comments

  1. Tersenarai juga Blog Sue kat sini ya Ana, sama-sama kasih..

    ReplyDelete
  2. tahniah yang tersenarai nanti try tengok jugak kat google analytics

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah cuba check top referral Ekin pulak kay :)

      Delete
  3. alaa tkde masuk dalam senarai :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kak ana refer dari Google Analytic ni lisa :)

      Delete
  4. Alhamdulillah masuk senarai jugak ye...tq ana berkongsi ilmu dan tips. In sha Allah selagi ada minat blog akan tetap berupdate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Azie, In Shaa Allah kita kongsikan kebaikan sedaya upaya kan :)

      Delete
  5. Tahniah pada yang tersenarai!! Nanti ciktie nak try tengok juga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita check dan bagi kredit kat penyumbang trafik kan cik T

      Delete
  6. Replies
    1. Terima kasih buat semua yang sudi singgah ke AJ

      Delete
  7. Woww hebatnya.... next time Bonde pulak yea

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... Bertukar backlink membantu satu sama lain. Terima kasih juga kak Ana kerana menyumbang trafik pada blog arzmoha.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu arz, kita saling bertukar trafik melalui backlinks

      Delete
  9. Salint tukar tukar manfaat kan ana, tahniah sebab tersenarai. Semoga semakin maju leopas ni

    ReplyDelete