ADA KOLEKSI MAINAN 'SUKAN RIA' TERSEMBUNYI PADA CARRIE JUNIOR


Masa mandi adalah masa yang paling menyeronokan pada sesetengah kanak-kanak. Anak-anak dahulu ketika sedang membesar, paling suka bermain waktu mandi. Ana selalunya letakkan di dalam besen besar untuk mereka membawa permainan patung getah dan kadang-kadang permainan masak-masak ke dalam bilik air dan bermain sambil mandi. Namun kena pantau lah kan, kerana bimbang juga akan mendatangkan bahaya kalau di biarkan tanpa pengawasan. Dan waktu itu lagi dah ana memilih rangkaian penjagaan peribadi kanak-kanak yang tersohor sekian lama, pasti lah CARRIE JUNIOR. Sabun anak gajah, Adik Ika panggil dahulu. 

Sehingga lah ke hari ini, CARRIE JUNIOR masih ingin mengajak kanak-kanak bermain sambil menikmati keseronokan ketika mandi. Peredaran masa dan teknologi, kesibukan ibu bapa dalam urusan seharian kadang kala membataskan aktiviti keseronokan bermain bersama anak-anak. Jangan begitu...nanti korang akan menyesal kerana waktu anak-anak membesar inilah perlu mencipta memori terindah kerana dengan pantas mereka akan terus meninggalkan alam kanak-kanak dan mencapai usia remaja. Dan waktu itulah, kita akan terlepas banyak peluang dan ruang untuk bersama detik-deik indah yang telah berlalu. 



KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR


Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.

Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.




Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.

Lebih unik dan menarik lagi, kita sebagai ibu bapa boleh bermain bersama anak-anak dalam misi pencarian mainan figura comel 'Sukan Ria' ini. Apabila kita membeli sebotol pek 700ml mana-mana dari tawaran hebat CARRIE JUNIOR ni, kita perlu mencari di manakah tersembunyinya salah satu figura misteri yang kita perolehi dari botol pek CARRIE JUNIOR. Ana pun tercari-cari juga dan akhirnya Kak Long dapat menjumpai tempat rahsia pada botol yang menyembunyi figura comel kami. Memang seronok. Kumpul kan ke enam-enam figura dan boleh lah kita bermain dengan gembira bersama anak-anak di papan permainan yang di berikan itu.



Ana tak nak tunjukkan di mana kah lokasi tersembunyinya dan apakah figura yang ana dapat, kerana ana hendak korang sendiri explore permainan ini bersama anak-anak. Barulah mencabar kan. Ingat !! Korang kena cari sampai jumpa tau..


Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada:

CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak
SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian
TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat 
DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki 
SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.


Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.



Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi 

CARRIE JUNIOR Baby Bath, 

CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, 

CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash 

CARRIE JUNIOR Kids Shampoo 

bersaiz 700ml di pasaran sekarang.




~~;~~
Tentang CARRIE JUNIOR 



CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan 
hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan.
 Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak 
mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, 
kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient
dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut
serta kulit lembut si manja. 
Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan
wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar 
dan bersih sepanjang hari. 
Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan 
efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.
Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah 
Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, 
Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau 
buah-buahan yang digemari kanak-kanak.
~~:~~
ADA KOLEKSI MAINAN 'SUKAN RIA' TERSEMBUNYI PADA CARRIE JUNIOR ADA KOLEKSI MAINAN 'SUKAN RIA' TERSEMBUNYI PADA CARRIE JUNIOR Reviewed by ana halim on January 28, 2018 Rating: 5

4 comments:

  1. Suka dengan mandian nie.. Bau wangi, lepas tu ada suprise lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak kak ana hat remaja tu pun masih guna CARRIE JUNIOR ni Sha, dia suka harumannya yang tahan lama tu :)

      Delete
  2. Anak buah SA suka sangat dengan CJ ni sebab kaya dengan buih dan bau yg harum..nak pulak ada mainan...ada juga yg x jumpa mainan tu ye kak ana...elok je dia tersembunyi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best haruman dari Carrie Junior ni, Haah sebab tu kak ana tak nak reveal dalam entri ni, biar depa cari sendiri di mana letakkanya mainan comel tu, baru seronok kan hihi :)

      Delete

Powered by Blogger.