Barakaallah...Alhamdulillah.. Ungkapan yang ingin ana ucapkan kepada pasangan Dato' Haji Hadi Putera dan isteri beliau Datin Hajjah Aida Yusof yang telahpun selamat bernikah semula semalam 18.1.18. Sebagai peminat setia dan sentiasa mengikuti beliau di Instagram dan lakonan-lakonannya pastilah ini satu berita yang amat mengembirakan ana dan semua peminat-peminat Adi Putra yang sentiasa mendoakan agar jodoh mereka kembali bertaut dan semalam ianya menjadi satu kenyataan.


kredit sumber dan foto Instagram @adpadiputra

Adi Putra Nikah Semula Isteri Pertama Aida Yusof

Berkat doa dari peminat yang sentiasa inginkan mereka bersatu semula membina ikatan cinta hingga ke syurga mudah-mudahan. Pada ana, Aida Yusof seorang wanita yang sangat kuat dan tabah dalam mengharungi ujian demi ujian dalam perjalanan rumahtangganya. Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui kisah mereka dan sebagai sesama insan dan hati seorang wanita, pastinya kita ingin melihat mereka bahagia sentiasa dalam ikatan cinta sejati.




Adi Putra dan Aida Yusof pernah  mendirikan rumah tangga kali pertama pada 14 April 2006.  Kemudian Adi Putra  berpoligami apabila sah bernikah dengan Norshahida pada 20 Jun 2016. Walaubagaimanapun, Adi yang dihimpit pelbagai kontroversi mengenai pernikahannya membuat kenyataan bahawa beliau sudah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kedua-dua isterinya itu sekitar pada Mac 2017. Dan pada 18.1.18 tarikh yang cantik ini, mereka bernikah semula. Alhamdulillah. 






Kredit foto-foto Instagram @adpadiputra dan @nurulzahid 

9 Comments