Akuarium di anjung rumah ni ada lah pemberian jiran kami Kak Ani dan Abang Zam. Agak besar juga saiznya siap ada storage di bahagian bawah. Mula-mula dulu anak-anak teruja nak bela ikan emas. Kami kan main ghairah menghias akuarium, letak batu-batu kecil berwarna, letak pokok-pokok plastik,jambatan batu dan macam-macam dekorasi akuarium bersama suami dan anak-anak. Lama kelamaan seekor demi seekor ikan mas tu mati. Walaupun di jaga rapi dengan ubat anti klorin dan sebagainya. 

Selepas tu ada pula jiran Cina kami yang menternak anak ikan di belakang rumahnya, beri kami beberapa ekor ikan puyu. Gantikan ikan mas yang mati tu, sebab katanya ikan puyu tak boleh campur, nanti bergaduh. Jadi dalam akuarium kami kini berisi empat ekor ikan puyu merah yang comel. Lama juga mereka menghuni akuarium kami namun akhirnya tinggal seekor jua akhirnya. Ialah makhluk di atas muka bumi ini mana ada yang kekal kan, Semuanya akan mati kecuali Dia Yang Maha Agung.





Ikan puyu

Nak di jadikan penyedap cerita ikan puyu ni, dah lah kesepian keseorangan, boleh pulak pam oksigen akuarium kami ni tak berfungsi dengan elok. Kesian sangat ana tengok di ke hulu ke hilir sendirian. Cuba bayangkan kita di tempat dia kan, mesti bosan dah lah tak ada smartphone dan internet hihi 😉😉 Ana pun cadangkan pada suami , kita lepaskan lah ia ke mana-mana tasik atau longkang besar biarlah dia hidup bebas di persekitaran yang luas terbentang. 



Suami sauk dengan net dan isikan ke dalam bekas plastik kecil ni. Kami bawa atas motor dan lepaskannya ke dalam tasik buatan di taman berhampiran. Bebas lah dikau wahai si puyu dengan sebebas-bebasnya. 



Tapi kan yang kelakar tu dan suami ana pun gelak bila ana sempatlah pesan kat si ikan puyu, " jangan makan umpan cacing tau, jauhkan diri dari mata kail," haha!! Dah macam kartun Spongebob je rasanya. Lepas tu suami ana sempat mengusik ana lagi, katanya , "malam karang ayang mimpi, ada pokok tumbuh belakang rumah, gali bawah dia ada emas , " Kan main dah macam cerita bawang putih bawang merah pula dah.Gitu lah kami suami isteri ni di usia-usia kian senja ni rajin bergurau manja. 




Begitulah kisah si ikan puyu yang kami bebaskannya ke habitat asal semulajadi. Entah apa suratan nasibnya di dalam tasik hanya Allah swt sahaja lah yang mengetahui. Sepanjang jagaan kami makannya terjaga, setiap hari kami akan berikannya makanan, malahan jika tinggal lama sekalipun kami masukkan tablet makanan ikan untuk di makannya sedikit demi sedikit yang tidak mencair. Namun kini, si ikan puyu perlu mancari makannya sendiri dan ana pasti di sana dia tahu akan cara untuk kesinambungan hidupnya. 

Percaturan kehidupan ini begitulah, tiada siapa tahu di mana pengakhiran hidup kita nanti. Sebagai hambaNya teruslah melakukan sesuatu yang sebaik mungkin disisiNya kerana kita tidak tahu kebaikan yang mana yang bakal membawa kita ke syurga abadi yang di idamkan. Sedaya upaya juga kita jauhi larangannya hari demi hari di baki usia yang tertinggal ini. Tidak ada insan yang maksum kerana itu kita sentiasa perlu ingat setiap ruang dan peluang yang ada untuk memperbaiki diri. Sedikit demi sedikit kelibat si ikan puyu hilang dari pandangan kami berdua... 



5 Comments

  1. Alhamdulillah kembali ke tempat asal dia jugak. Sekarang ne anak-anak miza duk berzikir nak bela ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pulak suami kak ana duk borak beberapa hari lepas, apa agaknya khabar ikan puyu kita hari tu kan hihi :)

      Delete
  2. Semoga dia bertemu pasangan hidup dan boleh membiakkan generasinya...ehhh...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha membiak pula puyu dalam kolam tu nanti SA :)

      Delete
  3. Alhamdulillah akhirnya bebas juga ikan puyu tu hehe

    ReplyDelete