Permohonan pendaftaran secara dalam talian (online) kemasukan murid Tahun Satu ke Sekolah Rendah Kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia ambilan 2019/2020 akan dibuka mulai 1 Mac 2018 .Permohonan untuk kemasukan Tahun Satu boleh di lakukan melalui Sistem Aplikasi Pendaftaran Atas Talian (SPAT) , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Mudah dan cepat berbanding ketika tahun 1990-an dahulu di mana kami ibu bapa perlu ke sekolah untuk membuat pendaftaran.


Sumber : public.moe.gov.my


Permohonan Online Murid Tahun Satu 2019 - 2020


kredit : www.mysumber.com


Namun aplikasi ini hanya untuk pendaftaran kemasukan Tahun Satu seluruh Semenanjung Malaysia sahaja manakala untuk negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan perlu melalui proses borang manual di sekolah-sekolah kawasan masing-masing. 

Permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020


Maklumat mengenai permohonan kemasukan Tahun 1 ambilan 2019/ 2020 adalah seperti berikut:

1. Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – 

hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah.

~ Dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018

~ Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut.

~ Layari https://public.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian bagi pengguna berdaftar. Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna untuk pendaftaran pengguna baharu.

~ Kemasukan Tahun 2019 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.

~ Kemasukan Tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.


kredit : www.mysumber.com


2. Permohonan secara manual melalui sekolah.


~ Dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 31 Mei 2018

~ Ibu/bapa/penjaga boleh mendapatkan borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon.

~ Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan semula kepada sekolah yang dipohon beserta dengan dokumen berkaitan.

~ Penyerahan borang perlu dilakukan di dalam tempoh permohonan.


Sumber rujukan : 
1. www.public.moe.gov.my
2. https://www.caripanduan.com/kemasukan-murid-tahun-satu-1/amp/
3. www.mysumber.com/daftar-murid.html

2 Comments

  1. Uish.. Kena buat reminder ini, risau terlupa.. tq share kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sistem ni memudahkan juga Sha, tapi masih kena ke sekolah juga untuk proses dokumentasi

      Delete