LAZADA antara paling banyak kolaborasi bersama blog www.anajingga.com sejak dua tahun yang lepas. Syukur Alhamdulillah.. setiap kali ada kempen terbaharu, ana tak pernah terlepas peluang untuk di jemput menyertai kempen dan memang seronok kerana selain ganjaran voucher ratusan ringgit dari LAZADA, blogger juga seperti dua kempen terdahulu menerima surprise box dari LAZADA. Pernah ketika satu kempen terdahulu, ana menerima surprise box LAZADA bernilai ratusan ringgit termasuk barangan elektrik dan sebagainya. 

Namun ketika kempen 11.11 yang lalu, agak kecewa pada mulanya kerana tiada surprise box dari LAZADA yang ada cuma peraduan atau blogger contest yang mana tawaran hadiah utama gift voucher RM500 . Ana ni boleh di katakan kaki kontest juga la, bukan apa, kadang-kadang sekadar nak support rakan-rakan blogger lain yang menganjurkan Giveaway dan ada rezeki menang juga kan. Dan untuk blogger contest LAZADA ni, tergerak hati untuk menyertainya, kerana sebelum ni selalu joined tapi belum pernah menang. 





Namun benarlah, rezeki tidak pernah salah alamat. Dengan izinNya, kali ini entri ana terpilih sebagai antara pemenang hadiah kedua dan menerima gift voucher dari LAZADA bernilai RM150 . Beberapa jam selepas melihat status beberapa rakan blogger tentang pengumuman pemenang, ana menerima email dari LAZADA yang mengesahkan keputusan. Selepas menjawab email dan memberikan butiran yang di minta, esoknya ana menerima email bersama kod gift voucher penebusan hadiah.

Apa lagi, ana pun cepat-cepat whatsapp group anak-anak dan maklumkan ,  Kak Long dan Adik Ika suka sangat kalau ibu dapat voucher ni, sebab selalunya memang ana serahkan pada mereka untuk shopping di mana-mana online shopping yang ana terima voucher. Inilah salah satu cara ana belanja anak-anak dengan voucher hasil blog kerana ana ni suri rumah sepenuh masa yang tak ada income kecuali dari suami dan kerja-kerja advertorial di blog. Alhamdulillah..rezeki anak-anak kan.

Kak Long dan Adik Ika laju je window shopping di LAZADA dan ketika cuti Krismas lalu, mereka pun tebus atau redeem voucher. Selang beberapa hari sahaja, satu demi satu hadiah yang di tebus kami terima satu persatu. 



Inilah tiga barangan yang di tebus anak-anak dengan gift voucher bernilai RM150 dari LAZADA. Ketiga-tiganya untuk Kak Long dan Adik Ika. Berjam juga lah mereka membuat pilihan kerana ketika itu, sedang berlangsung jualan diskaun LAZADA. Adik Ika memilih  make-up palette jenama Sleek, Kak Long pula memilih set cadar dan quill bersama sebuah sling beg.




Sleek Makeup Palette kiriman pertama yang ana terima untuk Adik Ika. Alhamdulillah ia sampai dengan selamat ke tangan kami. Sedih juga bila melihat status seorang rakan blogger ana yang menerima bedak compact yang telah pecah. Mungkin kecuaian di mana-mana pihak tak dapat di pastikan. Memang boleh membuat tuntutan ganti rugi tapi semua tu makan masa kan. Bila Adik Ika balik bercuti Tahun Baru ni, bukan main suka dapat produk yang di idamkan nya. Bukan main sekarang ni, suka sangat shopping makeup. Bila nak makeup nya tak tahu lah. Produk ini, Adik Ika beli pada harga Rm69.90 dan free shipping.




Ini pula set cadar dua bantal, alas tilam dan sehelai quill comforter yang di terima. Sebenarnya Kak Long agak tidak berpuas hati kerana bukan design corak dan warna ini yang di order. Kak Long order set cadar berwarna pink, warna kesukaannya namun yang di terima berwarna coklat dan bukan juga design corak yang sama. Kak Long dah complained di live chat LAZADA, dan pihak LAZADA meminta Kak Long untuk memulangkan semula untuk pertukaran. Namun akhirnya Kak Long macam malas nak pos semula dan menunggu masa yang lama untuk proses pertukaran kerana di maklumkan tiada stok yang di pesan, akhirnya Kak Long redha je lah,lagipun benda free kan, terima sahaja. Walaubagaimana pun, kualiti kain cadar ini sangat baik iaitu dari jenis kain cotton. Dan pasang dah pun di bilik tidur Kak Long.



Dan sling beg ini juga pilihan Kak Long.Ana berikan bajet RM75 seorang untuk mereka pilih , sebab kan Adik Ika dah pilih satu produk RM70 lebih kurang, Kak Long pula pilih dua barang menggenapkan bahagiannya. Beg ini memang di luar jangkaan kami lah sebenarnya. Dari segi saiz , sling beg ini agak kecil dari jangkaan. Tapi berbaloi lah dengan harganya cuma RM22 sahaja dan free postage kan.  Namun okay lah untuk kegunaan mereka jalan-jalan nanti. 

Apapun, ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak LAZADA kerana telah beberapa kali menjalin kolaborasi dengan blog ana, malahan kali ini, di rezekikan Nya pula menang contest. Kepada blogger semua, rajin-rajin lah join contest kalau ada kelapangan kan, mana tahu tuah rezeki menyebelahi kita. All the best untuk semua sempena kedatangan tahun baru 2018 ini. 

10 Comments

  1. Assalamualaikum Dan selamat tahun baru :)

    Alhamdulillah tahniah ana

    Semoga makin sukses berblogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslaam IZ, Alhamdulillah rezeki anak-anak :)

      Delete
  2. Tahniah kak ana.. Lawa beg tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Sha, beg tu saiznya kecil juga tau.. bukan besar sangat :) tapi benda free kan, terima sahaja lah :)

      Delete
  3. beg tu saya ada beli untuk mak & adik ipar masa kolaborasi dengan website mana ke dulu..beg dia comey je..btw tahniah k.ana..kita sama2 menang tempat ke-2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Fiez, saiz dia kecik je, Tahniah juga buat Fiez ya :)

      Delete