Sabun Herba SUZY HONEY HERBS Khasiat Rawatan Herba Masa Kini

Arwah opah ana merupakan seorang bidan kampung yang banyak berkongsi ilmu perubatan herba dalam kehidupan seharian. Kemudian mak ana juga sangat akrab dengan tumbuhan herba di mana di keliling rumah kami di kampung, banyak di tanam pokok-pokok herba untuk tujuan rawatan alternatif merawat pelbagai jenis permasaalahan ringan pada keluarga. Zaman berzaman, tumbuhan herba merupakan antara pilihan yang ada untk generasi masa silam merawat pelbagai masalah kesihatan. Dari anak dara hingga lah ke rawatan selepas bersalin, tak lari dari di ceritakan dan di ajar tentang khasiat khazanah alam agar di manfaat kan untuk kesihatan manusia.

Antara yang amat sinonim dalam khasiat tumbuhan herba yang ana ketahui ialah daun sireh dan daun gelenggang. Inilah antara tumbuhan herba yang di gunakan oleh arwah opah dan mak yang kemudian di ajar kepada ana untuk menggunakannya khususnya untuk permasaalahan kulit dan rawatan dalaman wanita secara tradisional. Malahan tak keterlaluan ana katakan ia amat berkesan pada kami sekeluarga. Dan ana rasa, ia perlu di kongsikan buat pengetahuan umum tentang khasiat tumbuhan herba ini.



Sabun Herba Suzy Honey Herbs



Cuma kini, ia di datangkan dalam bentuk yang ready-made atau sedia ada untuk memudahkan penggunaannya di zaman moden yang serba kekurangan untuk mendapatkan khasiat daun sireh dan gelenggang ini secara semulajadi. Ruang tanah yang terhad malahan kekangan masa menyukarkan kita untuk memperolehinya secara alami. Tapi jangan bimbang kerana Suzy Honey Herbs menyediakan pelbagai sabun, syampu dan perapi malahan set rawatan bersalin dan jamu herba untuk kegunaan wanita masa kini.

Dua daripada rangkaian sabun herba Suzy Honey yang telah ana gunakan sendiri baru-baru ini ialah Sabun Gelenggang dan Sabun Sireh. Kedua-duanya amat serasi pada ana selepas menggunakannya hampir dua minggu. Ana pasti ramai antara kita khasnya ibu-ibu sedia maklum akan khasiat daun sireh dan daun gelenggang dalam rawatan herba untuk masalah kegatalan kulit seperti panau dan anti bakteria. Pokok sireh memang ana tanam di halaman belakang rumah untuk kegunaan sendiri cuma pokok gelenggang sahaja agak payah untuk di temui sekarang. Hanya di kampung-kampung sahaja masih banyak tumbuh meliar . 



Sabun Gelenggang Suzy Honey Herbs 


Daun gelenggang memang baik untuk merawat panau dan kurab secara semulajadi. Ana pernah melihat sendiri mak, ambil sehelai daun gelenggang dan gesek-gesekkan di tapak tangan, kemudian mak sapukan pada belakang abah yang terkena panau suatu masa dahulu. Lama dah ni, masa ana masih tinggal dengan mak abah dahulu di kampung. Mak kata petua untuk hilangkan panau di badan.

Dan dua minggu lepas selepas ana menerima Sabun Gelenggang Suzy Honey Herbs ni, ana teringat akan keberkesanan daun gelenggang pada kulit abah. Ana buka bungkusan Sabun Gelenggang Suzy Honey Herbs dan ia mengandungi cebisan-cebisan daun gelenggang di dalam buku sabunnya. Memang tak berbau kerana daun gelenggang ini sendiri pun tanpa bau yang spesifik, tau... 




Jadi Sabun Gelenggang Suzy Honey Herbs ini memang lah tanpa bau wangi ye, kerana ia di hasilkan secara homemade dari khasiat gelenggang itu sendiri. Kalau wangi tu dah tentu ada penambahan bahan yang mengganggu khasiat semulajadi tumbuhan herba ini. Ana gunakannnya sebagai mandian harian selama hampir dua minggu ini. Dan kesan paling ketara pada badan ialah melegakan kegatalan pada bahagian tubuh khasnya bawah lengan kerana sebelum ini, bawah lengan ana terkena alahan penggunaan deodoran yang tak serasi dengan jenis kulit ana. ia jadi gatal-gatal dan kering. Ana sabun dengan Sabun Gelenggang Suzy Honey Herbs dan biarkan seketika, ada rasa pedih sedikit pada bahagian yang alergik tersebut dan selepas di bilas dan di keringkan, rasa gatal hilang dan melegakan, Alhamdulillah. 




Ermm...cuba korang tengok kan ada cebisan daun-daun gelenggang pada sebuku Sabun Gelenggang Suzy Honey Herbs ni. Ana gosokkannya dahulu pada tapak tangan dan ratakan pada bahagian tubuh yang ingin di rawat dan biarkan seketika sebelum membilasnya untuk kesan yang lebih efektif. Sabun ini berbuih dan tanpa pewarna dan bau untuk mengekalkan keaslian khasiat herbanya. 

Menurut sumber (FB Suzy Honey Herbs), Sabun Gelenggang Suzy Honey Herbs di formulakan dengan Daun Pokok Gelenggang / Daun Senna yang secara semulajadi terkenal sebagai herba yang mujarab untuk segala jenis penyakit kulit dan sebagai perubatan merawat kulit secara tradisonal sejak zaman nenek moyang lagi. 

Sumber : Suzy Honey Herbs FB

Kandungan di setiap buku Sabun Gelenggang Suzy Honey Herbs ialah : 

- Vege Glycerin 
- Senna Leaf 
- Virgin Coconut Oil 
- Jojoba oil 
- Vit. E Oil 
- Argan Oil 
- Litsea Cubeba Essential Oil

Berkhasiat untuk :
- Anti Bakteria
- Menghilangkan bau badan
- Ruam
- Panau
- Sakit Kulit
- Resdung, Jerawat dan Parut.
- Menanggalkan Daki
- Gatal-Gatal Kulit
- Eczema

Sabun Sireh Suzy Honey Herbs 




Sabun herba kedua yang ana cuba ialah Sabun Sireh Suzy Honey Herbs. Serius bila di buka sahaja bungkusan sabun hijau muda ni, bau daun sireh menerpa ke seluruh bilik. Daun sireh memanglah ada bauannya yang tersendiri, bukan. Ana amat sinonim dengan pokok sireh ni kerana ana ada menanamnya untuk kegunaan sendiri di halaman belakang rumah. Korang boleh baca sendiri di terbitan entri-entri sebelumnya malahan pernah terbit di Harian Metro kisah hobi menanam herba ana tahun lepas. Eh, cop!! Bukan nak cerita pokok sireh ana pula di sini, tetapi ana nak kongsikan pengalaman ana sendiri dengan Sabun Sireh Suzy Honey Herbs ni. 

Bila di gunakan pada badan, ia memberi kan satu kesegaran selepas mandi. Ana suka sangat dengan satu aura segar dari aroma dan khasiat daun sireh ini. Cukup menyegarkan dan korang kena alaminya sendiri baru tahu bagaimana bestnya. Daun sireh umum tahu akan khasiatnya dalam penjagaan kita wanita khasnya. Dan kini korang boleh mendapatkan manfaat khasiat daun sireh tanpa perlu ada pokok sireh tetapi cukup sekadar mendapatkan homemade Sabun Sireh Suzy Honey ni sahaja. Mudah dan telah tersedia.

Dari sumber FB Suzy Honey Herbs menyatakan , Sabun Sireh Suzy Honey Herbs di hasilkan 100% dari daun sireh asli dan berkhasiat dalam membantu merawat :

* Menghilangkan bau badan dan bahagian keintiman wanita.
* Menegangkan otot Vagina
* Merawat keputihan.
* Merawat masalah jerawat badan.
* Menegang dan melicinkan kulit badan.
* Bertindak sebagai antiseptik mematikan kuman.
* Menghilangkan gatal -gatal kulit.


Rangkaian Sabun Herba Suzy Honey 




Jangan tak tahu, selain daripada dua jenis sabun herba yang ana gunakan di atas, Suzy Honey Herbs juga menawarkan beberapa jenis sabun herba yang sesuai untuk pelbagai permasaalahan ringan pada kulit. Antaranya ialah Sabun Neem atau Daun Semambu, Sabun Kunyit, Sabun Kopi Skrup, Sabun Mewangi Suzy Honey, Sabun Aura Suzy Honey dan  Sabun Daun Bidara . Suzy Honey juga mengeluarkan Syampu dan Perapi Herba untuk rawatan rambut dan juga set herba selepas bersalin yang sangat bagus untuk wanita di luar sana yang ingin menjalani tempoh berpantang secara tradisional. 

Sabun-sabun herba Suzy Honey Herbs berharga RM 18 sahaja setiap buku kecuali Sabun Aura dan Sabun Mewangi yang berharga RM 25 dan boleh di dapati dengan menghubungi mana-mana laman sosial Suzy Honey yang ana berikan di bawah ini : 


Laman web : www.suzyhoney.com




Untuk yang berminat menjadi dropship dan agent juga amat di alu-alukan dengan menghubungi ADMIN dari mana-mana pautan di atas. 




~ Review di atas adalah dari pengalaman penulis sendiri 
selepas menggunakan produk Suzy Honey Herbs. 
Perlu di ingatkan jenis kulit dan kesan pada setiap individu adalah berbeza 
di antara satu sama lain.
 Ia mungkin sesuai untuk penulis dan 
tidak serasi pada individu lain.~ 
Sabun Herba SUZY HONEY HERBS Khasiat Rawatan Herba Masa Kini Sabun Herba SUZY HONEY HERBS Khasiat Rawatan Herba Masa Kini Reviewed by Ana Jingga on January 30, 2018 Rating: 5

27 comments:

  1. Menarik ni sabun herba ni..zaman sekarang terlalu banyak product yg tudak diyakini sumbernya..contohnya ada kandungan bahan kimia yg membahayakan pengguna..so better back to nature..pilih sabun herba mengikut kesesuaian..thanks kak ana atas perkongsian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu SA, rawatan herba ni dah lama di amalkan khasnya generasi mak-mak kita dahulu kala, jadi dah lama terbukti keberkesanannya.

      Delete
  2. Sabun sireh tu mesti wangikan kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wangi sireh asli Sha, segar sangat, kak ana suka bau-bau herba alam ni :)

      Delete
  3. Sabun macam nie sesuai untuk mereka yang ada penyakit kulit juga kan.sebab tanpa kandungan yang terlarang.semuanya dari bahan semulajadi kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. In SHaa Allah PB, sekiranya serasi dengan jenis kulit kita dapat membantu merawat permasaalahannya

      Delete
  4. best guna. mmg sabun sireh tu bau sdp jee.

    aroma tu lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aroma herba ni lain Yui kesegarannya :)

      Delete
  5. Bagus ni, Zumal rasa gatal2 pun hilang dengan sabun Suzy Honey Herbs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, serasi dengan Zumal nampaknya

      Delete
  6. macam nak cubalah yang sireh tu...mana tau berkesan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je CT , cuba hubungi mana-mana socmed yang kak ana berikan di atas ye :)

      Delete
  7. Bagus .payah nak dpt sabun mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang mudah sahaja nak mencubanya SH, boleh PM/DM dari mana-mana pautan yang AJ berikan di atas, klik sahaja kay :)

      Delete
  8. Hai, untuk dapatkan product-product SuzyHoneyHerbs atau free consultation boleh Whatsapp saya. EINA, STOKIS SUZYHONEY KL - 013-9458191

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK Eina, noted :) Semoga ada yang mendapat manfaat dr perkongsian pengalaman AJ :)

      Delete
  9. bgusnya, klau daun sireh ada dekat rumah..senang tumbuh, tapi gelenggang tu?
    ha, nak sebut pun susah..mmg susah nak dapat kan..alang2 dah ada produk mcm ni, sgtlah membntu kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelenggang ni agak sukar nak di temui kini Tim, kak ana pun dah lama tak nampak pokoknya di kampung sekali, mudah bila adanya produk sabun gelenggang dari Suzy Honey ni, order sahaja dan dapat manfaat khasiatnya, in shaa allah

      Delete
  10. Menarik nya kak AJ sabun gelenggang dan juga sabun sireh ni. Berminat nak mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sahaja Marsha mencuba khasiat dari tumbuhan herba yang di modenkan formulasinya untuk memudahkan :)

      Delete
  11. Hai Hai hai Ana, memang terbaik review Ana sebagai penguna. Memang betul badan daun gelenggang tiada bau tertentu cuma jelas kelihatan sepirhan daun gelenggang dan sabun sireh dengan aroma sireh asli. Alhamdulillah. Banyak testimonial berkesan rawat pelbagai sakit kulit.

    Jika ada yang berminat dapat produk natural organik SuzyHoney Herbs boleh dapat dengan Rina di Talian 0122618455

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Rina, semoga bermanfaat :)

      Delete
  12. Setuju sangat dengan penggunaan bahan semulajadi lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kalau serasi pasti menjadi ARZ :)

      Delete
  13. Banyak rupanya khasiat produk2 Suzy Honey.. Bau dia wangi2 belaka =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pelbagai produk berasaskan herba kan Yana :)

      Delete
  14. Bonde suka Syampu keluaran SuzyHoney hilang gatal kepala

    ReplyDelete

Powered by Blogger.