SET HADIAH ENCHANTEUR - HARUMAN CINTA BUAT WANITAMU

Hari lahir ... Hari Ulangtahun Perkahwinan... Hari Ibu... Hari Guru...dan pelbagai lagi tarikh-tarikh penting untuk wanita-wanita kesayangan semua yang perlu di raikan dengan penuh kasih sayang. Pasti buntu dah memikirkan , hadiah apakah yang sesuai untuk wanita istimewa di hari yang istimewa juga ? Ana ada satu idea, kalau nak beri jambangan bunga, itu dah cliche sangat kan..lagipun pada ana itu satu pembaziran juga kerana harga untuk satu jambangan bunga segar mencecah ratusan ringgit, tapi tak tahan lama pun untuk di simpan, malah tak boleh di gunakan juga. Selepas layu,pasti akan terbuang akhirnya. 

Apa kata kita gantikannya dengan set haruman..Seharum kuntuman bunga yang mekar mewangi, ia juga lebih murah dan yang penting boleh di gunakan pada bila-bila masa. Dengan bekas isian yang sangat cantik , ia juga pasti akan di simpan selamanya sebagai tanda ingatan berpanjangan. Set wangian apa kah yang paling sesuai..... Ana cadangkan pada semua iaitu Gift Box dari Enchanteur Paris yang direka khas dengan penuh kecintaan.



Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan


Bayangkan betapa gembiranya si dia bila tiba-tiba di kejutkan dengan sekotak hadiah Set Haruman dari ENCHANTEUR ini... Siapa tak suka kan ? Ia pasti menjadi satu kejutan yang terindah buat mereka. Lazimnya kaum Adam ni, memang susah nak fikirkan hadiah yang sesuai untuk wanita mereka, nak fikir bungkusannya lagi...Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.



Contoh lah kan, kita dalam kereta dalam perjalanan ke satu destinasi, kemudian suami letakkan satu set hadiah cantik dari ENCHANTEUR ni di depan mata, dengan selamba je dia cakap, " Surprise!!! Tadaaa!! " . Mesti kita suka kan... By the way itu style suami ana lah jenis sempoi habis punya.. tapi itulah yang istimewanya dia kerana dia adalah dengan cara dan gaya dia dan tak pernah nak jadi orang lain, hihi 😉😉 Lain orang lain caranya.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. ENCHANTEUR berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.

Set Hadiah yang ana terima ini ialah salah satu dari 5 Gift Set terbaharu dari ENCHANTEUR di pasaran sekarang.

1. SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)

Ana menerima satu set hadiah EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE )


Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu.



Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben.



Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.

2. SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)




Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja.  

3. SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE



Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. 

Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara. 

4. SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)

Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama/pasaraya di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.




5. SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)


Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit/pasaraya utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA

Harga set hadiah ENCHANTEUR Paris 


Dah dapat idea menarik kan, pasti nak tahu berapa kah harga untuk setiap set hadiah ENCHANTEUR Paris ni ? ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak. Berbaloi kan dari sejambangan bunga segar haha 😊😊




SET HADIAH ENCHANTEUR - HARUMAN CINTA BUAT WANITAMU SET HADIAH ENCHANTEUR - HARUMAN CINTA BUAT WANITAMU Reviewed by Ana Jingga on January 22, 2018 Rating: 5

12 comments:

  1. yes..Wangian Enchanteur ni memang wangi kak ana...Kita dah guna sejak zaman sekolah menengah lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ,dah lama kan jenama Enchanteur berada di pasaran

      Delete
  2. Kita jatuh hati dgn enchanteur dr dlu lg.. Skrg lg la runtuh hati ini..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jatuh luruh sampai runtuh terus ye Wawa :)

      Delete
  3. suka sangat dengan enchanteur ni, bau wangi

    ReplyDelete
  4. Harum haruman memang elok lah di jadikan hadiah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.