Segala puji bagi Allah swt, tahun 2017 yang baru sahaja berlalu meninggalkan begitu banyak kenangan manis dan kejayaan buat diri ana secara personal dan juga pencapaian dalam penulisan blog di blog picisan www.anajingga.com. Antaranya pencapaian peribadi adalah kedua-dua puteri berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana Kak Long telahpun graduate peringkat Diploma dan kini sambung belajar peringkat Ijazah , dan Adik Ika selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dengan 8 A meneruskan pengajiana di Kolej Matrikulasi selama setahun. Syukur yang tak terhingga.

Dalam dunia penulisan blog pula, antara yang paling ana syukuri ialah nikmat Allah swt memberi ilham untuk terus menulis dan berkongsi manfaat sesama insan lain. Helaian-helaian entri sepanjang tahun dan mudah di capai di carian dengan di hujani pelbagai komen pertanyaan dari pelusuk negara atas pelbagai perkongsian yang di terbitkan. Mudah-mudahan ia menjadi saham akhirat buat ana, atas segala manfaat buat insan di luar sana. 2017 juga ana muncul di terbitan majalah digital Famehits dan di akhbar Harian Metro yang mana di hubungi wartawan melalui penulisan di blog. Satu kenangan terindah buat ana di usia yang kian hari kian meningkat. Tak terhenti di situ, sepanjang 2017, rezeki dari blog juga tak pernah putus dalam bentuk wang ringgit, hadiah dan produk-produk malahan berkolaborasi dengan jenama serta laman web terkemuka tanahair. Alhamdulillah.




Semalam... 4hb Januari 2018, ternampak posting dari sifu blogger tanahair saudara Hasrul Hassan mengenai entri terbaharu beliau 100 Blog Pilihan 2017 dan tergerak hati nak klik di pautan yang di berikan. Fuhh!! Tak sangka.. sekali lagi untuk kedua kalinya , Hasrulhassan.com , blog yang amat kukuh dengan teknik seo serta top carian di mana-mana SE meletakkan blog ana di dalam senarai 100 Blog Pilihan beliau untuk tahun 2017. Mau tak bangga!! Senyum sampai telinga kata orang 😊😊😊



Terima kasih tuan Hasrul Hassan atau lebih mesra dengan panggilan HH di kalangan blogger tanahair. Kalau ada blogger yang terlepas pandang, korang boleh sahaja ke SINI dan semak mana tahu tersenarai juga dalam 100 Blog Pilihan beliau untuk 2017 . Ana tak pasti pemilihan berdasarkan kreatiria apa namun yang pasti, untuk berada di senarai beliau sebagai seorang yang pakar dalam penulisan dan teknik blogging malahan di sana lah ana menggali ilmu-ilmu seo dan tips blogging dari awal penglibatan ana menulis, adalah satu penghormatan yang besar bagi ana. Terima kasih sifu !!

Untuk newbie yang baru berjinak serta berminat untuk belajar pelbagai ilmu dan teknik seo dalam berblog, rajin-rajinlah selongkar di www.hasrulhassan.com . Banyak perkongsian yang di terbitkan malahan secara percuma sahaja untuk korang memahami dan mempraktikkan nya dalam penulisan blog kerana ana sendiri belajar sendirian dari situ sehinggakan kebanyakan terbitan entri berada di muka pertama carian, Alhamdulillah. Apa sahaja yang korang lakukan perlu ada minat dan jangan lupa untuk belajar kerana di era masa kini tak banyak peluang dan ruang untuk menuntut ilmu secara percuma. Waallahu a'lam. 


30 Comments

  1. Replies
    1. terima kasih PC, Perdu Cinta juga antara penulis blog yang terbaik.. cuba masuk ke dalam komuniti blogger PC, boleh kembangkan networking, In Shaa Allah

      Delete
  2. Alhamdulillah rezeki Allah bagi Ana

    Semoga semakin sukses kan lepas ni

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah k.ana..syukur anak2 berjaya di dalam pelajaran..dh la comel dedua tu..hihih

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..Tahniah kak Ana.. semoga akak teruskan perjuangan dalam dunia blogging..😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih Shikin selagi termampu In Shaa Allah

      Delete
  5. tahniah kak ana tersenarai ;)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mai, ramai juga yang tersenarai kan

      Delete
  6. Tahniah Kak AJ...u deserved it ❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih marsha, semua pun layak asalkan aktif menulis sepanjang tahun ,In shaa Allah

      Delete
  7. Alhamdulillah...tahniah kak ana..eh..blog SA pun ada laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Tahniah buat SA juga sebuah lagi blog hebat sepanjang tahun

      Delete
  8. Tahniah Akak Ana... Moga terus istiqomah berblog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Bonde, In shaa Allah selagi terdaya dan diizinkanNya jua

      Delete