Tiada lagi yang hadir menemani mama

by - Sunday, January 07, 2018

Di penghujung tahun 2017 sehingga lah hari ini, awal tahun 2018... rumah ini tiada lagi tetamu-tetamu istimewa yang singgah makan dan minum, tumpang berteduh dari panas dan hujan malah peneman ana di kala keseorangan. Sayu dan sedih di lubuk hati hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui. Satu demi satu, anak-anak kucing yang kami sayang, yang kami beri perlindungan mesti pun tidak bermalam di dalam rumah, namun di siang hari menjadi teman ana untuk berbicara dan paling setia mendengar bebelan seorang ibu , namun semuanya sudah tiada lagi. 



Pelbagai kisah coretan kenangan mereka lakarkan dan menjadi kenang-kenangan kami sekeluarga. Bermula dengan Jingga, Bunga, Tam Cik, Mama, Papapipipupu, Jonas, Spenda dan akhir sekali Mak Tam meninggalkan kami pergi tak kembali lagi. Sedih sangat kerana Mak Tam hilang tanpa di kesan. Terakhir ana bersama nya bila ana rasakan di dah beranak entah kali ke berapa dan kemudian jatuh sakit. Anaknya tak ana temui, kerana paling tidak pun selepas dua minggu bersalin, pasti Mak Tam akan bawa balik ke belakang dapur rumah ni. Tapi kali ini, Mak Tam balik sendiri tanpa anak-anaknya, namun dia kian hari kian lemah.



Sama seperti Spenda dan Jonas, dia mula tak selera makan, selsema yang teruk dan batuk-batuk. Ana terdaya juga mencuci selsema nya beberapa hari sebelum dia kian parah kerana cirit birit dan dijangkiti cacing sehingga lubang najis berulat. Ana basuhkan juga dengan jirusan air bersih, berikan makanan kering dan basah namun selang beberapa hari, Mak Tam tak kelihatan lagi datang ke rumah. 



Hati mula berasa sesuatu, dan dari pengalaman-pengalaman yang lalu, ada ketikanya kucing-kucing ini bila saat untuk pergi meninggalkan kita selamanya, mereka menjauhkan diri dari kita. Hanya Allah swt sahaja Yang MengetahuiNya. Dan sehinggalah ke saat ini, Mak Tam tidak kembali lagi.




Bila ana merenung ke bekas air minuman yang sentiasa ana isi di ruang belakang rumah, kini tidak berusik lagi. Taburan makanan kering juga tidak berjamah lagi. Sedihnya rasa, tiada lagi pahala buat ana atas kasih sayang pada anak-anak bulus yang selalunya singgah makan dan minum datang dan pergi.


Tak apalah, mungkin esok lusa akan muncul anak-anak bulus lain yang bakal menemani hari-hari ana di rumah ketika keseorangan. Sehingga detik itu, ana pendamkan sahaja kerinduan yang tak bertepi dan abadikan gambar-gambar kenangan mereka yang pernah hadir menjadi peneman, penghibur hati mama dan kakak-kakak. Mama sayang sangat semua kamu-kamu anak-anak bulus walaupun kini yang tinggal hanyalah kenangan terindah.













You May Also Like

4 comments

  1. Sayukan kak..bila dah kita anggap keluarga sendiri..kematian dan kehilangannya kita rasai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh PC, sebak je bila kak ana sendirian rindu sangat pada budak-budak yang selalu jadi teman kak ana selama ni, silih berganti datang dan pergi.

      Delete
  2. Orang yang sayang biatang memang akan murah rezeki

    Insyaallah akan datang lagi si bulus lain sebagai pengganti

    ReplyDelete