Gulai Udang Galah Masak Lemak Tempoyak

Udang galah !! Jeng..jeng..jeng!! Mahal tu.. tapi rezeki kata orang tak pernah salah alamat kan.. Dua hari lepas, rezeki kami sekeluarga nak makan udang galah dari jiran ana, Man dan Ida. Ida memberi sebekas udang galah segar-segar pada ana petang tu. Memang rezeki sangat nak makannya sebab musim perayaan Tahun Baru Cina yang kian hampir ni, harga udang galah memang menggalah tingginya. Kalau di Teluk Intan tu, kami sering kali merasa makan udang galah ni kerana besan mak abah selalu hantar ke rumah. Pak Ya menahan bubu di sungai Perak dan udang galah selepas di jual pada peraih , ada lah habuan kami sekali sekala. 




Kebetulan pula, ana baharu sahaja membeli sebekas tempoyak di pasar malam. BTP. Sebekas tu berharga RM10 dan Alhamdulillah, pada ana sangat berbaloi di era harga minyak ikut minggu ni. Kalau dahulu, boleh lah dapat dalam RM5 tapi sekarang ni, kebanyakan barang di jual pukul rata penggenapan kepada RM10. Berbaloi kerana tempoyak ni tempoyak baru, tak masam sangat, masih ada rasa durian dan tak ada campuran pisang dan sebagainya. Bagaimana nak tahu kalau tempoyak tu ada di campur pisang ? Mudah sahaja lihat pada warna nya, kalau ada campuran pisang ia ada warna kehitaman sedikit dalam isi tempoyak tu. Tapi ye lah..sekarang pisang pun dah mahal, nak campur pun fikir dua kali gak kan hihi 😊😊


Cara masak Gulai Udang Galah Masak Lemak Tempoyak


Okay dah cukup membebel, meh ana nak kongsikan masakan udang galah masak lemak tempoyak, style orang Perak pure ni, macam selalu versi resepi dari mak ana lah kan, pakar masak nombor satu dalam dunia di hati kami, anak-anaknya.. 




Bahan-bahan masak Gulai Udang Galah Masak Lemak Tempoyak:

Mestilah kena ada udang galah, tapi kan kalau tak ada udang apa pun boleh je..
Tempoyak 
Bawang merah
Cili api
Serbuk kunyit atau kunyit hidup
Santan pekat
Garam 
Timun untuk tambahan pada masakan 



1. Cara memasak gulai tempoyak udang galah ni mudah sangat lah. Cuma ia memerlukan kesabaran sedikit . Mula-mula mestilah kena bersihkan udang galah ni dengan membuang hujung kepalanya dan juga janggut-janggutnya sekali. Kalau tak bersirat dalam kuah gulai korang nanti. Buang juga bucu ekornya dan ridip pada perutnya tu. Tak perlu buang kulit tau.

2. Bawang merah dan cili api di tumbuk lumat. Masukkan serbuk kunyit dan gaul sebati di dalam periuk. Tuangkan santan pekat, masukkan dua sudu tempoyak atau ikut pada nisbah masakan jumlah udang dan kuah yang di ingini. Gaulkan sebati terlebih dahulu, baru nyala kan api. 


3. Timun di buang empulur tengahnya dan di potong besar-besar. Masukkan ke dalam kuah dan terus kan mengacau agar santan tidak pecah minyak. Tetapi kepekatan santan dan campuran tempoyak ni akan memekatkan kuah dan menjadikannya satu menu yang teramat lah sedap pada selera kami sekeluarga.



4. Disini lah yang ana maksudkan perlukan kesabaran untuk mengacaunya terus di atas api perlahan. Selepas mendidih sekali, barulah masukkan udang galah dan teruskan mengacau sehingga masak mendidih sepenuhnya. Rasa kan dengan garam secukup rasa, dan siap!!




Maka nikmat Tuhanmu yang mana kah yang engkau dustai...segala nikmat yang diberikanNya kepada kita secara percuma di atas muka bumi ini, harus kita syukuri sentiasa. Alhamdulillah.. rezeki kami menikmati sajian udang galah masak lemak tempoyak .
Gulai Udang Galah Masak Lemak Tempoyak Gulai Udang Galah Masak Lemak Tempoyak Reviewed by Ana Jingga on February 09, 2018 Rating: 5

4 comments:

  1. Balik Seremban minggu ni SA nak cari la udang galah..nak buat masak lemak cili padi..tak bleh tahan tengok lauk kak ana

    ReplyDelete
  2. perghhhh
    terliur tengok udang besar2 gedabak tu

    ReplyDelete
  3. Sedapnye.
    Tapi tak minat tempoyak.

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaa kak Ana, udang pun besar besar. Puas hati makan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.