Resepi Kari Dalca Mudah

Kelmarin Adik Ika bagitau ada ibu kawan dia bawakan makanan nasi kandar siap makan dalam daun pisang lagi. Sedap sangat katanya sebab itulah kali pertama dia makan dalam daun pisang. Adik Ika hantar gambar kat group whatsapp bukan main mengancam, terliur pula ana melihatnya. Semalam, hari Khamis, ana puasa sunat, pergi kedai cepat-cepat beli kacang dal, hajat tu nak masak kari dalca la juga, mengidam pula rasanya lepas tengok Adik Ika makan tu. Ana beli ayam, lobak, ubi kentang dan cendawan. Mula-mula ambil terung, tapi bila timbang sebiji terung panjang tak berapa besar mana pun , berharga RM2 . Tak jadi nak ambil, ana gantikan dengan cendawan tiram. Jadilah kari dalca cendawan gitu.

Ana nak kongsikan juga di sini resepi dan cara masak kari dalca versi yang di ajar oleh mak ana. Lain orang lain lah cara dan bahannya kan. Ana ni suka derhaka pada resepi, ikut dan je nak buh bahan apa pun, janji sedap dan kenyang, syukur Alhamdulillah. 




Resepi Dalca Sayur dan Ayam 


Bahan-bahan masak dalca :

Kacang Dal ( rendam beberapa jam sebelum merebusnya hingga empuk )
Bawang Merah 
Bawang Putih
Rempah kari daging
Sedikit air asam jawa
Serbuk Cili ( untuk menambah rasa pedas dan warna dalam kari dal, tak ada pun tak apa )
Santan
Daun kari
Bunga lawang dan kayu manis
Ubi kentang
Lobak merak
Ayam ( boleh juga gantikan dengan daging atau ikan bilis sahaja sebagai perencah)
Sayur-sayuran ikut pilihan masing-masing, ana masukkan cendawan tiram dan cili muda sahaja.





Cara masak kari dalca :

1. Kacang dal di rendam dan di rebus hingga empuk. Kecilkan api kerana nanti ia akan membuak bila menggelegak.


kacang dal


2. Tumbuk lumat, bawang merah, bawang putih dan campurkan ke dalam bancuhan rempah kari daging dengan sedikit air asam jawa.

3. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari, bunga lawang dan kayu manis.

4. Masukkan bancuhan rempah tadi dan biar sehingga pecah minyak seketika.Masukkan serbuk cili.Gaul sebati.

5. Masukkan isi ayam atau bahan perencah yang kita gunakan, gaul sebati dan masukkan kentang yang di potong kecil.




6. Bila dah separuh masak, barulah masukkan santan dan sayuran mengikut mana yang lambat empuk. Ini supaya tak lah hancur nanti sayur-sayuran yang kita masak kan nanti. Rasa kan dengan garam secukup rasa. Dah siap satu menu kari dalca mudah versi anajingga dot com :)


Resepi Kari Dalca Mudah Resepi Kari Dalca Mudah Reviewed by Ana Jingga on February 02, 2018 Rating: 5

2 comments:

  1. Sedapnya...cicah roti canai segera atau roti buku pun sedap ni kak..nanti SA nak cuba buat la mana tau datang selera nak makan

    ReplyDelete
  2. Sedap ni, Nani suka makan aje. Tak pernah try lagi masak sendiri. Heheh.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.