Roti Cicah Kari Ayam

Siapa pernah makan roti cicah kari ayam ? Sedap kan... bukan setakad roti, kalau rajin buat lempeng atau cucur kelapa cicah kari ayam atau ikan ni pun lumayan rasanya. Dalam era makan pun mahal sekarang ni, kena kreatif untuk meneruskan kesinambungan kehidupan. Nak-nak lagi kita yang tinggal di bandar ni, duit dah bagaikan air mengalir deras dari poket. Mana tak nya, keluar kerja kena pastikan TnG di reload sentiasa, setiap Rabu pula debaran untuk bekalan minyak kereta seminggu bertambah atau berkurangkah bajetnya, dan paling terkesan harga runcit makanan mentah yang kadang kala di luar kemampuan dah nak menikmatinya ... Allahu..merungut lagi, namun tak siapa yang peduli pun, pandai-pandai lah kita nak hidup kan.. 




Bila ana bercerita kisah kegawatan ekonomi ni bukan lah sampai nak catu makanan, cuma kita pelbagai kan dan recycle semula menjadikan nya satu menu baharu yang boleh di nikmati buat kali kedua, Contohnya, ana masak kari ayam untuk menu tengahari sajian keluarga, ada lebihan di waktu malamnya pula, kari ayam yang sama kita makan pula dengan roti macam dalam foto di atas tu. Kan dah jadi satu penjimatan dan tidak berlakunya pembaziran makanan yang kita masak tu. Sekadar berkongsi idea lah kan.

Bukan setakad kari, asam pedas pun boleh di pelbagaikan menikmatinya. Baru-baru ini, ana lihat di stesen TV ada menyajikan asam pedas cicah roti canai. Haa.. kalau korang masak asam pedas, tak habis simpan esoknya atau malamnya, beli roti canai segera,jadikan bahan pencicahnya, kan sedap. Eh! Memang sedap lah dah boleh bayang keenakannya walaupun ana belum berkesempatan nak mencubanya lagi. Kena pula asam pedas tetel atau sembilang..walllaaaa...

Jadi apa sahaja yang kita boleh di nikmati kita olahkan semula menjadi satu menu baharu yang mengeyangkan sekeluarga. Terpulang pada daya kreativit masing-masing. Dan bercakap mengenai roti cicah kari ni, merupakan antara menu kami membesar di kampung dahulu. Masa tu bukan roti lembut macam sekarang ni, tuu diaa, roti benggali kami panggil. Keras kekung kulit rotinya, bila mak masak kari, suka sangat kalau dapat cicah roti benggali ni. Nostalgia silam.. mengamit memori..
Roti Cicah Kari Ayam Roti Cicah Kari Ayam Reviewed by Ana Jingga on February 08, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. aduhhhhh sedapnya kak ana nampak kari tu

    ReplyDelete
  2. Memmang layan kari cicah roti ne. Tapi anak-anak miza lebih suka makna roti kosong jew lagi jimatkan

    ReplyDelete
  3. baru aje makan roti cicah kari ayam masa tahlil tadi.

    ReplyDelete
  4. Macam tau tau je ana ni, Mazni pun bawa bekal roti kari cicah ayam pagi ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.