Bulan Februari 2018 dah masuk pertengahan dah sekarang ni, bagi yang layak memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M 2018, pasti dah mengetahui tak lama lagi bakal menerima bayaran pertama untuk tahun ini. Selepas mengemaskini data permohon, mulai 19hb Februari 2018, pemohon boleh menyemak status sama ada permohonan berjaya LULUS atau GAGAL. Bagi yang lulus, tunggu sahaja bayaran akan di masukkan ke akaun yang di daftarkan, manakala yang gagal statusnya, boleh mengemukakan rayuan permohonan.




Bagaimana cara menyemak status permohonan BR1M 2018


1. Bagi pemohon baharu yang pertama kali memohon, cara menyemak status permohonan BR1M adaah melalui secara online dengan melayari ke https://ebr1m.hasil.gov.my/ .

sumber : eBr1m



2. Pergi ke MENU dan pilih klik di MyBR1M 

3. Masukkan nombor kad pengenalan.

4. Klik pada pautan Log Masuk.

5. Jika data telah ada , soalan keselamatan akan di kemuka kan berdasarkan data yang di isi ketika permohanan. Jawab 2 soalan keselamatan dengan betul dan sekiranya tidak pasti boleh sahaja untuk menukar soalan.Setelah selesai, akan di bawa ke paparan status sama ada LULUS atau GAGAL atau juga DALAM PROSES.



Sekiranya Lulus tunggu sahaja bayaran akan di masukkan ke dalam akuan bank yang di daftarkan dan sekiranya Gagal, pemohon boleh membuat rayuan dengan membawa dokumen sokongan yang di perlukan ke mana-mana cawangan LHDN yang berdekatan. Untuk butiran lanjut dan lebih tepat, hubungi terus ke cawangan pejabat LHDN berhampiran anda atau layari sahaja ke pautan yang di berikan di atas.

Bila bayaran BR1M 2018 bakal di terima ?


Menurut perkongsian status di page FB Friends of Barisan Nasional , bayaran pertama akan mula di kreditkan ke akaun bank penerima mulai 26hb Februari 2018 secara berperingkat. Kalau rajin, cubalah check pertanyaan baki di bank masing-masing, mana tahu masuk awal pula kan :)


sumber FB page Friends of Barisan Nasional


Rujukan sumber info : https://ebr1m.hasil.gov.my/ dan FB Friends of Barisan Nasional.

0 Comments