SET HERBA GLOW GELENGGANG - Dah Tak Gatal Lagi Lah ....

Ana mempunyai dua orang anak gadis di usia remaja yang masih menuntut di IPTA. Keterbatasan masa mereka bergelut dengan study , menyiapkan tugasan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran kadang-kadang mengabaikan penjagaan diri. Mana tak nya, tinggal di kolej kediaman dan hostel, makan makanan di luar yang banyak msg dan ikut apa yang ada sahaja, tanpa menu diet yang sihat, tidur yang tak cukup pula di waktu malam. Kesannya kesihatan wajah dan diri agak terabai.

Ketika balik bercuti semester dua minggu lepas selepas final exam, muka Kak Long naik bintik-bintik merah dan setiap kali makan makanan laut macam udang, sotong dan sebagainya mula jadi gatal-gatal pada hidung. Bukan main sakan duk tonyoh hidung sampai merah. Rasanya dah mula menunjukkan tanda-tanda alahan resdung barang kali. Dan kebetulan pula, Ana di perkenalkan dengan set Glow Gelenggang yang di katakan mujarab sebagai rawatan semulajadi untuk masalah kegatalan dan alahan ni. Tak salah mencuba, jadi ana beri kepada Kak Long menggunakannya selama dua minggu ni. 





Glow Gelenggang

Inilah dia set rawatan alternatif menggunakan bahan herba khasnya khasiat daun gelenggang yang di formulasikan menjadi sabun dan juga minyak herba, Glow Gelenggang . Kalau orang dulu-dulu memang tahu dan kenal sangat khasiat daun gelenggang ni sebagai penawar gatal-gatal pada tubuh badan, khasnya masalah kurab dan panau. Mereka akan mengambil beberapa helai daun gelenggang dan gesel-geselkan di telapak tangan dan sapukan pada bahagian tubuh yang berpanau, dan In Shaa Allah boleh di jadikan sebagai kaedah rawatan tradisional silam. 

Kerana itulah, ana mencubanya pada Kak Long mana tahu dapat mengurangkan masalah alahan resdung yang di alaminya dan mudah-mudahan tidak menjadi semakin serius kerana tak lama lagi, dia akan menyambung pengajian di semester dua. Bila tinggal berjauhan nanti payah untuk ana memantau kesihatan nya, jadi sementara cuti ni lah ana nak pastikan dia dapat memulihkan kesihatan fizikalnya yang mengalami alahan.

Sabun Herba Organik Glow Gelenggang





Mula-mula ana menerima parcel dari Glow Gelenggang ni, yang amat menarik perhatian ana ialah haruman dari set sabun dan minyak herba ini yang unik dari mana-mana produk herba lain iaitu ada haruman vanilla yang lembut sangat. Unik lah kan, sebab lazimnya bila sebut produk herba ni bau minyak angin je lah yang agak tidak menyenangkan. Tapi berlainan dengan Glow Gelenggang . Teruja nak buka dan bila di buka pula kotak sabun herba organik Glow Gelenggang , Kak Long dah excited nak guna kerana sabun herba Glow Gelenggang ni sangat cantik penghasilannya dalam tiga lapisan dengan bentuk 'love' berwarna pink di tengah-tengahnya. 








Selama dua minggu lepas, Kak Long membasuh wajahnya dengan sabun herba Glow Gelenggang dan ianya sama seperti kita menggunakan skrub pada wajah kerana ada tekstur-tekstur halus yang membersihkan dan meninggalkan rasa nyaman dan segar selepas penggunaannya. Keringkan wajah dan bolehlah bersiap seperti biasa dengan asas penjagaan wajah dan solekan. 




Kandungan herba di dalam sabun Glow Gelenggang ni seperti yang tercatat pada kotak adalah herba Gelenggang, Habbatus Sauda, Susu Kambing, Minyak Argan, Minyak Zaitun dan Menthol. Basahkan tangan dan gosokkan sehingga berbuih sabun Glow Gelenggang dan ratakan pada wajah atau tubuh badan yang mengalami kegatalan. Bilas dengan air bersih dan keringkan. Gunakan dua kali sehari, In Shaa Allah akan terasa kesannya yang menyegarkan dan menyamankan.

FB Glow Gelenggang 

Minyak Herba Glow Gelenggang




Untuk melengkapkan kaedah rawatan alahan resdung pada Kak Long, ana di syorkan menggunakan Minyak Herba Glow Gelenggang selepas membersihkan wajahnya dengan sabun herba tadi. Mula-mula Kak Long tak nak juga menggunakannya pada bahagian hidungnya kerana bimbang akan nampak kesan berminyak dan takut panas. Ana pamkan setitis minyak herba Glow Gelenggang pada bahagian belakang tangan ana terlebih dahulu dan ianya sama sekali TIDAK SAMA seperti minyak angin atau minyak herba lain kerana ia :

~ Tidak panas
~ Tidak pedihkan kulit
~ Tidak berbau busuk ( bila hidu bau vanila dan bila di sapu ia natural tanpa bau )
~ Tidak mengeringkan kulit ( menyerap ke dalam lapisan kulit dengan perlahan-lahan )



Dah yakin selamat pada kulit barulah Kak Long pam kan sedikit minyak herba Glow Gelenggang dan ratakan pada bahagian hidungnya. Nak-nak lagi semalam ( sehari sebelum entri ini diterbitkan ), ana sendiri mengalami kegatalan pada bahagian dalaman badan mungkin kerana seharian berada di luar rumah dan berpeluh ketika cuaca panas kering ni, waktu malam tiba-tiba rasa gatal sangat pada tubuh. Ana sapukan minyak herba Glow Gelenggang dan Alhamdulillah serasi pada ana dan dapat tidur lena tanpa menggaru lagi.




Dan kini, selepas hampir dua minggu percubaan Kak Long merawat alahan kegatalan pada hidungnya, nampak perubahan bila bintik-bintik merah seperti ruam halus dan kegatalan pada hidungnya beransur kurang. Ana pasti dengan penggunaan secara konsisten dapat mengatasi permasaalah ini sedikit demi sedikit dan In Shaa Allah jika serasi dengannya. Rawatan dalam cara apa sekalipun memerlukan berpantang dari segi pemakanan juga di samping berusaha dengan pelbagai kaedah alternatif yang ada. Cuma kena pastikan ia selamat di gunakan dan tidak mengandungi bahan-bahan yang merbahaya pada tubuh. Dan pada Kak Long sesuailah dengan Glow Gelenggang.... dah tak gatal lagi.



Ana nak kongsikan dengan pembaca www.anajingga.com beberapa info tentang set produk herba Glow Gelenggang yang ana perolehi dari sumber laman web www.glowgelenggang.com dan juga FB page Glow Gelenggang untuk kita menegenali produk ini dengan lebih dekat.

Kandungan Set Herba Glow Gelenggang

1. Gelenggang ( Cassia Alata )




2. Habbatus Sauda 



3. Minyak Argan



4. Minyak Zaitun



5. Susu Kambing




6. Menthol



Siapakah yang sesuai untuk menggunakan set herba Glow Gelenggang ?


Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kegatalan pada wanita, lelaki, kanak-kanak, orang tua dan juga wanita hamil.



Bagaimana cara untuk menggunakan set herba Glow Gelenggang ?




Bagaimana cara untuk membeli produk set herba Glow Gelenggang ?





Untuk keterangan lanjut dan testimoni serta info-info berkaitan set herba Glow Gelenggang , boleh lah klik atau hubungi mana-mana link yang ana berikan di bawah :



atau 

Whatsapp terus ke ( Momoy) :

014-544 5951

Eh..coppp!! Ana nak bagi diskaun code bernilai RM10 jika korang membeli dengan menggunakan kod diskaun  ANA10 seperti dalam gambar di bawah untuk setiap pembelian.





~ Review di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi penulis sendiri ketika menggunakan produk herba Glow Gelenggang selama dua minggu. Kesan penggunaan dan keserasian mungkin berbeza antara lain-lain pengguna mengikut jenis kulit dan permasaalahan masing-masing~
SET HERBA GLOW GELENGGANG - Dah Tak Gatal Lagi Lah .... SET HERBA GLOW GELENGGANG - Dah Tak Gatal Lagi Lah .... Reviewed by Ana Jingga on February 12, 2018 Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.