Pokok mengkuang sangat sinonim dengan seni kraf tangan, khasnya di jadikan anyaman untuk di jadikan tikar kemudian di pelbagaikan dengan kreativiti dijadikan beg, bekas simpanan dan sebagainya. Ana rasa ramai di antara golongan masa kini tak pernah melihat mana rupanya pokok mengkuang ni. Sedangkan tikar mengkuang sendiri pun dah lama tak di jumpai lagi walaupun di kampung-kampung. 


Ana bersyukur sangat di izinkanNya melalui pelbagai pengalaman dalam meniti usia. Dari di besarkan di sekitar kampung dengan melalui kisah-kisah zaman silam yang penuh nostalgia dan ana ingin sangat kongsikan semula dengan pembaca coretan kisah dari pengalaman lalu. Yang baik jadikan panduan kerana yang baik itu semuanya datang dari Allah swt dan yang khilaf itu adalah dari kekerdilan ana sebagai hambaNya. 





Pokok mengkuang


Inilah dia pokok mengkuang. Pokok mengkuang ni ana temui ketika ana ke pusat konservasi penyu di Cherating, baru-baru ni. Memang berpuluh tahun dah ana tak melihat pokok mengkuang di depan mata. Ana tunjukkkannya kepada anak-anak. Mereka lagi lah, dibesarkan di bandar, memang tak kenal langsung pokok mengkuang apatah lagi tikar mengkuang sekali pun. Pokok mengkuang ni daunnya tebal dan berduri. Dari pembacaan ana, mengkuang ni sejenis spesis pokok pandan. 




Cara membuat tikar mengkuang

Kalau dahulu, mak ana selalu membeli tikar mengkuang dari mak saudara ana yang datang dari Kampung Gajah . Masih ana ingat lagi mak ngah ana bercerita tentang proses membuat tikar mengkuang dan ia bukanlah satu proses yang mudah. Menurut mak ngah, daun mengkuang ni di cantas dari pokoknya. Kemudian di buang durinya dan di rendam di dalam air untuk tempoh masa tertentu, selepas itu di jemur sehingga kering.

Dah kering baharulah ia dicelup pula dengan pewarna untuk mendapatkan pelbagai warna menghiasi anyaman tikar nanti. Begitu lah lebih kurang penceritaannya yang masih ana ingati. Waallahu a'lam. Bayangkan betapa sukarnya proses untuk menghasilkan tikar mengkuang, itu zaman dahulu tu di mana segalanya di lakukan secara manual dengan kudrat tenaga yang ada. 

Related image
kredit foto : tahniah.com.au


Tak habis di situ, untuk menganyam tikar mengkuang ni juga memerlukan kemahiran yang tinggi. Bukan semudah kita menganyam daun pisang dan kertas warna ketika di sekolah dahulu namun untuk menghasilkan sehelai tikar mengkuang dengan corak yang cantik dan kemas amat memerlukan kemahiran yang terbaik. Kalau dahulu, orang-orang kampung menggunakan tikar mengkuang sebagai hamparan menghiasi ruang tamu rumah, alas untuk makan dan tak kurang juga sebagai alas tempat tidur. Sangat nostalgia.




Namun masa kini, anyaman mengkuang lebih banyak di jadikan bahan kraft tangan sahaja. Dan kalau ada tikar mengkuang sekali pun ia di jual pada harga yang tinggi kerana kesukaran untuk memperolahinya di masa kini. Ia satu kesinambungan tradisi gaya hidup silam yang kekal menjadi kenang-kenangan bagi mereka yang pernah melaluinya suatu masa dahulu.

6 Comments

  1. 1st time tengok rupa pokok siap ada macam buah ke apa yang warna oren tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah mengkuang tapi keras je buah ni tak boleh di makan pun hihi :)

      Delete
  2. Sha baru 1st time tengok pokok ini.. Betapa berharganya hasil kraft ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Sha, kalau harganya mahal pun sangat releven dengan proses pembuatannya kan

      Delete
  3. pernah rasa menggunakan tikar mengkuang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah ye Arz, masa dulu dulu kan,ia nampak kemas dan bersih je bila di gunakan sebagai alas makan

      Delete